Monday, 31 August 2020

Apa itu Agama BAHA’I ??

Kredit : Winda A (FB Share Ilmu Akhir Zaman)

Pengasas Agama baha’i ialah Baha’ullah atau nama sebenarnya Mirza Husayn Ali Nuriy ( 1817-1892 ) Berbangsa parsi di lahirkan di Tehran,Iran dan Meninggal dunia pada tahun 1892 , di kebumikan di Israel
Konsep Tauhid dalam Agama baha’i adalah “ Semua agama adalah sama & semua menyembah Allah yang sama .
Konsep ini adalah haram kerana menyamaratakan taraf semua kedudukan Agama dan boleh tergelincirnya aqidah seseorang ,
Allah berfirman :
“ Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah adalah Islam “
- Surah Al-imran 19
Cara bersembahyang Agama baha’i tidak sama seperti islam sunni yang adanya berdiri, rukuk, sujud dan bertahiyat .
Mereka hanya duduk berdoa sambil memerhatikan buku doa tulisan Baha’ullah , mereka berkiblatkan arah bangunan kubur Baha’ullah
Cara agama ini berwuduk hanya dengan membasuh kedua belah tangan dan muka dengan menyebut doa tertentu sebanyak 5 kali

Di dalam kitab baha’ullah , ada tiga jenis sembahyang iaitu :
Doa pendek
Doa sederhana
Doa panjang

Dalam doa pendek ia harus menghadap kiblat di antara waktu tenghari dan maghrib.
Dalam doa sederhana di antara subuh dan tengahari .
Dalam doa panjang pula pada setiap hari dan bila-bila masa .
Mereka perlu berzikir sebanyak 95 kali setiap hari dengan menyebut “ Allahu’ Abha “
Tasbih orang islam mempunyai 100 biji manik , manakala baha’i mempunyai 95 biji manik .

Mereka juga menunaikan haji tetapi bukan di Makkah & di Madinah , mereka mengerjakan haji di Bahji , Haifa Dan Akkah iaitu di Israel , tempoh mengerjakan haji hanyalah 9 hari Ia khas utk penganut agama baha’i sahaja

Mereka juga berpuasa seperti orang islam di Malaysia , menahan makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari , namun tempoh berpuasa bagi agama ini hanya 19 hari , mengikut kalender baha’i yang di lakukan pada bulan mac , tertulis dalam kitab mereka kitab Aqdas dan kitab Iqan yang di tulis sendiri oleh Baha’ullah , kitab itu di tulis dalam bahasa Arab dan di terbitkan pada 1873
Semoga orang islam di Malaysia yang berkunjung di negara itu tidak menganggap kitab milik agama baha’i itu adalah kitab milik orang islam , kerana kitab itu kaedah penulisannya mengikut kaedah Al-Quran .

Populasi agama baha’i
Keseluruhan penganut agama baha’i seluruh dunia lebih dari 5  juta. Di Malaysia komuniti agama ini mempunyai sebanyak 260,000 orang penganut , berdasarkan statistik pada tahun 2016 , ia sangat membahayakan , boleh rujuk laman web rasmi Baha’i Malaysia

Agama ini mempengaruhi orang islam dgn konsep “ The Unity of Religions “dgn menganggap semua agama menyembah Tuhan yang sama .
Untuk merealisasikan konsep ini , pada 2002 Universal House of justice iaitu pusat keadilan baha’i di Israel telah mengutus surat pada seluruh pemimpin agama seluruh dunia mendesak agar bersatu dan mengetepikan perbezaan pendapat sesama sendiri .

Copy and paste: 31 Ogos 2020 / 12 Muharram 1442H : 7.25 am

Apa itu Agama Druze

Kredit to: Winda A
FB Share Ilmu Akhir Zaman
Agama Dzure wujud lebih 1000 Tahun lalu iaitu selepas kemangkatan Saidina Ali bin Abi Talib. Pengasas Agama ini ialah Muhammad bin Ismail Nashtakin ad-Dazari berasal dari Parsi . Mulanya beliau beragama Syiah ,kemudian beliau keluar dari agama itu dan mengumpul pengikut beliau sendiri untuk membentuk mazhab baru .
Agama ini terlalu memuja Khalifah al-Hakim dari Bani Fatimah, Khalifah al-hakim di anggap oleh pengikut-pengikut druze sebagai jelmaan Tuhan. bagi Agama ini Tuhan itu berbentuk manusia , mereka mempercayai manusia terbatas kepada pemikirannya dalam memahami keAgungan Tuhan. Oleh itu untuk membuatkan manusia memahami hakikat Tuhan dengan sempurna makanya mereka percaya Tuhan telah menjelmakan diri sebagai manusia , kepercayaan ini sama dengan kepercayaan Ahli kitab , yesus telah menjelmakan diri kepada rupa bentuk manusia .

Aqidah Agama Druze !
Agama Dzure mempunyai persamaan dengan Agama baha’i iaitu mereka mengabungkan elemen dari semua agama di dunia iaitu Islam , kristian , judais , sikh hindu dan buddha , kesimpulannya mereka menyembah semua Tuhan
Jika dalam islam mempunyai 6 rukun iman , dalam agama druze memiliki 7 rukun iman iaitu :
1 . bercakap benar sesama druze , di bolehkan menipu kepada penganut lain sebagai cara melindungi diri
2 . Mempertahankan sesama agama
3 . Menolak semua agama termasuk islam kecuali umat druze.
4 . Memisahkan diri dari orang yang bukan penganut druze
5 . Menganggap Khalifah-al-Hakim sebagai Tuhan yang Tersembunyi
6 . Redha dengan segala yang Tuhan lakukan
7 . Taat sepenuhnya serta berserah diri kepada Tuhan atau wakil Tuhan sehingga di bangkitkan semula .
Cara sembahyang Agama druze
Mereka tidak sembahyang seperti orang islam , mereka hanya membaca doa berdasarkan kitab-kitab mereka , tetapi solat jenazah mereka sangat mirip dengan islam sunni , mereka bertakbir 4 kali , memberi salam dan ketika imam bertakbir , bilal juga melaungkan takbir dengan kuat dengan menyebut “ Laailaha illah muhammadurrasulullah
Penganut agama ini tidak mengamalkan amalan berpuasa tetapi mereka menyambut Alidilfitri dan juga Aidil Adha .
Populasi pengikut druze .
Lubnan - 220,000
Syria - 800,000
israel - 140,000
Jordan - 32,000
Venezuela - 125,000
Amerika Syarikat - 43,000
Kanada - 23,000
Autralia - 19,000
Masyarakat ini bukanlah terpinggir dalam sesebuah negara , kerna ramai di antara penganut ini menjadi Ahli politik dan menjawat jawatan penting dalam negara , salah satunya di Israel .
Apa yang membimbangkan kepada Agama ini, masyarakat dunia tersalah faham dan menganggap agama druze adalah agama Islam yang sebenar kerana nama mereka sama dengan islam mereka mengunakan nama Muhammad , Abdullah dan sebagainya , pemimpin-pemimpin mereka juga mengunakan nama Sheikh , mereka mempunyai masjid-masjid yang besar, salah satunya di kaherah , penganut agama ini mempunyai kebolehan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran , bayangkan orang bukan islam yang hendak mengenal Islam & mendalami islam , kemudian memasuki Agama islam , Adakah islam yang mereka Anuti itu Islam yang sebenar ??
Saya nak Tegaskan jangan mudah menilai keislaman seseorang berdasarkan nama & cara pemakaiannya , jika wanita islam sunni berhijab , wanita christian orthodok juga memakai hijab.
Copy and paste: 31 Ogos 2020 / 12 Muharram 1442H : 7.22 am

Setol : Saudara Kedah Yang Hilang

Kredit: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
Ramai dari kita sering melupakan tentang sejarah selatan Thai yang pernah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu yang sering kita ingat adalah Patani memandangkan negeri itu hingga kini masih berjuang untuk membebaskan diri mereka daripada negara Thai.
Walaubagaimana pun apabila merujuk kepada sejarah Kedah sudah pastilah anda tidak akan dapat melupakan Setol iaitu sebuah negeri yang bersempadan dengan Perlis dan Kedah hari ini. Salah satu destinasi pelancongan yang menarik di kawasan Setol ialah Hatyai dan Pulau Pipi. Artikel ini ditulis sepenuhnya mengikut bahasa asal di kawasan Setol iaitu bahasa Melayu.
Setol pada suatu masa dahulu dikenali sebagai Negeri Mambang Segara yang bermaksud Negeri Dewa Laut memandangkan negeri ini mempunyai banyak 14 buah pulau. Sungai utama bagi Setol ialah Sungai Lakngu dan Pulau Burung, Pulau Bara dan Thongwa pula merupakan pelabuhan utama bagi kawasan ini. Dipercayai bahawa di kuala Sungai Lakngu pernah wujud sebuah kerajaan tua namun tidak dapat dipastikan bilakah tarikh kewujudannya namun ia masih lagi tertakluk dibawah kerajaan Kedah.
Kawasan Setol ini mempunyai bilangan penutur bahasa Melayu yang sangat ramai berbanding penduduk Thai. Namun akibat asimilasi dan kewajipan untuk mempelajari bahasa Thai di sekolah-sekolah menjadikan penduduk di kawasan ini boleh bertutur dalam 2 bahasa. Antara pelat bahasa yang dapat di dengar ialah pelat Kedah, Perak dan Setol yang menjadikan kawasan ini sebuah tempat yang sangat bagus untuk di jadikan kajian di peringkat akademik.
Semasa berlakunya perebutan kuasa di antara kerabat Sultan Kedah, kawasan Setol ini telah diberikan kepada Tunku Bisnu setelah masalah perebutan itu mendapat campurtangan daripada pihak Siam yang di wakili oleh Ligor di bawah pentadbiran Nai Pai (adik kepada seorang saudagar Cina dari Chenak) manakala Tunku Abdullah atau Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah pula di angkat menjadi Sultan Kedah. Sejarah negeri Setol pada abad ke 19 lenyap seketika apabila Tunku Bisnu mangkat dan Setol dimasukkan semula sebagai sebuah kawasan hak milik negeri Kedah.
Nama Setol muncul semula apabila Tunku Muhammad Saad menyerang angkatan Siam pada tahun 1832 di Hatyai namun pasukan itu telah mendapat tentangan sengit dan terpaksa berundur semula hingga ke Alor Ganu. Manakala Tunku Muhammad Saad pula telah lari ke Pulau Pinang dan akhirnya di berkas oleh pasukan British disana.
Beliau kemudiannya dituduh kerana menghasut orang – orang Melayu untuk memberontak namun beliau di lepaskan kerana tidak cukup bukti bagi mendakwa beliau. Manakala Kedah diperintah oleh Phya Sinanuncit iaitu anak kepada Gabenor Ligor selama 18 tahun dari dari tahun 1824-1842. Pada tahun 1843 Setol diserahkan semula kepada Kedah sehinggalah Perjanjian Inggeris Siam pada tahun 1909 memisahkan kawasan ini dan seluruh kawasan selatan Thai kepada Siam hingga hari ini.
Sumber
Sejarah Negeri Setol, PSMCK 1970
Pengantar Patani, 1991
Al Tarikh Salasialah Negeri Kedah 1963

31 Ogos 2020 / 12 Muharram 1442H : 7.18 am

Sunday, 30 August 2020

Asal usul Melayu

Oleh Siti Haliza Yusop

Sejak sekian lama, pelbagai teori yang menafikan hakikat masyarakat Melayu berasal dari alam kepulauan Melayu, ditampilkan oleh ramai sarjana dan sejarawan Barat.

Disebabkan tiada kepakaran bagi menyelidik kesahihannya berpuluh tahun lalu, teori itu diterima dan 'menyubur' di kalangan sebilangan besar masyarakat ketika itu.

Keadaan bagaimanapun semakin berbeza kini apatah lagi sejak 1980-an, pelbagai penyelidikan dilakukan dan banyak dapatan terbaharu diperolehi penyelidik tempatan bersandarkan penemuan, sekali gus menyingkir teori terdahulu yang tidak menyeluruh.

Bagaimanapun, bukan mudah menolak 'teori' yang sudah tertanam dalam fikiran sebahagian masyarakat sejak sekian lama meskipun bukti dari sudut dapatan DNA yang tidak dapat dimanipulasi, sudah ditampilkan kalangan pengkaji.


Antara teori popular yang terus dicanangkan mengenai asal bangsa Melayu sehingga kini termasuk, Out of Taiwan yang dipelopori ahli arkeologi Australia, Peter Bellwood berdasarkan penyelidikan bahasa Austronesia oleh pakar linguistik Amerika Syarikat (AS), Robert Blust.

Menurut Blust, bahasa Austronesia yang termasuk dalam bahasa Melayu Polinesia berasal dari Taiwan berdasarkan sembilan cabang bahasa Austronesia yang dikesan di negara itu.

Teori Out of Taiwan itu menganggap bahasa Austronesia tersebar ke Asia Tenggara dan Kepulauan Polinesia selepas berlaku penghijrahan keluar penuturnya dari Taiwan sekitar 10,000 ke 6,000 Sebelum Masihi (SM).

Ini menumbuhkan kepercayaan etnik Melayu Polinesia merangkumi etnik Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan-Dusun, Murut, Penan, Jawa, Bugis, Minangkabau, Kerinci dan pribumi di rantau ini dan sekitar lautan Pasifik, dikatakan berasal dari Taiwan.

Antara sarjana tempatan terawal yang melakukan kajian bagi menolak dakwaan itu ialah ahli akademik yang kini Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh yang melakukan kajian mengenainya pada tahun 1994.

Wan Hashim pada asalnya membuat kajian mengenai orang Melayu di Sri Lanka sekitar 1980-an, bertemu penyelidik arkeologi dan sejarah dari negara itu, Prof de Silva yang menganalisis bahan arkeologi dan mendapati sudah wujud tamadun di alam Melayu sejak 15,000 SM.

"Perkongsian itu menyedarkan saya mengenai percanggahan besar di antara teori ditimbulkan Galden dengan penemuan oleh De Silva menyebabkan saya sendiri berkunjung ke Yunnan lebih 20 tahun lalu yang kajian dan penelitian melalui data antropologi serta linguistik mendapati daripada 26 etnik di sana, tidak ada satu pun daripadanya menyerupai masyarakat Melayu.

"Unsur Melayu hanya terdapat di Hainan dan Taiwan bagaimanapun kemudian, didapati mereka sebenarnya adalah serpihan daripada etnik Champa yang berhijrah daripada Selatan ke Utara.

"Sekiranya Melayu berasal dari Yunnan atau Selatan China, pasti ada kumpulan induk Melayu di sana, tidak mungkin kesemuanya pupus kerana kita mempunyai lebih 200 juta manusia di alam Melayu," katanya kepada BH ketika ditemui di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Wan Hashim, kajian mengenai asal usul Melayu di Malaysia bukan setakat bersumberkan daripada satu kaedah, tetapi menggabungkan penemuan arkeologi, antropologi daripada aspek budaya dan bahasa linguistik serta kajian DNA.

Katanya, hasil kajian oleh sejarawan tempatan menunjukkan alam Melayu sudah diduduki manusia sekitar 72,000 SM, atau kira-kira 2,000 tahun sebelum meletusnya gunung berapi Toba yang menggegarkan kawasan Tenggara Asia.

"Ia juga selari dengan teori Out of Sundaland oleh Ahli Sains Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berasaskan analisis DNA, arkeologi dan etnologi yang mengatakan Asia Tenggara sebagai pusat awal peradaban dunia dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun lalu.

"Melalui penemuan data DNA juga, didapati masyarakat di alam Melayu adalah tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun selepas Afrika yang mempunyai manusia tua paling kuno sekitar usia 150,000 tahun," katanya.

Dr Stephen Oppenheimer

Teori Oppenheimer yang selari dengan bukti genetik oleh Human Genome Organisation, mengatakan benua Sunda ditenggelamkan banjir besar disebabkan kenaikan paras air laut menyebabkan hanya kepulauan Melayu tinggal di atas paras air.

Disebabkan itu, sebahagian besar penduduk benua Sunda terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuk ke Indochina dan Taiwan di utara dan ke pulau Pasifik Selatan di timur serta ke Madagascar di barat.

Menurut Wan Hashim yang juga penulis Rumpun Melayu: Teori Migrasi dan Diaspora itu, satu lagi rumpun masyarakat Melayu ialah bangsa Polynesia termasuk masyarakat Samoa di Hawaii dan Kepulauan Solomon yang berhijrah ke kepulauan Pasifik atas pelbagai faktor.

"Mereka ini berasal dari alam Melayu dan banyak menggunakan bahasa Melayu. Mungkin berlaku satu bencana alam atau malapetaka yang menyebabkan mereka berhijrah ke Kepulauan Pasifik. Kebanyakannya sudah berhijrah lebih awal sekitar 5,000 sm," katanya.

Kata Wan Hashim lagi, Oppenheimer dan Pensyarah University of Campinas Sao Paulo, Brazil, Profesor Dos Santos turut menamakan Benua Sunda sebagai 'The Lost Continent of Atlantis' seperti digambarkan ahli falsafah Greek, Plato dalam Timaeus and Critias.

Profesor Dos Santos

"Pada mulanya The Lost Continent of Atlantis dikatakan berada di Sepanyol tapi Oppenheimer dan Santos merumuskan ciri Atlantis banyak menyamai alam Melayu atau Sundaland.

"Menurut mereka, alam Melayu yang bersambung dari Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan pulau sekitarnya hingga ke Filipina, membentuk satu benua yang saiznya ialah dua kali ganda daripada benua India sebagai Atlantis yang hilang," katanya.

Dalam pada itu, Wan Hashim cuba mengaitkan dapatan saintifik dengan ilmu naqli bersumberkan kitab al-Quran dengan mengatakan manusia daripada alam Melayu kemungkinan berasal dari Asia Barat.

Katanya, ilmu al-Quran yang menyatakan manusia berasal daripada Nabi Adam dan Hawa tidak bercanggah dengan dapatan Sains bagaimanapun perlu dilakukan kajian lebih mendalam mengenai kemungkinan teori ini.

Katanya, kemungkinan pada masa itu suhu semakin panas menyebabkan sebahagian daripada mereka meninggalkan kawasan itu untuk ke arah Timur dan mendapati alam Melayu paling sesuai didiami manusia.

INFO: Teori penghijrahan manusia membabitkan alam Melayu yang ditolak

1. Teori Out of Sundaland
Teori popular penghijrahan dari Taiwan ke Alam Melayu oleh pakar linguistik, Robert Blust dan ahli arkeologi, Peter Bellwood (1999), bersandarkan pada Formosan iaitu bahasa yang ditutur puak etnik di Taiwan dan bukti antikuiti di Bellwood melalui artifak neolitik yang ditemui di Filipina.

Blust membuat rumusan bahasa Austronesia yang termasuk dalam bahasa Melayu Polinesia berasal dari Taiwan berdasarkan sembilan cabang bahasa Austronesia yang dikesan di negara itu. Bahasa Austronesia tersebar ke Asia Tenggara dan Kepulauan Polinesia disebabkan berlakunya penghijrahan keluar penuturnya dari Taiwan sekitar 10,000 ke 6,000 Sebelum Masihi (SM).

2. Teori Melayu dari Yunnan
Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dan Robert von Heine Geldern melakukan penyelidikan secara kasar mengenai latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno dan menyimpulkan mereka ialah kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunnan di China dan kemudian berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia sebelum menduduki wilayah Asia Tenggara.

Teori ini disokong beberapa sarjana kerana penemuan kapak tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu yang didakwa menunjukkan pergerakan penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Copy and paste: 30 Ogos 2020 / 12 Muharram 1442H : 9.34 pm

BATU BERSURAT TERENGGANU

Sumber : Jabatan Warisan Negara
Pengiktirafan diberikan oleh pihak UNESCO untuk Batu Bersurat Terengganu adalah di bawah kategori Memory of the World International Register pada 31 Julai 2009.
Ia merupakan salah satu program di bawah UNESCO bagi memastikan khazanah warisan berbentuk dokumentasi di seluruh dunia terpelihara untuk diwarisi kepada generasi akan datang.
Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan peringkat dunia ke atas khazanah warisan negara berbentuk dokumentasi yang mempunyai kepentingan di peringkat dunia.
Batu bersurat telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 15 Julai 2010 dengan nombor warta P.U (A) 234 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
Kelebihan atau kepentingan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah atau 22 Februari 1303 Masihi adalah dari segi sejarahnya kerana ia merupakan bukti terawal kewujudan tulisan Jawi dalam dunia Melayu Muslim di Asia Tenggara.
Batu bersurat Terengganu ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia.
Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ketinggian 86 sentimeter, lebar 53 sentimeter di bahagian atas dan 24 sentimeter di bahagian bawah seberat 214.8 kilogram telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan pada tahun 1902. Beliau menyedarinya semasa sedang mengambil wuduk untuk bersolat Zuhur di sebuah surau Kampung Buluh yang mana Batu tersebut telah dijadikan alas kaki.
Seterusnya, dengan bantuan penduduk, ia dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III. Batu ini yang telah patah di bahagian atasnya (masih belum dijumpai sehingga kini) pada asalnya dijumpai selepas banjir surut di tebing Sungai Tara, Kuala Berang. Terdapat beberapa pendapat mengenai tarikh sebenar ia dijumpai. Namun begitu, tarikh yang masyhur ialah pada tahun 1887 dan 1899.
Batu ini telah dipinjamkan kepada Muzium Singapura pada tahun 1923. Ia telah dipulangkan ke Kuala Lumpur setelah Muzium Negara siap dibina.
Seterusnya Jemaah Menteri telah memutuskan pada tahun 1991 supaya ia dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu setelah dipohon oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1987.
Sumber rujukan: Jabatan Warisan Negara. Larik-Larik Warisan (2014)
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Ikuti kami di:
Facebook : Jabatanwarisannegara
Instagram / Twitter / Youtube : @JWNinfo

Copy and paste: 30 Ogos 2020 / 11 Muharram 1442H: 3.28 pm

Tok Guru Peramu Pahlawan Pahang

Kredit to: Tengku Daeng Mawelle
Sumber : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)



Pada penghujung abad 18 , British pernah meminta bantuan Siam untuk menangkap Dato Bahaman , Bukan senang nak tangkap Dato Bahaman ni , Walaupun British bergabung dengan Orang Sikh , Orang Siam dan Orang Melayu dan membuat pencarian besar-besaran melibatkan seribu orang semata untuk menangkap Dato Bahaman , Mereka tetap gagal dan gagal. Walau dah jumpa atau nampak kelibat pun tetap tak dapat nak tangkap.
Maka mereka menggunakan salah satu cara yang licik dengan menahan keluarga Dato Bahaman , ketika keluarga Dato Bahaman berlindung di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau Machang Kelantan , Para Askar Siam telah menahan mereka dan mengepung rumah itu. Lalu berita ini sampai kepada Dato Bahaman , Mengetahui hal itu Dato Bahaman kemudiannya terus pergi ke Machang untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepung.
Dato Bahaman membawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), Apabila beliau tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang berada di situ dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Manakala Dato Bahaman pula pergi ke Narathiwat seorang diri.
Lebih kurang sepuluh hari selepas kemunculan pahlawan Mat Kilau pada 29 Januari 1969 timbul pula kisah seorang tua penuh misteri dipanggil ‘ Tok Guru Peramu’ di Kampung Peramu dipinggir Sungai Kuantan. Mengemparkan pencipta sejarah tanah air. Berbagai cerita timbul dan beranggapan orang tua itu iaitu ‘Tok Guru Peramu’ mungkin ulama besar, guru agama, orang tak siuman dan mungkin salah seorang pengikut setia Datuk Bhaman yang rapat dan setia atau mungkin beliau sendiri Datuk Bahaman Orang Kaya Setia Semantan, Pahang. Pernah rombongan dengan tiga buah kereta dari Negeri Sembilan datang hendak membawa Tok Guru Peramu balik ke Negeri Sembilan dan hampir mencetuskan pergaduhan kerana penduduk tidak membenarkannya. Kerana Tok Guru Peramu dianggap lelaki tua keramat yang melindungi kampung itu dan menolong ramai orang yang sakit. Status Tok Guru Peramu masih menjadi pertanyaan orang-orang ketika itu. Siapakah orang tua ini.

Tok Guru Peramu makin menarik minat orang ramai dan peminat sejarah setelah pahlawan Mat Kilau memberitahu bahawa ketuanya Dato Bahaman Orang Kaya Semanatan Pahang masih hidup dan tinggal berhampiran 8km Jalan Gambang. Makin ramailah orang datang menziarahi Tok Guru Peramu dengan membawa berbagai makanan seperti nasi kunyit (pulut kuning) dan lain-lain. Mereka yang pernah melihat Tok Guru Peramu akan merasa yakin beliau ialah Datuk Bahaman seperti dibayangkan oleh Mat Kilau walaupun berusia lebih 150 tahun kulit tubuhnya masih kental seperti orang muda Cuma giginya sahaja yang tiada.

Pernah ada seorang Imam yang tinggal di Kg Peramu bercerita mengenai Tok guru Peramu. Ketika Jepun mendarat di Kuantan, semua orang Kg padang lalang lari ke seberang ke Tanjung Lumpur dan Peramu. Ketika itu orang-orang kampung tengah sibuk nak lari ke seberang dan salah seorang orang kampung memandang Tok Guru Peramu dan berkata :

"Aki mohlah naik perahu kita lari ke seberang,"
Tok Guru Peramu menjawab. " Mohlah deme dulu, aki ikut kemudian,"
Apabila rombongan yang menaiki perahu tadi tu sampai ke seberang , Alangkah mereka terkejut kerana Tok Guru Peramu sedang berdiri ditebing sungai.
Ketika Tok Guru Peramu sudah berpindah dari Kg Padang Lalang ke Kg Peramu , Beliau membina tempat tinggalnya sendiri , Pondok Tok Guru Peramu dibina berhampiran anak Sungai Kuantan di Kampung Peramu beratapkan daun nipah yang usang tetapi apa yang pelik walaupun hujan lebat , Air tidak menembusi atap pondoknya itu.

Malah Tok Guru Peramu itu juga dikatakan mengambil air perigi hanya mengunakan raga sahaja seperti orang biasa menggunakan timba. Beliau memasak air hingga mendidih hanya menggunakan sedikit kertas dan habuk kayu sahaja dengan meletakkan dibawah tungku tanpa kayu api.
Ketika zaman jepun dan british saling berperang di tanah melayu , Ramai penduduk kampung datang berpindah berhampiran pondok tempat tinggal Tok Guru Peramu untuk berlindung daripada terkena tempias perang jepun dengan british, Tok Guru Peramu hanya memasang bendera merah diempat penjuru tanah kawasan pondok-pondok seluas kira-kira 2 ekar itu dan askar Jepun malah british tidak pernah menganggu penduduk disitu sepanjang lima tahun tersebut. Peluru dan bom tidak pernah jatuh disitu. Tok Guru Peramu juga tahu dengan jelas apa yang dibawa turun atau dibawa oleh kapal terbang inggeris di Pangkalan Tentera Km 16 Jalan Gambang setelah perang tamat walaupun beliau berada di pondoknya.

Sepanjang Tok Guru Peramu tinggal di pondok itu berbagai-bagai orang datang untuk meminta air jampi, datang berubat dan macam-macam lagi. Tapi yang datang dengan hajat tak baik ni memang Tok Guru Peramu tak layan sebabnya Tok Guru Peramu ni orang belum masuk melangkah pondoknya dia dah dapat tahu apa hajat orang.
Dalam tahun 1971 ada seorang sahabat Tok Guru Peramu semasa perang dan orang dua murid ‘Tok Guru Peramu mengesahkan ‘Tok Guru Peramu’ ialah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan Pahang yang sebenar. Sahabat Tok Guru Peramu semasa perang ialah Radin DamaBulan atau nama sebenarnya Haji Osman bin Haji Abdullah , tahun berasal dari Gunung Merapi Tanah Jawa yang sama-sama berganding bahu bermati-matian menentang Inggeris di Pahang.

Raden darmabulan juga adalah sahabat baik Mat Kilau. Senang cerita Radin Darmabulan bersama Tok Guru Peramu, Iman Perang Rasu Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi, Pawang Nong mereka ini semua memiliki hubungan akrab yang kesetiaan mereka tidak dapat dijual beli oleh british sehingga mereka meninggal dunia kerana sakit tua. Masing-masing meninggal ketika usia dah 100 tahun lebih. Dato Bahaman @ Tok Guru Peramu meninggal pada usia 153 tahun , 23 Julai 1977.
Bissirril Al-Fatihah
Semoga Allah Merahmati Ruh Mereka Semua Para Pejuang Tanah Melayu.

Copy and paste: 30 Ogos 2020 / 11 Muharram 1442H : 3.25 pm

Thursday, 27 August 2020

TOKOH ULAMA DAN TOKOH ISLAM NUSANTARA

  1. Abdul Rahman Limbong (Haji) : Tokoh ulama yang menetang Britih di Terengganu. Meninggal di Mekah tahun 1929.
  2. Abdul Rauf Singkel : Ulama dan tokoh tasauf yang terkemuka di Acheh, Indonesia dan juga di Nusantara. 
  3. Abdul Malek Abdul Karim Amrullah @ Buya Prof. Dr. Hamka : ulama Dunia Melayu yang mengarang Kitab Tafsir Al Azhar (Tafsir Al Quran). 
  4. Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Shah al-Jarimi al- Fathani : ulama Pattani yang menjadi guru Sultan Pahang. 
  5. Abdullah bin Abdul Rahman Muar (Dato') : Ulama zaman Sultan Abu Bakar Johor , menulis beberapa kitab dan juga menterjemahkan kitab "Al-Uqudud Durriyyah" karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah. 
  6. Abdullah bin Fahim (Mufti) : Datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima. Beliau juga adalah ulama pakar Hisab dan Falak yang memberikan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. 
  7. Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari : Mufti Kerajaan Inderagiri yang mengarang kitab "Fat-hul Alim"  pada 1906M. 
  8. Abu Bakar bin Haji Hasan Muar : Tokoh ulama Johor
  9. Ahmad bin Aminuddin Qadhi : Ulama Kedah yang mengarang kitab Tauhid pada 1622 M. 
  10. Ahmad Khatib Al-Minangkabawi (wafat 1916M): pernah menjadi imam di Masjidilharam. 
  11. Awang Alak Betatar : dikatakan beliau adalah Raja Brunei yan pertama memeluk agama Islam pada  1368 M bergelar Sultan Muhammad Shah dan mengasaskan Kerajaan Islam di Brunei dan Borneo.
  12. Baba Daud bin Agha Ismail al-Jawi bin Agha Mushthafa ar-Rumi: anak murid Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri yang meneruskan usaha beliau menterjemah dan mentafsir dalam bahasa Melayu. 
  13. Diponegoro @ Putera Abdul Hamid : Ulama Nusantara yang memimpin orang Jawa melawan Belanda. Beliau meninggal dunia dalam buangan di Benteng Rotterdam, Sulawesi Selatan pada 8 Januari 1855.
  14. Hamzah Fansuri : Tokoh Fahaman Wujudiyyah di Acheh, Indonesia.
  15. Hasyim Asy'ari (Kiyai Haji) : pengasas parti Nahdatul Ulama, beliau ialah datuk kepada Haji Abdur Rahman Wahid (Gus Dur) yang pernah menjadi Presiden Republik Indonesia.  
  16. Hussain Che Dol (Haji) (1904 – 1967) : Ulama dari Kedah, pengasas dan Mudir Madrasah al-Akhlak al-Islamiah di Guar Chempedak Kedah. Beliau juga pertama Persatuan Ulama Kedah yang ditubuhkan pada 9 Februari 1949. Beliau turut menentang acaman Komunis Bintang 3 di Kedah.
  17. Imam Bonjol @ Muhammad Syihab bin Tunku Raja Nurudin : Ulama Nusantara yang meninggal dalam buangan di Menado, Filipina pada 8 November 1864.
  18. Johan Shah : Pengasas Kerajaan Islam Acheh pada 1205H.
  19. Kadi Munawwar : Kadi di zaman Sultan Mansur Syah, Melaka. 
  20. K.H. Siradjuddin Abbas : Ulama Besar Indonesia yang menulis kitab "40 Masalah Agama".
  21. Makhdum Abd ur-Rahman : Ahli sufi yang menyebarkan Islam di Tapul, Filpina.
  22. Makhdum Amin – Ullah : Tokoh Sufi yang menyebarkan Islam di Selatan Filipina.
  23. Malik al-Salleh : Raja Samudera-Pasai yang pertama memeluk agama Islam.
  24. Malik al-Zahir : Pemerintah Samudera-Pasai yang alim dan warak, pernah dikunjungi oleh Pelayaran Islam yang terkemuka iaitu Ibnu Battutah.
  25. Mas'ud bin Abu Su'ud bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari: Ulama Nusantara yang gugur syahid menentang Siam di Kuala Kedah pada 1821. Dianggap sebagai pengasas sistem pengajian pondok di Kedah. 
  26. Maulana Abu Bakar : Ulama tawawuf di zaman Sultan Mansur Syah Melaka. 
  27. Maulana Jalaluddin : Ulama yang rapat dengan Sultan Muzaffar Shah (Melaka). 
  28. Maulana Malik Ibrahim : Pendakwah pertama yang datang ke Pulau Jawa untuk menyebarkan Islam . Beliau adalah seorang daripada 9 Wali Songo di Pulau Jawa.
  29. Maulana Sadar Jahan : Ulama di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka. Guru kepada Sultan Mahmud Syah dan turut terlibat dalam peperangan menentang Portugis pada 1511. 
  30. Maulana Yusuf (Kadi) : Kadi di zaman Kesultanan Melayu Melaka, sangat di hormat sehinggakan Sultan Melaka sendiri berjalan kaki ke rumah beliau untuk belajar ilmu Agama. 
  31. Meurah Shahr Nuwi : Pemerintah Perlak yang memeluk agama Islam.
  32. Muhammad Syihab bin Tunku Raja Nuruddin @ Imam Bonjol atau Peto Syarif : meninggal dunia pada 8 November 1864 dalam buangan di Menado. 
  33. Muhammad Yusuf bin Ahmad @ Tok Kenali (1871 - 1933) : menguasai 24 bidang ilmu agama. 
  34. Musa Abdul Ghani (Haji) : Ulama Terengganu yang menentang Inggeris di Terengganu bersama –sama dengan Haji Abdul Rahman Limbong.
  35. Nuruddin Al-Raniri : Ulama terkenal di Acheh , pengarang Kitab “Hidayat al-Islam” dan lain-lain.
  36. Omar Lim Yew Hock : Ketua Menteri Singapura (1956-59) – meninggal dunia sebagai seorang Muslim Malaysia di Jeddah.
  37. Omar Ong Yoke Lin : Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan anggota kabinet pertama negara di bawah Tunku Abdul Rahman – memeluk Islam pada 1961.
  38. Phaya Tu Nakpa @ Sultan Mahmud Shah : Raja Pattani yang menganut agama Islam pada tahun 1457 Masehi.
  39. Putera Abdul Hamid @ Diponegoro : Meninggal dunia dalam buangan di Benteng Rotterdam, Sulawesi Selatan pada 8 Januari 1855. 
  40. Raja Ali Haji Riau : ulama pelopor bahasa dan sastera Melayu. 
  41. Raja Haji bin Upu Daeng Celak : gugur syahid di medan perang menentang Belanda di Melaka pada 18 Jun 1784. 
  42. Sayyid Abdul Aziz : Ulama dari Hijjaz yang mengislamkan Parameswara di Melaka. 
  43. Sayyid Abdul Rahman al-Idrus @ Tok Ku Paloh : Ulama Terengganu yang menentang Inggeris di Pahang.
  44. Sayyidi Arab : Ulama yang tinggal di Melaka di zaman Sultan Muzaffar Shah, terkenal pemanah yang handal.
  45. Sayyid Abu Bakar : Pengasas Kesultanan Sulu di Filipina.
  46. Sharif Muhammad Kabungsuan : Pengasas Kesultanan Maguindanao di Filipina.
  47. Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani : Ulama Patani mengarang kitab "Al-Mawahibul Makkiyah" pada 1879M. 
  48. Sheikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri : mengarang kitab "Mauriduz Zhaman" pada tahun 1898M, sebuah kitab Tajwid yang paling tebal dan paling lengkap dalam Bahasa Melayu. 
  49. Sheikh Abdullah bin Sheikh Abdul Mubin Pauh Bok al-Fathani : Ulama Patani dalam penulisan Hadis. Menghasilkan kitab "Tanbihul Ghafilin" pada 1770M. 
  50. Sheikh Abdul Malik bin Abdullah  (Tok Pulau Manis): penyusun kitab "Syarah Hikam"
  51. Sheikh Abdur Rauf  bin Ali al-Fansuri : pelopor murrabir ruhi dan pelopor terjemahan dan tafsiran al-Quran lengkap 30 juzuk yang pertama dalam Bahasa Melayu berjudul "Turjuman al-Mustafid".
  52. Sheikh Abdus Samad al-Falimbani : Syahid di bumi Patani berperang melawan Siam yang merampas Patani dan Kedah. Mengarang kitab Hidayat al-Salikin dan Siyar al-Salikin
  53. Sheikh Abu Ahmad Syamsuddin Abdul Mubin Muhammad Thaiyib Abdul Jabbar : Ulama Patani yang menyusun risalah tajwid. 
  54. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1856-1908) : mengajar sekurang-kurangnya 47 Bidang Ilmu Agama. Mengarang beberapa kitab Tauhid dan Akidah. Mempunyai pengaruh yang besar dalam Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Mesir dan Mekah. 
  55. Sheikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar Sambas : Pelopor Tareqat Qadiriyah-Naqsyabandiah.  
  56. Sheikh Ahmad Majnun : Ulama yang hidup di zaman Sultan Mansur Syah (Melaka). Wafat di Pengkalan Kempas, Linggi pada 1467M. 
  57. Sheikh Datuk Kahfi : Ulama dari Melaka yang mendirikan Sekolah pengajian (Pesantren) di Gunung Jati, Cirebon dan membantu dakwah Sunan Gunung Jati. 
  58. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani : mengarang kitab Tauhid yang tebal  "Warduz Zawahir" pada 1829M. 
  59. Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani : Ulama Patani. 
  60. Sheikh Hamzah al-Fansuri: tokoh sufi, yang pertama mencipta syair dalam Bahasa Melayu. 
  61. Sheikh Ibrahim bin Abdullah as-Shamsi as –Shafii : Ahli Fiqh semasa pemerintah Sultan Iskandar Muda di Acheh.
  62. Sheikh Idris al-Marbawi :penyusun kamus Al Marbawi , kamus Arab-Melayu yang pertama di Dunia Melayu. 
  63. Sheikh Idris bin Husein al-Kalantani 
  64. Sheikh Ismail bin Abdullah Minangkabau : pelopor tareqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. 
  65. Sheikh Jailani Mendik Masab : dikenali dengan nama Datuk Machap. Ulama dan Pahlawan Bugis dari Makassar , Sulawesi. Dilantik oleh Sultan Mahmud Syah Melaka menjadi Imam di Raja. Beliau turut terlibat dalam peperangan mementang Portugis di Melaka pada 1511. 
  66. Syeikh Junaid Al Batawi : Lahir di Pekojan, Jakarta Barat > Sangat masyhur di Tanah Arab. Dikatakan gelaran "Siti Rahmah" kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi berasal dari nama isteri beliau. 
  67. Sheikh Ma'shum bin Jamal al-Fathani : Pengarang kitab Tafsir al-Quran iaitu "Tafsir Jamal" lengkap 30 juzuk. 
  68. Sheikh Muhammad bin Ismail Dawud al-Fathani :penyusun kitab "Mathla'ul Badrain". 
  69. Sheikh Muhammad Arshad bin Abdullah Al-Banjari (1710M-1812M) : Ulama yang menguasai 35 bidang Ilmu. Mengarang kitab "Sabil al-Muhtadin". 
  70. Sheikh Muhammad Jailani Hamid al-Raniri : Ulama terkemuka Acheh.
  71. Sheikh Muhammad Nafis bin idris bin Hussein al-Banjari : mengarang kitab "Al-Durr al-Nafis". 
  72. Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani : mengarang beberapa buah kitab dalam bahasa Arab. 
  73. Sheikh Muhammad Said bin Sheikh Jamaluddin Linggi - pelopor tareqat Ahmadiyah di Dunia Melayu. Bapa kepada pelakon filem Melayu era 60'an iaitu Haji Mahadi. 
  74. Sheikh Muhammad Shalih bin Sheikh Zainal Abidin al-Fathani: Mengarang kitab "Sirajul Qari" pada 1891M. 
  75. Sheikh Muhammad Zain Nuruddin bin Sheikh Abbas al-Khalidi : Ulama Inderapura (Langkat) . 
  76. Sheikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi : mengarang kitab "Sirajul Huda".
  77. Sheikh Nuruddin ar-Raniri : Ulama Nusantara pertama menulis bab Fiqh dalam kitab "Ash-Shirat al-Mustaqim" dalam bahasa Melayu. 
  78. Sheikh Syamsuddin as-Sumatra'i : 
  79. Sheikh Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak : Ulama Dunia Melayu dari Sarawak yang pernah mengajar di Masjidilharam, Mekkah. 
  80. Sheikh Wan Abdul Qadir al-Fathani: Ulama Patani mengasaskan Pondok Bendang Daya. 
  81. Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani : tokoh ulama Melayu dalam perjuangan jihad fi sabilillah. 
  82. Sheikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani : Ulama Nusantara penulis kitab Hadis. 
  83. Sheikh Wan Mustafa al-Fathani : pengasas Pondok Bendang Daya. 
  84. Sheikh Yusuf Tajul Khalwati al-Makassari : Ulama Nusantara yang meninggal dunia dalam buangan di Cape Town, Afrika Selatan pada 3 Mei 1699 oleh penjajah Belanda. 
  85. Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani : mengarang kitab "Aqidatun Najin fi Ushulid Din WaTashauwufis Shaafiin"  pada 1891M.  
  86. Syeikh Nawawi Al Bantani : lahir di Banten, Indonesia pada 1815. Meninggal di Mekah pada 1897 dan dikebumikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah s.a.w. , Saidatina Khadijah r.a.
  87. Sulong bin Abdul Qadir al-Fathani (Haji) : Ulama besar Patani, pelopor kebangkitan jihad fi-sabilillah untuk mengembalikan Daulah Fatani Darus Salam. 
  88. Sulong Patani (Haji) (1895-1954) : Ulama dan pemimpin rohani rakyat Patani.
  89. Sultan Alaiddin Shah :  Pangasas Kerajaan Islam Perlak, Kerajaan Islam pertama di Asia Tenggara.
  90. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam : Sultan Acheh yang terkenal di Barat dan Juga di Timur – sultan yang menyelamatkan kedudukan Islam dari pengaruh asing. 
  91. Sultan Johan Shah : Pengasas Kerajaan Islam Acheh Darussalam pada 1205M. 
  92. Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah : Pengasas Kesultanan Perlak pada 840M, kesultanan Islam pertama di Asia Tenggara. 
  93. Sunan Ampel @ Raden Rahmat: salah seorang dari Wali Sembilan (Wali Songo), pusat dakwah beliau terletak di Ampel Denta,Surabaya Indonesia.
  94. Sunan Bonang @ Raden Maulana Makhdum Ibrahim: anak kedua Sunan Ampel, menjalankan kegiatan dakwah di kawasan pesisiran utara Jawa Timur.
  95. Sunan Derajat @ Raden Qasim: anak ketiga Sunan Ampel , penyokong kuat Kerajaan Islam Demak.
  96. Sunan Giri @ Sultan Abd al-Fakih: adik Maulana Mallik Ibrahim , pendakwah paling berpengaruh kerajaan Islam Demak di Indonesia.
  97. Sunan Gunung Jati @ Shafif Hidayatullah: pahlawan Demak yang Berjaya merampas Banten dari Portugis
  98. Sunan Kali Jaga @ Radin Muhammad Sa’id: Ulama Nusantara yang menyerapkan nilai-nilai Islam melalui seni.
  99. Sunan Kudus @ Syeikh Ja'afar Sadiq:  terkenal dalam bidang tauhid, usul, hadis, mantik dan fikah. Beliau banyak mengarang cerpen berunsur agama. Seorang Panglima handal Kerajaan Islam Demak.
  100. Sunan Murio @ Raden Umar Syaid: Ulama, pendakwah dan ahli tasawwuf Nusantara.
  101. Syarif Amir Sayyid al-Syirazi & Tajuddin al-Asfahani : Antara ulama Samudera-Pasai yang terkemuka. 
  102. Syariff Ali Mufaqih Muqaddam @ Syariff Berkat : Ulama yang menyebarkan agama Islam di Brunei.
  103. Syed Syeikh al-Hadi : Ulama dan Nasionalis di Tanah Melayu. 
  104. Syeid Abu Bakar : Ulama dari Palembang yang menyebarkan Islam di Sulu, Filipina. 
  105. Syeikh Abdul al-Khair : Ulama terkemuka di Acheh – Pengarang kitab 'Saiful Qati'.
  106. Syeikh Abdul Jalil @ Syeikh Siti Jenar : Ulama tasauf pantheisma di Jawa. 
  107. Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab al-Mahdali : Ulama Palembang yang menjadi Mufti Kedah semasa Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).
  108. Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis) : Ulama Nusantara mengarang beberapa kitab antaranya Syarah Hikam.
  109. Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Jalil al-Mahdali : Ulama Palembang yang menjadi Mufti di Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.
  110. Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri :Ulama Nusantara yang mengarang beberapa kitab yang antaranya Kitab Wasiyah yang menyentuh persoalan Jihad fi-sabilillah.
  111. Syeikh Abdul Rauf Fansuri : Memperkenalkan ajaran 'Sifat 20' pada abad ke 17 di zaman kegemilangan Acheh.
  112. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani : Ulama Nusantara yang gugur syahid pada 1828M di bum Patani ketika berperang dengan Siam yang merampas Patani dan Kedah.  Antara kitab karangan beliau ialah Hidayat al-Salikin.
  113. Syeikh Abdul Wahab Bugis : Ulama Nusantara yang menetap di Mekah.
  114. Syeikh Abdullah al-Yamani : Ulama yang telah mengislamkan Raja Kedah menurut Hikayat Merong Mahawangsa. 
  115. Syeikh Abdullah Arif : Ketua rombongan Ulama Mekah yang tiba di Pasai – pengarang kitab tasauf Falsafah yang berbau Syiah berjudul “Bahr al-Lahut”.
  116. Syeikh Abul Khair Ibn Hajar : Pemuka tasauf falsafah Mekah yang telah mencetuskan pergolakan pertama Kerajaan Islam Acheh Darussalam. 
  117. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani : Ulama Nusantara di Mekah yang sentiasa mengingkatkan jemaaah Haji dari Nusantara akan ancaman dan muslihat Negara-negara Barat yang menjajah Negara Negara Islam di Nusantara.
  118. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769-1847) : Ulama Nusantara yang menulis beberapa kitab agama antaranya yang terkenal ialah Furu’il-Masail.  
  119. Syeikh Ismail al Siddiq : Ulama Arab yang diutuskan oelh Syarik Makkah yang telah mengislamkan Raja Pasai , Meurah Silu. 
  120. Syeikh Junaid al-Batawi : Ulama Indonesia pertama menjadi Imam di Masjidilharam. 
  121. Syeikh Mohd. Abbas al-Kalali : Ulama dan Nasionalis di Tanah Melayu
  122. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) : Ulama Nusantara mengarang beberapa kitab agama antara yang termasyur ialah Sabil al-Muhtadin.
  123. Syeikh Muhammad Beiram  Ulama Islam & pengembara Inggeris – pernah melihat kitab Injil yang ditulis dengan kalam Himyari (Arab Himyari) kuno, dimana tersebut nama Rasulullah saw.
  124. Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli (meninggal 1470) : Tokoh Tareqat Syaziliyah di Mesir yang mengarang kitab salawat Dalail al-Khairat.
  125. Syeikh Muhammad Ismail Dawud al-Fatani : Ulama Nusantara mengarang kitab Matla’ul Badrain.
  126. Syeikh Muhammad Jailani bin Hasanji : Tokoh Sunnah dari India yang menimbulkan pertentangan faham di Acheh dengan seorang tokoh tasauf.
  127. Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari : Ulama Nusantara mengarang kitab agama al-Durr al-Nafis.
  128. Syeikh Muhammad Yamani : Ulama Usuluddin di Acheh. 
  129. Syeikh Nawawi Al-Bantani : Ulama Banten yang pernah menjadi Imam di Masjidilharam, meninggal di Mekkah pada 1897M. 
  130. Syeikh Nuruddin al-Raniri : Tokoh agama yang terkenal di Acheh. Mengarang beberapa kitab agama , antaranya yang termasyur ialah Sirat al-Mustaqim.  
  131. Syeikh Safiuddin : Ulama Islam Pasai yang menyebarkan Islam ke wilayah Pattani.
  132. Syeikh Shamsuddin al-Sumaterani : Antara tokoh tasauf yang tersohor di Acheh & pengarang beberapa kitab tasauf.
  133. Syeikh Tahir Jalaluddin : Ulama dan Nasionalis di Tanah Melayu.
  134. Syeikh Tengku Arshad bin Tengku Shik : Ulama Nusantara yang membuka Kg. Bukit Acheh di Merbok, Kedah.
  135. Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fatani (Tok Bendang Jaya) : Ulama Nusantara dari Patani.
  136. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1908) : Ulama Nusantara dari Patani. Beliau antara tokoh Melayu terawal menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir. Beliau pernah mengajar di Masjidilharam di Mekah dan mengarang beberapa kitab terkenal alam Nusantara.
  137. Syeikh Wan Daud al-Fatani : Ulama Nusantara dari Patani. Menetap di Mekah hingga akhir hayatnya.
  138. Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fatani : Ulama Nusantara dari Patani. Menetap di Mekah hingga akhir hayatnya.
  139. Syeikh Wan Mustafa al-Fatani : Ulama Patani yang mengasaskan Pengajian Pondok Bendang Jaya di Patani.
  140. Syeikh Yusuf Tajul Khalwati : Ulama Tarekat dari Makassar pada zaman perkembangan Islam di Banten. Beliau meninggal dunia dalam buangan di Cape Town Afrika Selatan pada 3 Mei 1699 oleh penjajah Belanda.
  141. Taj al-Alam : Antara wanita Islam yang pernah memerintah Kerajaan Acheh. 
  142. Tok Janggut @ Tuan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas : Ulama yang menentang Inggeris di Kelantan. Beliau gugur syahid dalam serangan Angkatan Inggeris pada 1915.
  143. Tok Ku Paloh @ Sayyid Abdul Rahman al-Idrus (1817-1917)  : tokoh Ulama yang mengembalikan semangat menentang Inggeris di Pahang pada 1894.
  144. Tok  Ku Tuan Besar @ Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus (1795 – 1878) : Ulama Terengganu bapa kepada Tok Ku Paloh.
  145. Tok Pulau Manis @ Syeikh Abdul Malik bin Abdullah : Ulama perintis Penulisan Sufi di Terengganu. 
  146. Tuan Masha'ika : Ulama dari Arab Selatanyang dikatakan mula-mula memperkenalkan Agama Islam di Selatan Filipina. 

