Saturday 10 June 2023

SIAPAKAH BANI ISRAEL,YAHUDI,HEBREW DAN ZIONISME?

SUMBER: TELEGRAM > HIDDEN HISTORY

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist,kita perlu memahami perbezaan istilah yang biasanya merujuk kepada mereka.Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka.

1. ISRAEL
Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran (iaitu Bani Israel) dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah.

Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa berkaitan dengan agama yang mereka anuti.

Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka.Ini kerana Israel itu adalah nama nabi iaitu pemimpin orang yang beriman.

2. YAHUDI
Seperti Israel,juga terdapat beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini.

i- Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat Nabi Ya’qub yang bernama Yahuza.Menurut sejarah,satu ketika dahulu wujudnya sebuah kerajaan di kenali sebagai Kerajaan Yahuza yg terdiri dari bangsa Yahudi.Kemudian kerajaan ini telah di kalahkan oleh Kerajaan Babylon yg di ketuai oleh Raja Nebuchadnezzar II.

ii- Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah iaitu Nabi Musa AS. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka,mereka dipanggil Yahudi.Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi dianggap Yahudi oleh mereka.

iii- Pendapat lain menyatakan Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud yang merupakan pecahan daripada keturunan Nabi Ibrahim AS. Sebahagian keturunan Nabi Ibrahim percaya dengan seruan Nabi Musa AS.Akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru.

Nabi Ibrahim AS mempunyai keturunan yang ramai.Daripada anaknya Nabi Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad. Sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Kajian mendapati perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng.Ini bermakna,Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan,di dalam al-Quran,apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini,Allah SWT menggelar mereka dengan perkataan Yahudi.Dan apabila Allah SWT menceritakan kisah golongan bangsa ini yang beriman,maka Allah SWT menggunakan perkataan Bani Israel.

3. HEBREW
Di dalam bahasa Arab,ianya dikenali dengan perkataan 'Ibrani' yg bermaksud 'menyeberang'.Ini kerana,mengikut sejarah orang Yahudi dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya,Nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat.Begitu juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S.Semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih gemar menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew. Ini kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. ZIONISME
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion; merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi.Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman).Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin.

Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya,Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin.

Mereka akan menggunakan apa sahaja cara seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin.Mereka berusaha untuk 'menzioniskan' atau 'mengyahudikan' identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam.Sebahagian orientalis dan musuh Islam mewujudkan imej yang kononnya kandungan ayat al-Quran itu menggalakkan permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan juga non-Muslim yang lain.

Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran seperti ayat 7 Surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Adalah malang kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini.Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi.

Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan bahawa dibolehkan hubungan kita dengan mereka.Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi.

Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.

JADI,YAHUDI MANA MUSUH KITA?

  • Yang menjadi musuh kita ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.
  • Yang menjadi musuh kita ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka.
  • Yang menjadi musuh kita ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka.
  • Yang menjadi musuh kita ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam,kanak-kanak,wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.
Dan itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme.Kini,simbol Zionisme (asalnya milik Kaum Kana'an di Palestin) itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel.Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme.Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan Orthodox mereka.Dan bukan semua Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi.

Oleh: Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham via shafiqolbu

cc Ziefenz Zee

Copy and paste:
10 Jun 2023 > 22 Zulkaedah 1444H: 9.56 pm

No comments: