ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 9 July 2020

2012 - 2018 : YAYASAN JANTUNG MALAYSIA: JELAJAH SATU MALAYSIA

Aku berkerja dengan Yayasan Jantung Malaysia bermula 2 Februari 2012 sehingga 30 Disember 2018. Sepanjang 6 tahun bersama Yayasan Jantung Malaysia aku dan rakan-rakan Awareness Team telah menjelajah satu Malaysia bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah...

Aku Abadikan rekod perjalanan ku sepanjang 2012 - 2018 - PUSING SATU MALAYA...Klik link berwarna biru untuk keterangan lanjut program yang dijalankan....

JOHOR

Johor memang tidak bagi saya, kerana ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia, ketika berpengkalan di Woodlands, Singapura, saya sering ke bandar Johor Bahru. Malah pernah tinggal di Pasir Gudang Johor ketika kapal berada di Limbungan MSE. 

NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan adalah kampung asal arwah Ayah ku di Kg. Nerambai, Lubok China, N.Sembilan. 
MELAKA
Melaka adalah kampung asal arwah emak saya di Kg.Sungai Siput, Lubok China,Melaka... jadi Melaka adalah tidak asing bagi ku. 

SELANGOR
Aku tinggal di Kuala Lumpur bersempadan dengan Selangor.... jadi Selangor ini pun dah biasa bagiku....
KUALA LUMPUR
Aku dilahirkan di Taiping, Perak tetapi aku membesar dan bersekolah di Kuala Lumpur. 
WILAYAH PERSEKUTUAN
Antara Wilayah Persekutuan yang aku pernah sampai ialah Putrajaya dan Labuan....
Labuan dulu macam rumah kedua aku semasa berkhidmat dengan Kapal TLDM...   Setiap kapal TLDM yang aku pernah berkhidmat pasti akan ke Labuan...
PERAK
Perak adalah negeri Kelahiran ku iaitu di Taiping... Semasa berkhidmat dengan TLDM aku pernah tinggal di Pengkalan TLDM di Lumut, Perak. Arwah Bapa Mertua ku orang Bota, Perak.
PAHANG
Pahang pun tidak asing bagi ku kerana pernah bertugas di Pengkalan TLDM di Tg.Gelang Kuantan pada tahun 1987 dan 1992-1995. 
KEDAH
Sebelum berkerja dengan YJM, Kedah adalah negeri yang jarang sangat aku pergi, cuma pernah sekali dulu dalam perjalanan ke Hatyai, Thailand berhenti makan di Changloon.
PULAU PINANG
Kali pertama aku pernah sampai ke Pulau Pinang ialah pada tahun 1981 bersama kapal KD Ganas. Belayar dari Woodlands Singapura ke Pulau Pinang....kali pertama makan Pasembur.... masa nak tersembur....
PERLIS
Satu-satunya negeri yang saya tidak pernah sampai sebelum bekerja dengan YJM.... Alhamdulillah dengan YJM saya berkesempatan sampai ke Negeri Perlis... dengan sampainya saya di Perlis...maka semua negeri - negeri di Malaysia saya dah sampai.... Dari Perlis sampailah ke Sabah.... 
KELANTAN
Semasa kecil-kecil dahulu, sebelum bersekolah, saya pernah tinggal di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ... ketika itu arwah ayah saya berkhidmat dengan Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja di kem Pengkalan Chepa.
TERENGGANU
Terengganu juga satu lagi negeri yang tidak banyak saya jelajah sebelum bekerja dengan YJM.... semasa bertugas di Kuantan dulu, saya cuma pernah sampai ke Kemaman....ALhamdulillah dengan YJM banyak daerah di Terengganu dapat saya terokai...
SABAH
Sabah juga tidak asing bagi saya semasa berkhidmat dengan kapal TLDM dahulu.... boleh katakan semua pelabuhan di Sabah saya dah sampai.... 
SARAWAK
Pernah bertugas di Sarawak ketika bersama TLDM iaitu di Sibu.... saya bertugas di Bot Ronda TLDM (Bot Lancang)... meredah dari Kuala Sungai Rejang sehinggalah ke Kapit... antara tempat yang sering menjadi persinggahan saya ialah Sarikei, Binatang (Sekarang Bintangor), Song, Kanowit, Durin, Belaga dan banyak lagi....
Selain Sibu, saya pernah sampai di Kuching, Bintulu, Miri dan beberapa pelabuhan di Sarawak
LAIN-LAIN SUMBER

Hj Zulheimy Maamor
3 Julai 2020 : 11 Zulkaedah 1441H : 4.33 am



No comments:

Post a Comment