Rujukan

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
Latest Update: 7 Oktober 2025: 11.48 a.m

Wednesday, 26 August 2020

DUNIA MELAYU MENURUT SHEIKH AHMAD AL-FATANI

Koleksi Artikel Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah
HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam banyak tempat yang secara terpisah.
Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1. Petikan itu ialah:
"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.
"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."
Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir.
Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.
Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, "...al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu).
Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.
Dunia Melayu dari aspek geografi dan kesuburannya
Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, "Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina". Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.
Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, "Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah."
Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, "iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana" atau di dunia Melayu. Dari perkataan "Jawah" kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.
Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, "Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa." Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.
Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah", dalam Hadiqat al-Azhar. Ia adalah petikan Jaridah Al-Ma'lumat terbitan Betawi.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: "Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi".
Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia ..." yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.
Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, "Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita".
Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu
Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu."
Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, "Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]".
Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah ...", maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.
Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, "Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu".
Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, "Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun".
Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya, "Muru'ah, ertinya "kemukaan" atau "kemanusiaan", iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.
Dan terjemah hamba akan "muru'ah" dengan erti "kemukaan" itu, betul lagi nyata, kerana "kemukaan" pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.
Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.
Maka iaitulah 'ain "muru'ah" yang pada bahasa Arab, dikatakan "Si Anu itu orang yang bermuka". Ertinya: "mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya".
Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya.
Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan "kemukaan" ini lain daripada "wajahah" yang pada bahasa Arab. Kerana makna "wajahah" itu "al-hazhu wal ratbah".
Dan iaitu bukannya "kemukaan" yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i'tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemukaan". Maka ia berkata ia [bahawa] "kemukaan" itu terjemah "wajahah" yang pada bahasa Arab.
Ada pun tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemanusiaan", ertinya "keadaan seseorang itu manusia yang sempurna".
Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna "muru'ah" itu. Wallahu a'lam."
Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu "memiliki kehormatan yang sopan ..."
Aspek perkembangan ilmu pengetahuan
Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.
Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu "menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya".
Mengenai perkataannya "menerima pemodenan teknologi" Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).
Aspek kedaulatan pemerintahan
Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, "Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin".
Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.
Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.
Dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin memberi contoh peperangan yang panjang antara Aceh dengan penjajah Belanda, sampai tahun 1316 H/1898 M, iaitu zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, telah terjadi perang selama 29 tahun.
Tahun yang disebutkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu ada hubungan dengan perjuangan terakhir Teuku Umar.
Pada 1 April 1898 M, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, Teuku Tjoet Tungkob dan hulubalang-hulubalang mengucapkan sumpah setia kepada sultan untuk meneruskan perang sabilillah.
Selanjutnya pada 23 Julai 1898 M, di Keude Meulu, Pidie, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, dilantik pemimpin perang sabilillah dalam satu mesyuarat pemimpin adat dan ulama-ulama Islam.
Sheikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M) hidup sezaman dengan Teuku Umar (1854 M - 1899 M), beliau lebih muda sekitar dua tahun daripada Teuku Umar.
Memerhatikan tulisan-tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai Aceh dan pada zaman yang sama beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Turki-Uthmaniyah minta bantuan melepaskan seluruh dunia Melayu dari semua penjajah bererti Sheikh Ahmad al-Fathani ada hubungan dengan semua perjuangan Islam di dunia Melayu termasuk Aceh.
Mengenai yang penulis tulis di atas di antaranya dapat dirujuk dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1, halaman 142-147.
Penutup
Pengenalan peradaban dunia Melayu ini tidak lengkap tanpa membicarakan para pelopor yang terlibat dalam ketamadunan Melayu sehingga melahirkan ramai generasi penerus hari ini.
Kesinambungan dari itu, perbicaraan ini dilanjutkan pada ruangan akan datang dengan memperkenalkan pelopor-pelopor Melayu Islam, yang meliputi dalam pelbagai aspek kepentingan dunia Melayu.
Copy and paste: 26 Ogos 2020 / 7 Muharram 1442H : 5.50 pm