Thursday, 4 July 2013

TAZKIRAH RAMADAN - 22 JULAI 2012

Tarikh: 22 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa, Lembah Keramat, KL
Penceramah: Ustaz Mohd Farhan Zain



Tazkirah Ramadan di Surau At Taqwa, Lembah Keramat KL malam ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Farhan Zain. Antara yang diperkatakan malam ini ialah mengenai 4 golongan manusia di bulan Ramadan:


• Seseorang yang tidak banyak mengetahui mengenai Ramadan. Dia beranggapan datangnya Ramadan hanya menjadi penghalang bahkan tidak ada manfaatnya. Ramadan dipandang sebagai tradisi keagamaan semata-mata yang  tidak memberi kesan positif baginya. Golongan ini tidak menunaikan kewajipan berpuasa.

• Seseorang yang hanya memandang puasa Ramadan sekadar menahan lapar dan dahaga kerana dia sangat berkeinginan untuk tidak berpuasa bahkan mengolok-olokkan orang lain yang berpuasa. Dia berpura-pura berpuasa kepada orang yang tidak mengenalinya, tetapi secara terang-terang menampakkan kepada orang yang sejalan dengannya bahawa ia tidak berpuasa.
• Seseorang yang hanya memandang Ramadan sebagai tradisi tahunan ditandai dengan hidangan melimpah sebagai kesempatan untuk berbual kosong sehingga fajar dan tidur siang sehingga terbenam matahari. Ia menjadi seorang yang pemalas melaksanakan tugasnya.
• Seseorang yang memandang Ramadan sebagai saranan untuk memperbaiki fungsi jiwa manusia supaya jiwanya rela berkorban, melatih bersabar dan pendidikan yang mencerminkan ketakwaan.

Tanyalah diri kita dimana kita berada?

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.





Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

23 Julai 2012

Surau At Taqwa,Lembah Keramat KL

No comments: