Thursday 5 January 2023

Hukum Ambil Wuduk Buka Aurat

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Ustaz,,boleh tak kita ambil wuduk tak tutup aurat? Sah tak wuduk kita?

Jawapan:

Mengikut Mazhab Syafie Aurat anak Adam terbahagi kepada dua, yang pertama aurat mughallazah dan aurat mukhaffafah. Aurat mugallazah bermaksud aurat yang utama iaitu kemaluan di hadapan dan kemaluan di belakang (punggung). 

Adapun aurat mukhaffafah bagi orang lelaki ialah mendedah bahagian pusat ke bawah dan mendedahkan bahagian lutut ke atas. Bagi wanita juga sama. Keadaan ini hanya ketika mana seseorang itu bersendirian di rumah, atau keadaannya dalam bilik air.

Namun, mendedahkan kedua-dua bahagian aurat (mughallazah dan mukhaffafah) adalah haram di sisi syariat Islam. Jika seseorang itu mengambil wuduk dalam keadaan terdedah aurat mukhaffafah, seperti orang perempuan yang berkemban dan orang lelaki yang bertuala maka di hukum makruh. Wuduknya sah, tapi tidak afdal.

Afdalnya ialah menutup aurat yang mukhaffafah. Berwuduk adalah ibadat, maka adalah lebih baik dilakukan dengan menutup aurat.

Jika kita mengambil wuduk di bilik air tanpa pakaian ulama mengatakan hukumnya makruh. Sekurang-kurangnya tutuplah di antara pusat dan lutut semasa mengambil wuduk tidak jatuh makruh.

Copy and paste: 5/1/2023 > 13 Jamadilakhir 1444H: 8.45 pm

No comments: