Friday 21 January 2022

JAYAGOPAL ADIKKALAM > MELAYU ITU PENDATANG?



1. Dalam perdebatan yang lepas, saudara JayaGopal telah mengemukakan hipotesis bahawa dahulunya tidak wujudnya Melayu, kapal layar terawal di dunia bukannya datang daripada dunia Melayu dan keris bukannya asalnya dicipta oleh bangsa Melayu.

2. Sayangnya dalam perdebatan tersebut, saudara seperti bermain sorok-sorok dengan kami, saudara datang dengan memberikan komen dalam pelbagai sudut dan setiap kali kami menjawab fakta baru yang cuba dipersembahkan oleh saudara, saudara membisu.

3. Dan saya tidak nampak pula saudara cuba untuk menjawab 60 point yang kami persembahkan untuk menjawab hipotesis tanpa bukti kukuh saudara pada awal perdebatan sebaliknya datang membawa perdebatan baru. Kali ini, isunya apakah Melayu Itu Pendatang?

4. Tidak mengapa, kami tidak kisah mengenainya. Kami masih bersangka baik dengan saudara JayaGopal, mungkin saudara mahu mencuri masa sementara menjawab 60 point yang kami bentangkan,

5. Mengenai teori Melayu datang daripada Yunan ini sebenarnya berasaskan teori evolusi yang dipegang oleh kebanyakan pengkaji di luar sana. Teori ini lahir pun daripada “Peking Man” yang kemudiannya disahkan sebagai palsu.

6. Adapun, apabila kita mahu bercakap mengenai Teori Melayu itu datang daripada Yunnan, kita harus mengkaji antropologi dan linguistic bangsa Melayu itu dulu sebelum kita mahu bercakap mengenai asal usul Melayu daripada Yunan.

7. Pertama, kita lihat penduduk di Yunan pada hari ini adalah daripada bangsa apa dan keluarga bahasanya. Populasi di Yunan mencatatkan dalam 45,966,239 dalam tahun 2010.

8. Dalam 45,966,239, kita mendapati bahawa etnik Han yang paling tinggi. Saya kira saudara Jayagopal sendiri mengenali dari mana Etnik Han ini, sudah tentu mereka adalah China. Saya kemudian menyiasat etnik-etnik di Yunan dari majoriti sehinggalah ke minority, saya mendapati selain daripada Sino-Tibetian, bahasa penduduk Yunnan juga merupakan dalam keluarga Tai-Kadai dan juga Hmongic.

9. Kemudian, kita perhatikan bagaimana bahasa orang Melayu itu. Orang Melayu adalah penutur dalam keluarga bahasa Austronesia. Di bawah keluarga bahasa Austronesia, terdapat banyak sub keluarga yang lain.

10. Sub-keluarga dalam bahasa Austronesian itu terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu Rukai, Tsou, Pyuma, Formosan (bahasa penduduk asli Taiwan) dan juga Melayo-Polynesian.

11. Melayo-Polynesian adalah bahasa yang dituturkan oleh bangsa Melayu. Seperti mana Indo Eropah yang mempunyai sub keluarganya tersendiri iaitu Indo Iranian, Indo Aryan, Germanic dan sebagainya. Tiada bezanya Melayu.

12. Anda boleh lihat wilayah para penutur bahasa Melayo-Polynesian itu dan daripada dalam gambar ini (Link: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Malayo-Polynesian-en.svg) dan anda boleh mendapat gambaran di manakah wilayah para penutur Melayo-Polynesian itu.

13. Kemudian, mari kita buat cross references mengenai dakwaan saudara bahawa Melayu itu adalah pendatang daripada Yunnan. Wilayah Yunnan dalam negara China adalah seperti di dalam gambar (Link: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/15/Yunnan_locator_map_(China).svg)

14. Mari saya mengajak anda berfikir sejenak. Bagaimana sebuah wilayah Yunnan yang agak jauh daripada kelompok Melayo-Polynesian, juga Austronesian (Link peta wilayah penutur Austronesian: http://teaching.ust.hk/~huma600d/maps/austronesian-map.jpg) boleh dikatakan tempat asal usul Melayu?

15. Sedangkan dalam peta yang saya kemukakan kepada saudara menampakkan bahawa Wilayah Austronesia, wilayah penutur Melayu adalah bukan daripada Yunnan. Sangat jauh sekali dan bagaimana Melayu boleh terpisah dengan induknya iaitu Asutronesia dan Melayo-Polynesian jauh di pendalaman China yang penuturnya adalah Sino-Tibetian, Hmongic dan Tai Kadai.

16. Ianya adalah sesuatu yang agak tidak logic kalau saudara mengkaji bagaimana pola pertaburan bangsa dan keluarga bangs adan bahasa itu sendiri. Sebab itu banyak par apengkaji mengemukakan cadangan agar menamakan wilayan Austronesia itu sebagai BENUA MELAYU kerana bahasa yang mereka tuturkan berakar dan berindukkan bahasa Melayu juga.

17. Mengenai artikel dalam surat khabar itu, tahukah anda siapakah yang menuturkan teori Melayu datang daripada Yunnan? Nama beliau ialah Prof. Dr. Mohd Hazim Shah Bin Hj Abdul Murad dan beliau merupakan professor di Faculty of Science dan Department of Science and Technology Studies.

18. Dalam artikel yang saudara printscreen itu juga menampakkan pandangan daripada orang yang lebih berkelayakan dalam bidang Sejarah iaitu Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi yang menolak sama sekali teori daripada Yunnan itu sendiri. Antara professor Sains dan professor sejarah bercakap hal ini, mana satu pilihan anda?

19. Saya tidak faham permainan apa yang saudara cuba bermain, tetapi jelas saudara bercakap mengenai sejarah bangsa lain tanpa saudara memahami mengenainya.

Copy and paste:
21/1/2022 > 19 Jamadilakhir 1443H: 11.35 pm

No comments: