Tuesday, 2 December 2025

TOKOH-TOKOH DALAM TAMADUN & LAGENDA MELAYU

Balaputradewa: Raja Kerajaan Srivijaya, Sebuah prasasti keping tembaga yang ditemui di Nalanda di Bihar, India, memberikan butiran penting tentang Balaputradewa.

Chandrabhanu Sridhamaraja: Raja Kerajaan Tambralinga (1230-1261).

Che Nbong Nga: Raja Kerajaan Cham yang terakhir (1360-1390).

Dapunta Hyang Sri Jayanasa (671-702) : Raja pertama Kerajaan Srivijaya dari 671-702 Masihi. Namanya terpahat dalam prasasti Siddhayatra.

Dharmasetu: Maharaja Srivijaya yang menakluk Kerajaan Pan Pan pada 775 Masihi. 

Demang Lebar Daun: watak legenda dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), merupakan penghulu di Palembang.

Fan-Shih Man (205-225M): Pengasas Kerajaan Funan. Nama sanskrits mengikut George Coedes ialah Sri Rama. Kerajaan Funan adalah empayar pertama di Asia Tenggara dan empayar pertama dalam sejarah bangsa Melayu.

Gajah Mada: Panglima tentera dan Perdana Menteri Kerajaan Majapahit yang terkenal.

Ganjil Sarjuna : putera kedua Merong Mahawangsa. Ditabal Raja dan pengasas Kerajaan Gangga Negara.

Hang Li Po: tokoh wanita dalam "Sejarah Melayu", puteri China yang dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah pada 1459 M.

Hang Tuah 5 Bersaudara : Lima Pahlawan Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka terdiri dari Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hayam Wuruk: Juga dikenali sebagai Rajasenagara (1334-1389) - Pemegang takhta Kepulauan Jawa-Hindu Majapahit ke-4.

Isanavarman I : Raja Kerajaan Chen-la (616-637 M). 

Kaundinya II @ Kaundinyavarman I : mengasaskan Dinasti Varman di Funan pada abad ke-5 Masihi. 

Kertanegara: Raja terakhir Kerajaan Singhasari di Jawa Timur (1268 - 1292), terkenal dengan perluasan kuasanya ke luar Jawa termasuk Ekspidasi Pamalayu ke Sumatera. 

Megat Seri Rama: dikenali juga sebagai "Laksamana Bentan" - tokoh utama dalam peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud II (Marhum Mangkat di Julang) pada 1699. 

Merah Silu @ Sultan Malikul Saleh:pengasas dan Raja pertama Kesultanan Samudera Pasai, kerajaan Islam pertama di Nusantara

Merong Mahapudisat: putera sulong Merong Mahawangsa. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama berpusat di Ayutthia.

Merong Mahawangsa : berasal dari Rom (Mengikut Hikayat Mahawangsa) , belayar ke China, dalam pelayaran baginda diserang oleh Garuda. Beliau singgah di Lembah Bujang di Kedah dan membuka penempatan baru (Langkasuka).

Mpu Prapanca: penyair dan pegawai Istana pada zaman kemuncak Kerajaan Majapahit abad ke-14. Terkenal sebagai penulis karya agung "Kakawin Negarakretagama" yang ditlis pada tahun 1365 Masihi.

Parameswara: juga dikenali sebagai Iskandar Shah, putera Palembang yang mengasaskan Kesultanan Melaka pada 1400 M.

Phra Ong Mahapudisat: putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong).

Phra Ong Mahawangsa @ Maharaja Derbar Raja II : putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Nama baginda mengikut Hindu adalah Maharaja Derbar Raja II. Baginda memeluk agama Islam dari Syeikh Abdullah al-Qumairi. Menukar nama kepada Sultan Mudzafar Shah I. Raja Kedah yang pertama memeluk Agama Islam.

Po Nagar: Menurut tradisi Cham, pengasas Champa ialah Po Nagar.

Po Uwaluah / Po Ovlah (1000-1036) : Gelaran yang digunakan oleh Raja-Raja Champa. Po Ovlah bermaksud "Wakil Allah" menunjukkan Raja Champa adalah beragama Islam .

Raden Galuh Cendera Kirana: watak dalam Hikayat Panji Semarang, puteri dari Kerajaan Kediri.

Raja Puteri: anak ketiga Merong Mahawangsa, ditabal sebagai Raja Patani pertama.

Rudravarman:Raja terakhir Kerajaan Funan (514-540 M). 

Samaratungga (792-840): Raja Srivijaya, Candi Borobudur disiapkan dizaman beliau. 

Sang Nila Utama: Pengasas Kerajaan Temasek (Singapura) pada 1299 M.

Sangrama Vijayatunggavarman :Maharaja Srivijaya pada abad ke-11 yang ditawan oleh Tentera Laut Chola pada 1025 Masihi. Namanya tercatat dalam Inskripsi di Kuil Rajarajeshwaram, Tanjore, India.

Seri Maha Inderawangsa: putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Seorang raja yang zalim, digelar Phra Ong Maha Perita Deria. Beliau juga adalah raja Kedah yang digelar "Raja Bersiong" kerana suka memakan darah manusia.

Seri Mahawangsa: Putera bongsu Merong Mahawangsa - menggantikan ayahnya sebagai Raja Kedah. Raja yang memulakan penghantara Bunga Mas dan Bunga Perak kepada Raja Siam, yang juga adalah Abang Sulungnya.

Sri Deva (1028 -    ) - Raja Srivijaya >  Menurut Sejarah Sung, Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-li Tieh-hua, atau "Sri Deva".

Sri Chulamanivarman (988-1008) : Raja Srivijaya - dikenali dalam catatan China dengan nama Se-li-chu-la-wu-ni-fu-ma-tian-hwa.

Sri Indravarman (702-728): Raja Srivijaya yang dikatakan telah mengirim surat kepada Khalifah Umar Abd Aziz agar menghantar seseorang untuk mengajar Islam di Srivijaya. Dalam catatan China dikenali sebagai Shih-li-t-'o-pa-mo.

Sri Sangrama Vijayatunggavarman (1017-1025) : Raja Srivijaya, dizaman pemerintahanya berlaku serangan besar-besaran empayar Chola ke atas Srivijaya pada tahun 1025 M. 

Sri Maravijayottunggavarman: Raja Srivijaya dari 1008 - 1025 Masihi. Berdasarkan catatan China, seorang Raja dari San-fo-ts'i yang bernama Se-li-ma-la-pi telah mengirim utusan ke China pada tahun 1008 masihi. Nama Raja ini ditranskripsi sebagai nama untuk Sri Mara Vijayatunggavarman.

Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa : Maharaja Kerajaan Dharmasraya abad ke-12 M. 

Sujita: raja yang memerintah Kerajaan Tambralinga sekitar akhir abad ke-10 Masihi. Beliau memimpin Angkatan Laut Tambralinga untuk menakluki Kerajaan Mon di Lavo (Kini Lopburi).

Sultan Melaka : Rujuk Wikipedia: Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II : Pengasas Bandar Alor Setar pada 30 Disember 1735.

Tun Ali : Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali > Bendahara Melaka yang ke-4

Tun Fatimah: srikandi legenda dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka - puteri kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, serta isteri kepada Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka terakhir). Mangkat di Riau dan dimakamkan di Hilir Bangkinang, Riau.

Tun Hassan: Seorang Temenggung terkemuka di zaman Kesultanan Melayu Melaka, anak kepada Tun Mutahir dan juga adik kepada Tun Fatimah. Beliau antara yang dihukum bunuh bersama keluarganya akibat fitnah. 

Tun Kudu: isteri Sultan Muzaffar Syah, Melaka. Juga kakak kepada Tun Perak, Bendahara Melaka yang masyur. Sultan Muzaffar Syah telah menceraikannya dan mengahwinkan Tun Kudu dengan Tun Ali bagi menyelesaikan perbalahan antara Tun Ali dan Tun Perak.

Tun Mutahir: Bendahara Melaka yang ke-7. Beliau sekeluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana fitnah. Namun anak perempuannya, Tun Fatimah tidak dibunuh malah dijadikan Permaisuri Sultan Mahmud Syah.

Tun Perak: Bendahara Melaka yang ke-5 selepas Tun Ali. Bendahara yang termasyur dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Tun Perpatih Putih: adik kepada Tun Perak dan Bendahara Melaka kepada Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

Tun Teja Ratna Benggala: Puteri tunggal Bendaraha Seri Amar Diraja dari Pahang. Beliau dibawa ke Melaka oleh Laksamana Hang Tuah untuk dikahwinka dengan Sultan Mahmud Shah. Makamnya kini terdapat di Merlimau, Melaka.

Tun Telanai: watak dalam "Sejarah Melayu" - anak Bendahara Tun Perak yang dikaitkan dengan Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Terengganu.

Wali Songo: Pendakwah Islam Nusantara yang terkenal terdiri daripada 9 Wali Songo :
  1. Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim): Digelar "bapa Wali Songo". Beliau tiba di Gresik pada awal abad ke-15, membina institusi pendidikan Islam (pesantren) dan sebuah masjid.
  2. Sunan Ampel (Raden Rahmat): Membina pesantren di Surabaya. Beliau menyumbang kepada penubuhan kerajaan Islam Demak.
  3. Sunan Bonang (Raden Makdum Ibrahim): Menggunakan seni budaya seperti gamelan dan tembang "Tombo Ati" untuk menarik minat masyarakat kepada Islam.
  4. Sunan Giri (Raden Paku): Menubuhkan pesantren di Giri dan meluaskan pengaruh Islam ke seluruh Nusantara, termasuk Maluku.
  5. Sunan Drajat (Raden Qasim): Menyebarkan Islam melalui karya seni dan pembangunan sosial.
  6. Sunan Kalijaga (Raden Mas Syahid): Menjadi terkenal kerana mengadaptasi seni pertunjukan wayang kulit dan gamelan sebagai medium dakwahnya.
  7. Sunan Muria (Raden Umar Said): Menggunakan tembang cilik dan berdakwah di kawasan pedalaman Jawa.
  8. Sunan Kudus (Jafar Shadiq): Membangunkan seni bina masjid dengan gabungan unsur budaya Hindu-Buddha, seperti Menara Kudus.
  9. Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah): Mengasaskan Kesultanan Cirebon dan menyebarkan Islam di Jawa Barat.
Wikrama Wira, Paduka Seri: Raja Kedua Kerajaan Singapura (1347-1362). Nama asal Raja Kecil Besar.

Rujukan:
  1. The Patriots - Kitab Tamadun Melayu (2019)
  2. Abdullah Sidek - Kitab Tamadun Melayu II - The Patriots (2024)
  3. Hj Zulheimy Maamor : Tokoh Sejarah Malaysia
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
3 Disember 2025: 12.42 p.m