Thursday 4 July 2013

2013: SMK SEREMBAN 2

LOKASI: SEK.MEN.KEB. SEREMBAN 2, SEREMBAN, N.SEMBILAN
TARIKH: 3-4 JULY 2013



Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Sekolah tahun 2013 diteruskan dengan menjalankan ujian saringan Kesihatan di Sek. Men. Keb. Seremban 2, Negeri Sembilan. 
Program yang berlansung padai 3 Julai 2013 telah dihadiri oleh 90 orang murid dan 10 orang guru sekolah. 
YJM kali ini dibantu oleh jururawat-jururawat dari SALAM Specialist Hospital, Senawang , Negeri Sembilan. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2(SMK S2) terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan bersebelahan dengan Green Street Homes dan kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.
Datin Maznah Bt Yusof ialah pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 pertama En. Jamil B Mohd. Tahir dan diganti oleh Pn. Hjh. Sadariah Bt Md Jali pada bulan Julai 2003 serta En. Abdul Wahid B Abdul Ghani dan En. Mad Pazir B Md. Ahair selaku GPK Ko-kurikulum dan GPK Hal-Ewal Murid.

Sebahagian dari para pelajar SMK Seremban 2 yang hadir untuk ujian Kesihatan. 







Pameran Poster dari Yayasan Jantung Malaysia

Nasihat Pemakanan dan Kesihatan oleh Staff Nurse Mohd Nawawi dari Yayasan Jantung Malaysia

UJIAN DARAH dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.


Jururawat dari SALAM Specialist Hospital Senawang turut membantu menjalankan ujian



Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.



Status berat seseorang boleh ditentukan dengan menggunakan pengukuran Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index) ataupun BMI. 
Setaf Yayasan Jantung Malaysia 
En. Mohd Sallehudin, SN Mohd Fahmy, En. Zulheimy Maamor dan SN Mohd Anwar



FAME HOTEL, SEREMBAN
Penginapan kami sepanjang program dijalankan

Fame Hotel Seremban ke SMK Seremban 2 : 10 km



Fame Hotel
Ground Floor, Wisma City Kingdom
70200 Seremban
N. Sembilan
Tel: 06-762 8885

Zulheimy Maamor
YJM
1.11.2013 : 2.12 am

No comments: