Thursday, 11 June 2026

FOTO KENANGAN: TERENGGANU > KEMAMAN, KUALA BERANG, MARANG DAN LAIN-LAIN

FOTO KENANGAN
Foto kenangan dibeberapa daerah di Terengganu dimana pernah saya jejaki ketika bekerj dahulu. 

PULAU PERHENTIAN DAN PULAU BIDONG

Pulau Perhentian salah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, 64 km dari sempadan Thailand. 

Kenangan saya di Pulau Perhentian ialah ketika saya berkhidmat dengan Kapal Ronda TLDM KD Panah pada ahun 1987 yang berpengkalan di Kuantan, Pahang. Kapal saya sering singgah bersauh di berhampiran Pulau Perhentian bagi memberi peluang anak-anak kapal beristirehat.


Pulau Bidong sebuah pulau kecil di pesisir Kuala Nerus, Terengganu, terletak 45 km di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. 

Dari 1978 hingga lewat 2005, pulau ini menjadi tempat kem pelarian Vietnam, dengan populasi mencapai kemuncaknya seramai 40,000 orang pelarian.

Saya antara anggota Tentera Laut yang pernah bertugas di Kapal Ronda KD Sri Negri Sembilan, menjalankan tugas rondaan di sekitar Pulau Bidong. 

KEMAMAN, TERENGGANU
Kemaman terletak di selatan Terengganu berkeluasan 2,535 km persegi. Kemaman adalah pintu masuk utama ke Terengganu dari arah Selatan melalui LPT2. 
Kemaman tercatat dalam peta Ptolemy, sarjana Yunani abad ke-2 Masihi dikenali dengan nama "Kole".

2013: SRJK (Cina) Chukai, Kemaman
Kenangan pertama di Kemaman ialah pada 2013 apabila saya terlibat dalam program Kesedaran Penyakit Jantung yang diadakan di SRJK (Cina) Chukai, Kemaman, Terengganu pada 26 Oktober 2013. 
Rujuk: Zulheimy Maamor > 2013: SRJK (Cina) Chukai, Kemaman
 



Semasa di Kemaman, kami menginap di sebuah hotel budget di Kemaman iaitu Pok Eng Tin Hotel yang terletak di Jalan Kubang Kurus, Taman Chukai Utama, Kemaman. Jaraknya ke SJK (Cina) Chukai hanyalah lebih kurang 1.7 km.




Lebuhraya Pantai Timur sekitar tahun 2013, lebuhraya yang sering kami gunakan jika ada program di Pantai Timur. 


Kami berhenti rehat di Hentian Rehat Paka dalam perjalanan ke Terengganu. Paka ada sebuah bandar pesisir-pantai yang terletak dalam daerah Dungun, Terengganu. 


Hentian Rehat dan Rawat Perasing terletak dalam daerah Kemaman, Terengganu. Kami berhenti rehat di R&R ini ketika dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur. 
R&R ini agak sunyi dikelilingi hutan tebal ketika itu dan berada jauh kedalam dari Exit ke R&R ini. Banyak cerita mistik yang diviralakan di Media Sosial tentang R&R ini. 

KUALA BERANG & MARANG
Kuala Berang dan Merang merupakan dua buah daerah yang berdekatan. Kuala Berang terkenal dengan sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi. Ianya adalah hub utama untuk ke Tasik Kenyir. 
Manakala Marang pula adalah hub jeti utama untuk ke Pulau Ketam dan Pulau Gemia. 
Ketika Program Kesedaran Penyakit Jantung diadakan di SJK (Cina) Chong Hua di Wakaf Tapai di Marang, kami menginap di Kuala Berang. 


Hotel dimana kami menginap di Kuala Berang

Warung yang terletak disebelah hotel kami


Pekan Kuala Berang


Kuala Telemong, sebuah mukim bersejarah terletak di daerah Hulu Terengganu. Disini terdapatnya Makam Pahlawan Padang Kachung yang menempatkan 12 pejuang Melayu yang gugur syahid pada Mei 1928 ketika menentang Inggeris di Terengganu. Watak utama dalam penentangan ini ialah Haji Abdul Rahman Limbong

Hentian Rehat Perasing seperti yang telah saya nyatakan butir nya di atas

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
11 Jun 2026: 8.16 p.m

No comments: