Thursday 5 January 2023

3 Jenis Sistem Tulisan Orang Melayu Lama

Oleh Aiman Alif
15 Jun 2020 
PERISTIWA N' SEJARAH
Sejarah sistem tulisan orang Melayu lama sebelum wujudnya tulisan rumi dan jawi yang digunapakai pada hari ini mempunyai sejarah yang panjang. Ia terbahagi beberapa fasa mengikut zaman.
Terdapat empat fasa perubahan sistem tulisan orang Melayu, bermula daripada era Melayu lama, kemudian era Melayu moden awal, Melayu moden akhir dan juga era Melayu kontemporari yang merupakan era kita sekarang.
Wujud tiga jenis sistem tulisan di era Melayu lama. Tulisan-tulisan tersebut adalah:
1. Tulisan Rencong
Sistem tulisan Rencong merupakan satu sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu di sekitar kawasan Sumatera, Kerinci, Bengkulu, Palembang dan juga Lampung ketika era Melayu lama. Secara rasminya iaitu pada tahun 682M hingga sekitar 1500M, tulisan ini pupus pada abad ke 18.
Terdapatnya percanggahan pendapat mengenai usia sebenar tulisan ini dengan satu lagi sistem iaitu tulisan Pallavi, kerana ia tidak dapat dibuktikan yang mana satu digunakan dahulu. Perkara ini juga kerana ketiadaan bukti yang menunjukkan Rencong sudah digunakan sebelum kedatangan orang India ke Tanah Melayu yang memperkenalkan tulisan Pallavi.
Bukti awal penemuan tulisan Rencong yang ditemui setakat ini berasal dari abad ke 12 sementara bukti tulisan Pallavi pula dipercayai wujud dari abad ke 7.
Akan tetapi, kebanyakkan majoriti penyelidik bersetuju bahawa kedua-dua sistem tulisan tersebut telah didahului oleh satu sistem tulisan yang tidak diketahui apa labelnya. Ia diambil daripada pengaruh kerajaan Melayu Champa sekitar abad ke 4 yang seakan-akan dengan tulisan Pallavi.
Rencong ditemui di atas kulit-kulit kayu, diukir pada batang buluh dan daun pokok dan terdapat juga penemuan ukiran pada tanduk kerbau dan kambing.
Perkara menarik tentang tulisan Rencong yang ditemui ialah tulisan ini tidak mempunyai kata pinjaman bahasa Arab dan ia menunujukkan kemungkinan besar sistem tulisan ini digunakan sebelum kedatangan pedagang Arab ke sini.
2. Tulisan Pallavi
Kedatangan orang dari India ke kawasan sekitar sini telah membawa sistem tulisan Pallavi atau juga dikenali dengan nama Pallava. Tulisan ini diasakan daripada sistem tulisan abad pertama masyarakat India yang dinamakan Vatteluttu.
Tulisan Pallavi merupakan sistem tulisan lama orang Tamil yang datang dari bahagian Selatan India.
Termasuk dalam era tulisan Melayu lama, Pallavi yang berasaskan kepada masyarakat india dan agama Hindu menyebabkan kesukaran apabila tibanya era kedatangan Islam dalam masyarakat Melayu.
Perkara ini kerana elemen-elemen Sanskrit dan Hindu menyukarkan orang untuk menterjemah dan memahami al-Quran dan Hadis dengan mudah. Kekangan ini menyebabkan orang Melayu berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini.
Sistem ini dibangunkan pada sekitar abad ke 3 hingga abad ke 5. Tulisan Pallavi membahagikan penggunaan simbol hurufnya kepada dua iaitu konsonan dan juga vokal dengan terdapat beberapa simbol tambahan digunakan bagi mewujudkan bunyi-bunyi yang berlainan.
Secara asanya, sistem tulisan Pallavi jauh lebih kompleks berbanding tulisan rumi yang digunapakai hari ini.
Beberapa buah batu bersurat yang ditemui memamparkan tulisan Pallavi ini, batu bersurat tersebut adalah batu bersurat Kedukan Bukit (683M), batu bersurat Talang Tuwo (684M) di Palembang, batu bersurat Kota Kapur (686M) dan batu bersurat Karang Brahi (692M) di Hulu Jambi, Indonesia.
3. Tulisan Kawi
Tulisan Kawi adalah sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke 8. Ia digunakan serentak dengan bermulanya era permulaan tulisan jawi di kalangan orang Melayu.
Perkara ini berdasarkan kepada penemuan sebuah batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujang, Negeri Sembilan. Batu nisan yang tertera tahun 1463 memaparkan kedua-dua bentuk tulisan orang Melayu kepada tulisan jawi serta bukti kedatangan Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu.
Tulisan Kawi diasaskan oleh orang Jawa, jadi tulisan ini turut dikenali dengan nama tulisan lama Jawa.
Terdapat dua artifak lama yang ditemui memaparkan tulisan Kawi iaitu batu bersurat yang dijumpai di daerah Tapanuli, Sumatera, ia dikenali sebagai batu bersurat Joreng (1179M) dan juga batu bersurat Padang Lawas (1213M).
Jadi, itulah tulisan Melayu lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Sistem tulisan ini berubah mengikut peredaran zaman yang berlaku sehinggalah tulisan rumi dan jawi ditemui.
Sumber:
Copy and paste:
5 Januari 2023 > 13 Jamadilakhir 1444H: 9.09 pm

No comments: