DISUSUN OLEH : HJ ZULHEIMY MAAMOR
Istilah 'MELAYU' ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Dari segi Etimologi, perkataan 'MELAYU' itu dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit 'Malaya' yang bermaksud bukit. Melayu adalah merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia.
- dalam Kitab Rujjar bahawa Orang Zabag (Srivijaya) belayar dengan kapal-kapal besar.
- Pernah menceritakan tentang kehadiran orang-orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya ditimur Afrika.
- Kumpulan yang diberikan oleh sarjana Linguistik kepada satu kelompok bahasa yang merangkumi Hawaii. Asia Tenggara, Taiwan hingga ke Madagaskar. Kelompok linguistik ini digelar Malayo-Polynesia. Bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur.
- Perkataan Austronesia merupakan gabungan 2 perkataan iaitu Austro dan Nesos. Perkataan Austro berasal daripada bahasa Latin bermaksud Selatan, manakala perkataan Nesos berasal dari bahasa Yunani bermaksud Pulau. Maka Austronesia bermaksud Pulau-Pulau Selatan.
- Book of Genesis (25:1-6) : Nabi Ibrahim mengahwini Keturah dan dikurniakan 6 orang anak iaitu Zimran, Jokshan,Medan, Madyan (induk kaum Nabi Syuib a.s.), Ishbak dan Shuah.
- Book of Chronicles I (1:32-33): nama-nama keturunan keturah.
- Dakwaan Melayu berasal dari Keturah adalah berasal dari Kerajaan Melayu Champa dimana terdapat satu penempatan bernama Kauthara di Champa (Kini Vietnam) bersempena nama Keturah. Namun ianya tidak dapat dibuktikan secara empirikal.
- orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda.Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15000 tahun sebelum Masihi berdasarkan kajian mereka.
- Orang Melayu bukan sahaja bangsa teras malah dikatakan Benua Sunda Melayu itu juga adalah benua tamadun Atlantis yang hilang.
- Catatan Sui Shu: buku sejarah Dinasti Sui (581 - 619) dan Tong dia n yang dikarang oleh Duyou semasa Dinasti Tang > orang-orang Chitu adalah terdiri daripada orang-orang Melayu atau dari kelompok orang Austronesia.
- Dinasti Yuan (1271 - 1368) & Dinasti Ming (1368 - 1644) : perkataan 'Ma-La'Yu" terdapat dalam teks-teks sejarah China. Panggilan Melayu berbeza-beza mengikut zaman setiap Dinasti seperti Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-ye-er dan Oo-la-yu.
- Dinasti Tang : pada abad ke-7 menyebut Moluoyu sebagai Melayu.
- Catatan DInasti Yuan terdapat istilah Ma-li-yu-er yang merujuk sebuah kerajaan di Tanah Melayu yang menghadapi ancaman Kerajaan Sukothai.
- Ibnu Yusuf > dalam kitab "Permata yang Hilang" ada kemungkinan nama Melayu berasal dari perkataan "Malai-Ur" sempena Kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s.
- "Catatan Perjalanan Marco Polo" > beliau membuat rujukan kepada sebuah kerajaan bernama "Malauir" di Pulau Sumatera.
- Istilah 'Malayur' tercatat di Tembok Selatan Kuil Brihadeeswarar di Tamil Naidu, India. Ia dinyatakan sebuah kerajaan dari Semenanjung Tanah Melayu yang jatuh ke tangan Rajendra Chola adad ke-11 Masehi.
- Istilah 'Melayu' muncul pertama kali kira-kira 100-150M dalam karya Ptolemy bertajuk 'Geographike Sintaxis' yang menggunakan istilah 'Meleu-Kolon' (Teluk Melayu). G.E. Gerini menganggap istilah itu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu 'Malayakom' atau Malaikurram yang merujuk kepada Tanjung Kuantan. Manakala Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
- Istilah 'Mo-lo-yu' disebut oleh I-Tsing pengembara China dan Sami Buddha dari Dinasti Tang yang melawat Asia Tenggara sekitar 688-695M. Catatan China juga mengatakan bahawa terdapat 30 buah Negara kota Melayu berdiri sepanjang Tanah Melayu.
- Bangsa Melayu ialah pengasas kepada Kerajaan yang seusia dengan tamadun Yunani dan Rom.
- Terdapat rekod China yang mengatatak kewujudan rumpun Austronesia di wilayah sekitar Funan dan terdapat bukti arkeologi bangsa Melayu sudah lama mendiami dan menduduki pelabuhan Oc Eo di selatan Vietnam yang merupakan pelabuhan terkenal Funan.
- Pada zaman Maharaja Han Wu Di (140 - 87 SM) - sudah dibuka perjalanan dari China ke India, melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-2 SM sudah wujud perhubungan China dan Alam Melayu.
- Maharaja Sun Quan (222 - 252 SM) - pernah mengirim Zhu Ying dan Kang Tai bagi menjalin hubungan dengan beberapa negeri di Alam Melayu.
- Zhu Ying menulis buku berjudul "Fu Nan Yi Wu Zhi" iaitu barang-barang aneh di Funan.
- Kang Tai menulis sebuah buku "Wu Shi Wai Guo ZHuan" iaitu Hikayat Negeri-Negeri Asing pada masa Kerajaan Wu.
- kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata jong Melayu lebih besar berbanding Chuan!
- Dalam Kitab ar-rihlah > beliau pernah singgah di sebuah kota bernama Kailukari. Pemerintahnya seorang wanita bernama Puteri Urduja yang fasih berbahasa Arab dan Turki. Kailukari diyakini adalah Kuala Krai di Kelantan.
- memetik catatan De Burros dalam bukunya "A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries" > ketika Portugis menawan Melaka, mereka berjaya merampas antara 3,000 hingga 8,000 senjata api daripada Melaka dimana Portugis sendiri tidak mampu menghasilkan senjataapi sebanyak itu. Portugis juga telah menemui sebuah meriam Melayu yang jauh lebih besar daripada meriam Portugis, meriam itu telah dihantar ke India.
- Orang-orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum orang-orang Eropah.
K.G. Tregonning : dalam bukunya "Malaysian Historical Sources" (Singapore,1965) dan "The Encyclopedia Americana" (Edisi 8, 1963) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik perdagangan China-India.
Kakawin Negarakertagama : himpunan puisi yang menceritakan mengenai Kerajaan Majapahit.
Kalki Purana : kenyataan tertua dari India tentang Kerajaan Melayu - menyebut tentang Tanah Malai atau Tanah Pergunungan, tetapi kebanyakan penyelidikan percaya ia sebenarnya mengenai Maldives.
Kang Tai : Sumber China tahun 260M : mencatatkan kewujudan jong Melayu yang mempunyai 7 tiang layar dipanggil "Kunlun-po". Perkataan 'po' berasal dari perkataan Melayu 'perahu'.
Kedah Tua:
- Juga dikenali sebagai Kadaram kepada India Purba, Kalaha kepada Arab purba dan Cheh-Cha kepada Cina purba.
- Kedah Tua juga disebut dalam Kaudimahotsava, sebuah drama Sanskrit Abad ke-8 sebagai Katahanagara.
- Sillapadikaram dan Pattinapalai adalah dua rekod bertulis India yang pertama mengenai Kedah Tua.
- Abu Dulaf Misa'r > Kalah adalah sebuah Kerajaan besar yang dikelilingi tembok, taman bunga, sumber air, kemudahan, pasar dan rumah dengan penduduk yang ramai. Kedah Tua dikenali sebagai Kalah atau Kalah-Bar.
- Akhbar as-Sin wa'l-Hind > catatan Arab yang menyatakan al-Zabaj atau Srivijaya telah mendominasi pemerintahan Kalah-Bar (Kedah Tua).
- Kedah Tua juga telah dinyatakan oleh Al-Idrisi, pengembara Arab dan ahli geografi dalam kitabnya "Ar-Rujjar" (1154).
- Catatan Weng-Hsien Tung-Pao: Chieh-Cha (Kedah) telah menghantar ufti ke China pada tahun 683 Masihi.
- I-Tsing: @ Yijing (635-715), sami Buddha Dinasti Tang, menyebut Kedah Tua sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod China.
- G.R. Tibbetts (1979) : beliau banyak mengkaji teks-teks lama Arab, Kalah (Kedah) merupakan tempat di Asia Tenggara yang paling banyak disebut dalam kitab-kitab lama Arab selepas Zabaj. Menurut beliau lagi, nama 'Qlh" berkemungkinan telah muncul seawal tahun 650 Masihi dalam Akaun Nestorian Christians.
- Sastera Sanggam : Kurun ke-2 Masihi - menyebut Kedah Tua sebagai Kazhagam yang memiliki hubungan perdagangan dengan Madurai.
- Sumber Jakata : pada kurun ke 4-5 Masihi > Kedah Tua dan Langkasuka merupakan 2 kerajaan di Semenanjung.
- Kathasaritsagara : Ocean of Stories > Rekod yang disusun oleh Brahman Somadeva sekitar tahun 1070 Masihi. Kedah Tua disebut beberapa kali menggunakan nama Kataha Dvipa (Wheatley 1961).
- Kaudimahotsava : Sebuah drama Sanskrit abad ke-8 Masihi > menyebut Kedah Tua menggunakan istilah Katahanagara. Dinyatakan bahawa Kedah Tua adalah sebuah bandar-pelabuhan yang terkenal dan telah dikunjungi secara berterusan oleh Pedagang India.
Kevin Reilly : dalam bukunya "The Human Journey: A Concise Introduction to World History" > Bangsa Melayu ialah bangsa paling awal dan pertama belayar di Lautan.
Kertanegara : Raja terakhir dan terpenting Kerajaan Singhasari antara 1268 hingga 1292.
King Kalakaua (Hawaii) : In 1879 , he authored a bill in the Hawaiian Parliament - the first democratically elected national parliament in Austronesia - to formally declare Hawai'i as an Asiatic Malay State. He went around the world in 1881 visiting Japan, Malaya, China, Singapore, Thailand and India.
Kolandiaponta : (Ptolemy, 100 M) > gelaran orang-orang Greek kepada Jong Melayu dalam buku "Geographia".
Kunlun : Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai "Kun-lun" dalam beberapa catatan China. Pada 750M, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou.
Kunlun Bo : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kapal yang dibina oleh Kunlun atau milik Kunlun atau belayar oleh Kunlun atau kargo dan barang-barang dari wilayah Kunlun.
Kunlun-Nu : sebuah cerita oleh Pei Xing (825-880) yang menggambarkan seorang pengawal keselamatan Melayu merangkap pakar silat bernama Mo Le yang kebal, mampu terbang dan mempunyai kebolehan ghaib lain. (Xing, Jue & Roney, 2013). Karya celik huruf ini telah menjadi sumber utama untuk karya seni yang lain, dan telah diterima pakai menjadi filem "The Promise" (2005) dengan pertukaran nama Mo Le kepada Kunlun.
Kurayoshi Takara (Prof. Dr.): beliau percaya keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba "Enkakuji Temple" di dasar laut Okinawa, Jepun adalah berasal dari Melaka kerana Kerajaan Ryukyus pernah berdagang dengan Melaka di abad ke 15.
L.C Damais : Sejak dahulu lagi bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perantara utama atau Lingua Franca di Asia Tenggara amnya dan di Nusantara khasnya.
Langkasuka :
- Kerajaan Langkasuka ialah sebuah kerajaan Buddha kuno yang diasaskan pada awal abad ke-2 Masihi di Semenanjung Tanah Melayu.
- Tarikh Patani yang dikarang oleh Tuan Sheikh Faqih Ali Al-Fathani sekitar tahun 1450 Masihi, menyatakan bahawa pusat Kerajaan Langkasuka yang paling awal adalah di Kedah.
- Manuskrip China menamakannya sebagai Sanfoqi dan Sribhaja, Manuskrip bahasa Parsi dan Sanskrit menggelarkannya 'Javadeh' atau ' Yavadesh' . Pedagang Arab menggelarkannya 'Zabag' . Manuskrip Khmer merujuk Srivijaya sebagai 'Malayu'.
- Gabriel Ferrand mendapati dalam manuskrip 'Sutra of the Twelve Stages of Buddha' diterjemah oleh seorang sami yang bernama Kaladaka bertarikh abad ke-4 Masihi, menyebut tentang sebuah Kerajaan lama yang bernama Cho-Ye yang bermaksud 'Jaya' atau 'Vijaya'.
- Rekod Sejarah Dinasti Ming menggunakan nama Sanfoqi atau Sanfotsi kepada Srivijaya.
Liang Liji (1996) > Hubungan antara China dan Alam Melayu sudah wujud sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).
Lorenzo Hervas : Ahli Filologi Sepanyol - menumpukan sebahagian besar ideanya Idea deli'universo (1778-1787) kepada penubuhan keluarga bahasa yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu, Maldives, Madagascar, Indonesia, Filipina dan Kepulauan Pasifik ke arah timur ke Pulau Easter.
Ludovico di Varthema : dalam pelayaran ke Melaka dan kepulauan Rempah pada 1505, dicatatkan bahawa Nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang ditumpanginya belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet.
Lynda Norene Shaffer (Professor) :
- Dalam Buku "Maritime Southeast Asia to 1500" > orang Melayu mampu merentas laut sejauh ribuah batu tanpa bergantung kepada carta pelayaran bertulis dan kompas.
- Bangsa Melayu telah mengajar Orang Cina dalam bidang pelayaran.
- sekurang-kurangnya pada abad ke-3 S.M, orang Cina telah menyaksikan pelayar dan pedagang Melayu menghampiri pantai mereka dengan sebuah kapal besar yang mengarungi lautan (Kunlun-po, colandiophonta) dari apa yang dipanggil Kepulauan Kunlun di laut selatan.
- Dalam penulisannya yang bertajuk "Southernisation" dalam Journal of World History 5, Spring (1994), menyatakan bahawa pelayar-pelayar Melayu telah pun belayar merentasi lautan ke India dan China seawal tahun 300 S.M.
M.Kayser. et.al (2006) & Soares et al. (2011): menunjukkan bahawa bangsa Polynesia seperti orang Hawaii, Maori dan Tahiti berasal dari leluhur Austronesia yang menyebar dari Asia Tenggara - termasuk wilayah Melayu Nusantara.
M. Klaproth: dalam penulisannya yang bertajuk 'On The Names of China' (dalam Asiatic Journal, Vol XXIII, 1827), merumuskan bahawa perkataan "Cina" dan "China" itu sendiri berasal dari panggilan dan gelaran orang Melayu terhadap orang-orang dinasti Tsin (Qin) ( "چين" ) dibawah pemerintahan Maharaja Tsin-che-hwang-te yang dikatakan mula berdagang dengan pelaut-pelaut Melayu sekitar kurun ke-3 SM.
M.W.Tweedie: dalam bukunya "Pre-History" , mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak 8000 S.M.
Malayadvipa: merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak, di sebut dalam Bab 48 daripada teks agama majusi Vaju Purana. Sir Ronald Braddell, sarjana Barat merujuk Malayadvipa dengan Semenanjung Melayu.
Malayo-Polynesia : subkumpulan linguistik keluarga Austronesia yang tersebar di seluruh Asia Tenggara maritim, Madagascar dan pulau-pulau di Lautan Pasifik, serta beberapa wilayah di benua Asia
Malayu : juga dikenali sebagai Kerajaan Dharmasraya atau Kerajaan Jambi, adalah sebuah Kerajaan Buddha kuno yang terletak di wilayah Indonesia yang sekarang adalah Sumatera Barat dan Jambi.
Maleu-Kolon : digunakan dalam Ptolemy's Geographia, dipercayai berasal daripada istilah Tamil Malayakolam atau Malaikurram merujuk kepada bahagian geografika semenanjung.
Manuel de Faria Y Souza : dalam buku "Asia Portugeuza" > Jumlah meriam yang dipunyai Kerajaan Melaka sangat banyak. 3,000 pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Maritime Silk Route : laluan yang menghubungkan Asia Tenggara, Asia Timur, Benua Kecil India, Semenanjung Arab, Afrika timur dan Eropah. Ia bermula pada abad ke-2 SM dan berkembang sehingga abad ke-15 Masihi. Dikendalikan oleh pelayar Austronesia di Asia Tenggara.
Martianus Heraclea: Pencatat Yunani dalam "Periplus of the Erythrean Sea." > Kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) terletak diantara benua India dan China.
Martin Richards : Profesor archeogenetics dari Universiti Leeds melaporkan bukti dalam kajian DNA yang menolak teori Melayu berasal dari Yunnan dan Taiwan.
Melayu: kelompok etnoagama dan orang Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk selatan Thailand, Pantai Timur Sumater, pesisir Pantai Borneo dan semua pulau di Kepulauan Riau. Bahasa Melayu ialah anggota bahasa keluarga Austronesia.
Merina Kingdom: Di Madagascar, orang Melayu menjadi nenek moyang orang Malagasi, dengan Merina Kingdom mereka yang terkenal.
Mikhail Venyukov : "An Essay on the contemporary state of British dominions in Asia." (1875) > beliau menganggap pegawai-pegawai kolonial British sebagai angkuh dan suka mengeksploitasi sebuah bangsa yang pernah mencapai keagungannya satu masa dahulu. Venyukov turut menyifatkan orang Melayu diperlakukan seperti bangsa bawahan dan sentiasa dimalukan penjajah secara sistematik.
Ming Shilu:
- Catatan China abad ke-15 menyebut tentang orang dari "Ma-li-yu-erh" (Melayu) yang datang sebagai utusan. Ia merujuk kepada wilayah di Sumatera, khususnya kawasan Jambi Batanghari yang merupakan kesinambungan Kerajaan Melayu Dharmasraya selepas era Srivijaya.
- Melaka (Ma-li-jia) disebut secara berasingan > merekodkan hubungan diplomatik Melaka dengan Dinasti Ming bermula 1405, iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) memulakan pelayaran pertamanya.
Mokhtar Saidin (Prof.Dr.) : menemui kompleks peleburan besi purba yang luas pada tahun 2009 di Sungai Batu, Kedah, dan sampel bertarikh karbon menunjukkan bahawa ia berasal dari tahun 788 SM.
Mo-lo-yu : sering disebut dalam sejarah China untuk merujuk kepada sebuah negara di "Laut Selatan" yang merujuk kepada Melayu. Istilah Melayu sering dieja berlainan mengikut Dinasti di China seperti Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er, Oo-lai-yu dan Wu-lai-yu.
Mount Ophir: dalam Wikipedia ia merujuk kepada Gunung Ledang di Johor. Sejarah kuno menunjukkan bahawa gunung itu adalah tapak simpanan emas yang kaya. Ophir adalah tanah era alkitabiah yang kaya dengan sumber semula jadi yang disebut dalam Taurat, juga dikenali sebagai Bible Ibrani.
Mpu Prapanca penyair Jawa di Kraton Majapahit dalam karyanya 'Desawarnama' pada tahun 1365M telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenalpasti daerah-daerah Melayu seperti Jambi, Palembang, Siak, Minangkabau, Kampar,Rokan, Kedah, Langkasuka, Kelantan, Pahang dsb.
Melayu adalah pembina tamadun awal di Asia Tenggara - The Patriots
Nagara Sri Dharmaraja : Kerajaan Melayu yang ditakluk oleh Sukhothai dan Ayuthiya.
Nanchouiwuchih : oleh Wan Zhen, Orang Melayu ditonjolkan kerana kemahiran pelayaran dan kebolehan berdagang. Mereka adalah pembina kapal, pelaut dan pedagang yang hebat. Mereka membina dan melayari kapal besar yang dikenali sebagai "Kunlun-po" (kapal Melayu)
Nanzhou Yiwuzhi : (Strange Things of the South) > Buku abad ke-3 oleh Wan Chen menerangkan kapal (kunlun-po) mampu membawa 600 - 700 orang, bersama lebih daripada 10,000 hu kargo.
Negarakertagama: Catatan Majapahit > Istilah 'Melayu' sebagai sebuah wilayah penting di Sumatera.
New York Times : bertarikh 14 Jun 1874 > "Malay pirates. The Slaughter of Ship's crew - quick retribution".
Niccolo da Conti : dalam perjalanan ke Asia dari 1419 hingga 1444 mencatat Jong yang dijumpai jauh lebih besar dari kapal Eropah dan mempunyai 5 tiang layar.
Nicholas Miklouho-Maclay : Saintis Rusia yang melawat Tanah Melayu sekitar 1874-1875 > Banyak maklumat yang dikumpul beliau semasa di Tanah Melayu termasuk beberapa dialek puak-puak yang dikatakan hampir pupus dan maklumat ini diterbitkan pada tahun 1941.
Nik Safiah Karim : Istilah 'Melayu' merujuk kepada Kerajaan atau kawasan dikesan pada 100 - 150 S.M.
P.W. Schmidt:
- Membuat kajian struktur ayat dan perbendaharaan kata Bahasa Champa dan Mon-Khmer.
- Memperkenalkan perkataan Austronesia yang bermaksud pulau Selatan.
Parunkhatai : Epik Tamil bertarikh pada abad ke-10 Masihi telah menyebut Kedah Purba sebagai Kataraththu Irumpu menandakan "besi datang dari Kataram" yang merujuk kepada Kedah Tua. (Zuliskandar et al 2017).
Pattinapalai : bertarikh sekitar 190-200 Masihi, dinyatakan bahawa barangan dari Kazhagam sedang diperdagangkan di Puhar atau di Kaveripattinam. Istilah Kazhagam merujuk kepada Kedah Purba (Nilakanta Sastri 1975).
Paul Adolfe Rivet, Dr.: menerbitkan esei "Les Malayo-Polynesiens en Amerique" dalam Journal des Americanistes de Paris : > mendakwa suku Hoka, Indian Amerika Utara di Oregon, California, Arizona, Texas, Nevada, Mexico dan sejauh segenting Tehuantepec di Selatan berbahasa Melayu. Kajian antrapologi dan etnografi beliau itu menyenaraikan 281 perkataan sebagai perbandingan. Kajian beliau juga meliputi 38 dialek Hoka dengan perkataan dikutip daripada 263 tempat di Melanesia, 37 tempat di Polynesia, 10 tempat di Micronesia dan 187 tempat di Indonesia sambil memberi rujukan bibliografi 181 buah buku dan artikel
Paul Johnstone: dalam "The Seacraft of Prehistory" (1980) > mencatatkan bahawa pada kurun ke-3 SM, orang-orang Cina mula belajar membuat layar jenis "batten sail" dari pelaut-pelaut Melayu (K'un-lun po)
Paul Wheatley :
- dalam "Golden Khersonese" (Semenanjung Emas) menyatakan bahawa seorang pencatat Yunani bernama Martianus Heraclea mencatatkan didalam "Periphus of the Outer Sea" tentang kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) yang terleltak di antara benua India dan China.
- Dalam "Golden Khersonese" , beliau menyatakan lokasi Kerajaan Tan Tan terletak di Besut, Terengganu.
- Kerajaan Kedah Tua telah didapati dalam catatan China pada tahun 638 Masihi (Golden Khersonese,2010).
- Dalam Catatan Ma Tuan Lin di nyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke China pada tahun 638 Masihi.
Periplous tis Erythras Thalassis : menyebut bagaimana para pedagang sutera belayar hingga ke Tamala, sebuah bandar di Myanmar yang terletak ke Barat Laut Semenanjung Tanah Melayu, dan kemudiannya menyeberangi Segenting Kra untuk ke Teluk Siam dan belayar seterusnya ke pelabuhan utama Qin iaitu Cattigara (kini Óc Eo di Barat Daya Vietnam).
Peter Bellwood:
- dalam bukunya "The Austronesian" , beliau menyatakan bahawan Orang Melayu berhijrah dari Taiwan (Theory out of Taiwan, 1997). Teori ini turut dikenali dengan nama "Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia".
- Telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar tahun 1000 S.M sehingga 100 S.M (M.A. Ishak, 2009) yang merupakan permulaan kepada Tamadun Melayu Champa.
Perlembagaan Malaysia : Perkara 160 (2) > "Melayu" merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam , mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
- Prasasti Kedukan Bukit - 682M > ditemui oleh seorang warga Belanda C.J.Batenburg pada 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, Indonesia di tebing Sungai Tatang, anak sungai Musi. Spesimen tertua bahasa Melayu bertarikh 683 CE dan ditulis dalam tulisan Pallava.
- Prasasti Telaga Batu : ditemui di Sabokingking, Palembang, Indonesia sekitar tahun 1950-an.
- Prasasti Talang Tuwo - 684M > ditemui oleh Louis Constant Westenenk pada 17 November 1920 di kaki Bukit Seguntang dekat Palembang, Indonesia.
- Prasasti Kota Kapur (Bangka) - 686M > ditemui di pantai barat Pulau Bangka, Sumatera Selatan, Indonesia oleh J.K. van ver Meulen pada Disember 1892. Ia menggunakan bahasa Melayu Lama yang ditulis dalam tulisan Pallava.
- Prasasti Laguna Copperplate : ditemui pada 1987 oleh seorang buruh berhampiran muara Sungai Lumbang di Wawa, Lumban, Laguna di Filipina. Ia ditulis dalam Bahasa Melayu Lama menggunakan Skrip Kawi awal.
- Prasasti Dong Yen Chau rekod bertulis terawal Bahasa Melayu ialah seawal abad ke-4 Masehi melalui Tamadun Melayu Champa.
- Prasasti Padang Roco :
- Prasasti bertarikh 1286 SM, ditemukan pada tahun 1911 dekat sumber sungai Batanghari, kompleks candi Padangroco, Nagari Siguntur, Sitiung, Kabupaten Dharmasraya, Sumatera Barat, Indonesia. Terdapat perkataan "Bhumi Malayu" dalam prasasti ini.
- Raja Melayu Dharmasraya menerima arca Amoghapasa daripada Raja Kertanegara abad ke 14 sebagai sebuah wilayah penting di Sumatera.
- Prasasti Leiden : peninggalan sejarah yang menjadi bukti kewujudan Kerajaan Srivijaya. Prasasti ini ditulis pada lempengan tembaga bertarikh 1005 Masihi sekarang tersimpan di Leiden, Belanda.
- Prasasti Matari Singa Jaya Himat: menafikan dakwaan Orientalis yang menyatakan bahawa Bangsa Melayu adalah bangsa yang masih baru ciptaan penjajah.
- Prasasti Tanjore : kepingan tembaga di Kuil Parijatavanesvara di Tirukkalar, Tanjore, India > peninggalan Kerajaan Chola, mencatat peristiwa penyerangan ke atas Kedah oleh Kerajaan Chola di bawah pemerintahan Raja Rajendran Chola I pada 1025M.
- Inskripsi Buddhagupta: dari Lembah Bujang, salah satu inskripsi tertua di Asia Tenggara, menandakan zaman kewujudan Kedah Tua sebagai sebuah politik awal.
- Inskripsi Cola : Abad ke 11 Masihi berkaitan dengan serangan Cola ke atas Kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar.
- Inskripsi Madigiriya : diukir oleh Mahinda VI Raja Kerajaan Polonnaruwa Sri Lanka > memuji Raja Srivijaya yang membebaskan Sri Lanka dari Raja Chola.
- Inskripsi Amoghapasa: bertarikh 1347 M > Malayapura tersebut dalam inskripsi ini yang bermaksud "Kota Melayu".
R.H. Geldern & J.H.C Kern : bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah.
R.H. Geldern: Ahli pra-Sejarah dan pengetua di Iranian Institute and School for Asiatic Studies yang menemui kapak tua dari Asia Tengah dan Gendang Dongson di Utara Vietnam.
- dalam 'Model of History of the Austronesian Language Family' menyatakan bahawa Bahasa Austronesia termasuk dalam Bahasa Melayu-Polinesia berasal dari Taiwan (Theory Out of Taiwan).
- Dalam "The Austronesian Language" (2009) > bahasa Polynesia & Melayu berasal dari akan yang sama. Semua ini berasal dari Proto-Austronesia, menunjukkan asal-usul budaya dan bahasa serumpun.
- menganggap istilah 'Meleu-kolon' yang dinyatakan oleh Ptolemy merujuk kepada Tanjung Penyabung.
- Beliau juga menegaskan kepentingan Funan dalam kajian berkaitan Srivijaya.
- Orang Asli khususnya dari Suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.
- Dalam bukunya "Eden in the East" - beliau memperincikan teori migrasi penduduk awal dunia.
- Orang Asli khususnya daripada Suku Senoi, Semang & Melayu Proto merupakan "pemegang Obor" yang merintis tamadun manusia moden.
- Teori Out of Sundaland > mencadangkan Asia Tenggara sebagai pusat awal tamadun dunia yang dipanggil Sunda Shelf (Sundaland ) sekitar 16,000 tahun dahulu.
- Proto Malay : Ras Mongoloid berhijrah ke Nusantara sekitar 2500-1500 SM, kemungkinan berasal dari Yunnan di Selatan China, New Guinea atau Kepulauan Taiwan.
- Deutro Malay : berasal dari Dataran Asia Tengah dan Selatan yang datang ke Nusantara sekitar tahun 300 SM.
- Menyebut tentang orang Malaios (Melayu) sebagai satu bangsa, dan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca Nusantara.
- Dalam 'Suma Oriental' adalah merupakan catatan Eropah pertama yang ada menulis mengenai Orang Laut, yang juga dikenali sebagai Orang Seletar (Celates), salah satu sub-etnik Melayu Asli. Beliau yang pernah tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga 1515 merujuk Tanah Melayu sebagai Terra de Tana Malaio.
- Dalam Suma Oriental, beliau menyatakan "Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher (dapat menguasai) Venice.
- dalam bukunya "History of Pahang" menyatakan bahawa negeri Yang menghasilkan meriam terbaik ialah Pahang sekitar 1600 Masihi.
- Dalam rencananya "The Earliest Word-list and Dictionaries of Malay Language" - sebelum kedatangan Portugis di awal abad ke 16, telah ada sebuah kamus atau kumpulan perkataan Melayu-Cina yang ditulis dengan huruf kanji.
- dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
- Beliau memperkenalkan istilah Malayo-Polynesia.
- Induk bahasa Austronesia adalah di kawasan pesisir Pantai Vietnam.
- Percaya bahawa kronologi pembentukan kaum Proto – Austronesian bermula di Champa dan Semenanjung Malaysia.
- Menggunakan istilah “Nusantao” (Orang di Kepulauan di Melayu Nusantara), dan mengklasifikasi mereka moyang asli orang Asia Tenggara.
- Jilid 59 : Melaka mengutus Menter Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha menghadap Maharaja China pada 1468.
- Jilid 65 : Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha dan pendampingnya seramai 12 orang menghadap dan menyerahkan barang ufti kepada Maharaja China pada tahu 1469.
- dalam catatan beliau tahun 671 M ada menyebut Shilifoshi iaitu Srivijaya.
- Dalam tahun 685 Yi Jing kembali ke Srivijaya untuk melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddha dan menulis dalam bukunya "南海寄归內法传" Nánhǎi jì guī nèi fǎ chuán atau "A Record of Buddhist Practices Sent Home from the Southern Sea" yang menyebut 末羅遊州,即今尸利佛逝國是 Meluoyu kini telah menjadi (sebahagian daripada) n
- Negara Shilifoshi. Bermakna Srivijaya telah menakluki Moluoyu.
- Beliau menyebut tentang negeri Kedah ketika dalam perjalanannya ke Nalanda di India.
- Masyarakat orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu pada hari ini.
- Orang Melayu mempunyai set DNA Mitokondria kedua tertua di dunia selepas orang Afrika.
- Nota Alam Melayu : Kehebatan Melayu dan Dunia Melayu
- Nota Alam Melayu : The Malays
- Nota Alam Melayu : The Malays & Civilisation
- Nota Alam Melayu : Kehebatan Melayu dan Dunia Melayu
- Nota Alam Melayu : Kehebatan Kerajaan Melayu Melaka
- Nota Alam Melayu : Kedah Tua
- Nota Alam Melayu : Melayu bukan pendatang
- BIBLIOGRAFI - ALAM MELAYU, BAHASA, TAMADUN DAN SEBAGAINYA.
- RUJUKAN KAJIAN & CATATAN MENGENAI MELAYU : BAHASA, BANGSA, TAMADUN DLL..
- TRACING THE MALAYS IN THE MALAY LAND
- Abdullah Sidek : Membongkar Misteri Bangsa Melayu: Perihal Melayu yang perlu kita Tahu - Hijaz Records Publishing, 2020.
- Alan Teh Leam Seng : Old-New History of Ancient Kedah - New Straits Times,2017.
- Farahana Shuhaimi : Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka - Patriots Publication, 2018.
- Hadi Fayyadh : The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol - Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd, 2018.
- Hasanuddin Yusof : Teknologi Kesultanan Melaka: Membongkar Keagungannya Berdasarkan Catatan Portugis - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2017.
- Hasanuddin Yusof : Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2018.
- Prof. Dr. Hashim Musa & Dr. Rohaidah Kamarudin : Hang Tuah - Catatan Okinawa - Penerbitan UPM,Serdang, 2015.
- Leonard Y. Andaya : The Search for the 'Origin' of Melayu > Journal of Southeast Asian Studies, , 32 (3) pp 315-330 October 2001 (NUS)
- Lynda N. Shaffer: Maritime Southeast Asia to 1500 : London: M.E. Sharpe (1995)
- Lynda N. Shaffer : Southernization : Journal of the World History Vol.6 (1994)
- Namri Sidek - Teori 'Keluar Dari Taiwan': Benarkanorang Melayu asal-usulnya dari Pulau Taiwan? > Illuminasi.com
- Datin Hjh Ruslaini Othman : Membongkar Misteri Hikayat Melayu : Antara Yang Tersurat dan Yang Tersirat - Hijaz Records Publishing (2018).
- Peter Bellwood, James J.Fox, Darrell Tyron (2006) - The Austronesians : Historical and Comparative Perspectives.
- Sarah Kamal : Misteri Kisah Lagenda Melayu - Hijaz Records Publishing (2021).
- Srikandi, Al-Semantani & Inbu-Rusydi : Membongkar Rahsia Dunia Melayu, Peribumi Asia Tenggara, Menjawab Kekeliruan Sejarah - HR Publishing (2015).
- Srikandi : Baiduri Segala Permaisuri : Koleksi Catatan Cik Srikandi - Terkfaktab Media (2016).
- Stephen Oppenheimer : Eden in The East: The Drowned Continent of Southeast Asia, (1999) / Out of Eden: The Peopling of the World (2012).
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria - Hijaz Records Publishing (2019).
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Henry The Black, Panglima Awang : Pelayar Melayu Pertama Mengeliling Dunia - Hijaz Records Publishing (2020).
- Tun Suzana Tun Othman & Hasanuddin Yusof : Rahsia Penaklukan Melaka 1511 - Penerbitan Alami Sdn Bhd (2020)
- Liaw Yock Fang : Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan, 2007.
No comments:
Post a Comment