Sunday 14 April 2024

Gansu Brave dan Boxer Rebellion..

Oleh Nizam Ali
PERISTIWA N' SEJARAH




Di akhir kurun ke-19, iaitu sekitar tahun 1899 sehingga 1901, tercetus satu pemberontak di China yang dikenali pada hari sebagai Pemberontakan Boxer.
Pemberontakan Boxer mendapat nama daripada sekumpulan pemuda-pemudi daripada Shandong membentuk kumpulan seni-bela diri yang dikenali sebagai The Society of Righteous and Harmonious Fists .
Kebanyakan pemuda ini adalah terdiri daripada mereka yang tertindas dan penganggur akibat sikap kapitalisme orang Barat yang bermahajarela di kawasan mereka dan masalah bencana alam yang merosakkan hampir keseluruhan punca rezeki mereka.
Kejadian bencana alam di Shandong telah dianggap oleh para anggota Boxer sebagai kesalahan dan dosa warga asing di tempat mereka.
Kebencian kepada warga asing menyebabkan mereka mengelar mereka sebagai Guizi yang bermaksud ‘Syaitan(demon)’.
Kebangkitan mencapai kemuncak apabila pada 1 November 1897, sekumpulan anggota Boxer yang seramai 20 hingga 30 orang telah menyerang kejiranan seorang paderi Kristian warga Jerman, George Stenz. Kejadian itu menyebabkan terbunuhnya George Stenz dan dua paderi yang lain.
Berita pembunuhan tersebut sampai ke telinga pemerintah Jerman, Kaiser Wilhelm II. Sepantas kilat Wilhelm II memerintahkan Squadron Asia Timur untuk menyerang dan seterusnya menjarah Shandong. Akhirnya, Shandong jatuh ke tangan Jerman.
Pemberontakan Boxer telah merebak ke sebuah wilayah di China yang kebanyakan komunitinya adalah Islam, Gansu atau Kansu. Sekumpulan pemuda dan para seni bela diri telah berpadu tenaga di bawah selian seorang jeneral iaitu Jeneral Dong Fuxiang.
Dong Fuxiang dikatakan oleh sesetengah ahli sejarah sebagai Muslim namun beberapa pendapat lain menyatakan beliau adalah bukan Islam namun mempunyai hubungan akrab dengan warga Islam Gansu.
Dong Fuxiang adalah seorang berketurunan Han manakala warga Islam di China kebanyakan daripada keturunan Uighur, Tartar, Salar dan Hui.
Penyertaan umat Islam Gansu yang seramai 10,000 orang telah membentuk sebuah skuad tentera yang hebat dan berani. Mereka digelar oleh warga Barat sebagai Gansu Brave.
Mereka dibahagi kepada beberapa lapan batallion Infantri, dua Kavalri, dua Briged Artilleri dan satu unit jurutera. Pada masa itu, mereka adalah skuad paling moden di China.
Mereka dibekalkan dengan Krupp Artillery dan senapang Mauser selain pedang sebagai alat asas peperangan mereka.
Gansu Brave dikenali sebagai para tentera yang memakai serban hitam dan menggunakan bendera hitam sebagai lambang keberanian mereka.
Di bawah Jeneral Dong Fuxiang, Gansu Brave telah berpadu tenaga dengan Boxer Rebellion dan menjadi tentera barisan hadapan menentang lapan tentera gabungan.
Mereka sangat ditakuti oleh tentera lapan gabungan kerana sikap tidak berperikemanusiaan terhadap tentera asing.
Mereka juga disifatkan amat membenci pengedaran dadah yang cukup berleluasa di China.
Seorang konsulat Jepun Sugiyama Akira dan beberapa warga asing yang lain telah dibunuh atas sebab yang demikian.
Pada satu tahap, Kaiser Welhelm II terpaksa meminta bantuan Sultan Abdul Hamid II untuk memujuk Gansu Brave daripada terus menyerang dan membuat huru-hara di kawasan kejiranan warga asing.
Enver Pasha telah dihantar ke China untuk memujuk namun gagal mencapai kata sepakat. Kehebatan mereka telah mencetuskan satu fenomena dan menjadi kebangkitan semangat untuk lepaskan diri daripada dasar Barat di China di kemudian hari.
Oleh: takusahrisau

Copy and paste:
14 April 2024 > 6 Syawal 1445H: 10.50 p.m

No comments: