Saturday, 12 November 2016

2016 - PAHANG : GAMBANG, KUANTAN, TEMERLOH DAN MENTAKAB

Program Yayasan Jantung Malaysia bagi tahun 2016 di Pahang melibatkan hanya 2 program iaitu Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang pada 24 Julai 2016 dan Program Komuniti di Taman Saga Indah, Mentakab, Pahang pada 13 November 2016. 

PROGRAM KOMUNITI 
SJK (CINA) GAMBANG, PAHANG
24 JULAI 2016


Selesai Program Komuniti di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu kami meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang untuk program seterusnya. 
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gambang, Pahang mengambil masa 2 jam 26 min dengan jarak perjalanan sejauh 239 km. 



Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang, Pahang ini adalah anjuran bersama dengan Lions Club of Kuantan. Seramai 108 orang penduduk berhampiran telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 

Gambang merupakan sebuah bandar di daerah Kuantan, Pahang. Ia terletak kira-kira 18 km dari bandar Kuantan, Pahang
Gambang juga merupakan lokasi kampus Universiti Malaysia Pahang (dulu  KUKTem). 









Semasa program di Gambang, kami menetap di hotel Gambang Selesa View. Hotel ini terletak di Jalan Bandar Gambang 3, Gambang, Pahang. 

Hotel Gambang Selesa View
B6 & B8, Jalan Bandar Gambang 3
Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-549 5330





 
Kalau singgah di Gambang, cuba resepi Chicken Chop di Restoran Hijau, Gambang.. pasti tak mengecewakan. 


Kami mengambil kesempatan 1 hari off di Gambang untuk berkunjung ke bandar Kuantan. 
Kuantan memang tak asing bagi ku kerana saya pernah bertugas di SKTLDM Kuantan sekitar tahun 1992 - 1995. 




Kuantan adalah ibu negeri Pahang. Pusat Pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976. 
Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM - TEMERLOH PAHANG
27 OKTOBER 2016
Saya dan Mohd Khalaf telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program dengan Ahli Majlis Belia Daerah Temerloh di MacDonald Temerloh pada 27 Oktober 2016. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh mengambil masa 1 jam 44 min dengan perjalanan sejauh 135 km. 



Temerloh adalah sebuah bandar yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. 
Daerah Temerloh telah diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai "Pemungut dan Pengadil" pertama. Jawatan tersebut kemudiannya diubah namanya menjadi "Pegawai Daerah". 
W.L. Conlay adalah Pegawai Daerah Temerloh yang pertama pada 1898. 
(Rujuk Wikipedia)








PROGRAM KOMUNITI - TAMAN SAGA INDAH, MENTAKAB, PAHANG
13 NOVEMBER 2016



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mentakab adalah sejauh 117 km dan mengambil masa 1 jam 37 min perjalanan.

Program Komuniti di Taman Saga Indah, Mentakab, Pahang adalah anjuran bersama Majlis Belia Daerah Temerloh. Seramai 83 penduduk Taman telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 
Program ini telah dirasmikan oleh Dato Norul Azali, EXCO Kesihatan Negeri Pahang. 

Semasa program di Mentakab kami menginap di EV World Hotel Mentakab, Kg Catin, Mentakab, Pahang. 

EV World Hotel Mentakab
68, Jalan Orkid
Kampung Catin
28400 Mentakab
Pahang
Tel: 09-277 8585



Bandar Mentakab di Pahang terletak berhampiran dengan Temerloh dan Lanchang. Mentakab dahulunya dikenali dengan nama Pasir Rawa. 



Bersama Dato Norul Azali, EXCO Kesihatan Negeri Pahang

Temuramah dari TV 9 




Bersama Awareness Team YJM , Khalaf dan Zaki menjamu selera di Mentakab sebelum program.
Program di negeri Pahang bagi tahun 2016 berakhir 12 November 2016. 








No comments: