Friday 21 January 2022

PERDEBATAN MENGENAI SIAPAKAH PEMILIK SEBENAR TAMADUN MELAYU DI ASIA TENGGARA?



1. Pertama, saudara Viknesh menggunakan hujah penemuan tulisan Palavi sebagai hujah bahawa sesunguhnya bangsa Tamil sudah berada di Kedah dan Semenanjung sejak sekian lamanya. Bukti tersebut adalah penemuan batu bersurat dalam tulisan Palavi di Lembah Bujang. Tidak mengapa… kami akan menjelaskan kepada anda mengenai tulisan Palavi, apa kaitannya dengan Melayu dan juga mengenai batu bersurat tersebut.

2. Sebenarnya terdapat kelompongan dalam hujah yang dibawakan oleh saudara. Sebelum kami menjelaskan kelompongan hujah tersebut, saranan saya biar kita belajar mengenai asal usul dan sejarah tulisan Palavi itu sendiri.

3. Asal usul skrip Palava yang digunakan di India untuk pengetahuan saudara Viknesh mula digunakan pada abad ke-6 Masihi. Ya, Dinasti Palava memang berkembang 275 AD tapi waktu itu mereka masih menggunakan sistem penulisan Provincial Brahmi. Mereka masigh belum menggunakan system tulisan Palava.

4. Sistem penulisan Pallava berkembang dari skrip Vengi kurun ke - 4 dan 5 Masihi di bawah pemerintahan Gupta, dan mula mendapatkan bentuknya yang sesuai untuk phonologi bahasa tamil selepas kurun ke-6 masihi.

5. Mengenai penemuan batu bersurat tersebut, untuk pengetahuan saudara namanya ialah Prasasti Sungai Mas II dan ianya ditemui apabila kerja-kerja ekskavasi arkeologi yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di Kampung Sungai Mas telah membawa kepada penemuan sebuah Prasasti di tapak candi 32.

6. Pengenalan ringkas mengenai batu bersurat atau prasasti ini adalah ianya terdiri daripada Batu Sabak yang dipahat pada dua belah permukaannya. Ia memiliki panjang 145 mm, lebar di sebelah kanan 18 mm dan di sebelah kiri 25 mm.

7. Untuk pengetahuan saudara Viknesh, Prasasti itu bukanlah mengenai agama Hindu tetapi sebaliknya ianya menceritakan mengenai agama Buddha. Ianya adalah mantera dalam penulisan Sāgaramatiparipŗccha dan ianya adalah sebuah karya dalam aliran Madhyamaka dari Mazhab Buddha Mahayana.

8. Anda boleh lihat pada permukaan pada prasasti tersebut. Saya rasa kalau dibina oleh orang Tamil, maka moleknya saudara terjemahkan kepada kami apa maksudnya.

Permukaan Pertama Prasasti Sungai Mas II
Bacaan

Barisan 1: balāni daśa catvāri ....... (vai?)
Barisan 2: așţā daśa ca buddhanaṃ ........ dharm(m)ā

Permukaan Kedua Prasasti Sungai Mas II
Bacaan
Barisan 3: jānite ya imā ko(ţi) ............
Barisan 4: tasya koţī gataṃ jñānaṃ ..............

9. Bagaimana saudara? Boleh tak? Walaupun aksara dalam prasasti tersebut di dalam bahasa Palava, ianya tidak mempunyai aksara lengkap dalam prasasti Palavi. Secara keseluruhan, cuma terdapat 20 daripada 36 huruf yang wujud di dalam aksara Pallava di dalam prasasti tersebut, dan wujud 5 dari 36 huruf terbitan sahaja.

10. Ingin saya betulkan di sini juga mengenai fakta bahawa batu bersurat tersebut usianya adalah abad pertama Masihi. Berdasarkan tesis yang dikeluarkan oleh USM mengenai penemuan batu bersurat ini, ujian karbon yang dibuat sebenarnya berusia abad ke-7 Masihi.

11. Yang menjadi kekeliruan ketika penemuan awal adalah kerana pengekalan pengunaan aksara lama. Namun setelah dikaji, di dapati bahawa wujud kemungkinan bahawa prasasti ini disalin semula dari manuskrip atau prasasti yang lebih awal. Ini menyebabkan sebahagian besar daripada aksara Prasasti Sungai Mas II mengekalkan gaya pemahatan aksara lama.

12. Pemerhatian terhadap bentuk pahatan menunjukkan bahawa ia tidak dipahat oleh citralekha yang mahir. Hal ini menjelaskan keadaan prasasti tersebut yang tidak memiliki satu gaya pemahatan khusus (contohnya gaya Pallava awal dan Pasca-Pallava) yang menjadi identiti kepada prasasti tersebut.

Saudara pasti belum pernah melihat batu bersurat tersebut itu kan? Tidak mengapa… saya paparkan untuk tatapan saudara. Ini adalah hak eklusif daripada admin kami yang merupakan pakar arkeologi yang membuat kajian di tapak tersebut, bahkan sudahpun menerbitkan hasil kajian beliau yang diterbitkan oleh USM.




13. Apa-apa pun, mengenai penemuan prasasti di dalam tulisan Palavi dan Sanskrit tidak membawa maksud bahawa ianya digunakan oleh Tamil. Umum mengetahui bahawa selain pengunaan AKSARA ASLI MELAYU iaitu RENCONG, kita mendapati bahawa pengunaan Palavi sangat sinonim dalam Tamadun Hindu-Buddha bangsa Melayu.

14. Saya memberi contoh Prasasti Kedukan Bukit yang menceritakan mengenai Dapunta Hyang, Maharaja Pertama Srivijaya yang memulakan ekpedisi ketenteraannya. Walaupun dalam Prasasti Kedukan Bukit, kita mendapati ianya menggunakan tulisan Palavi, ianya tetap dipahat di dalam BAHASA MELAYU KUNO.

15. Mari kita ambil contoh beberapa perkataan Melayu Kuno yang jelas terpahat dalam penemuan Prasasti tersebut:

vulan = bulan
nayik = naik
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke

16. Anda nampak kan di atas? Orang Melayu telah menggunakan tulisan Palavi malah telah mengubahsuai untuk kesesuaian untuk digunakan sesuai dengan lidah Melayu ketika itu.

17. Apa-apa pun pengunaan Sanskrit pada prasasti yang dipersembahkan itu adalah bukanlah satu keganjilan kerana orang Melayu memang terkenal dengan pakar Sanskrit sejak zaman berzaman.

18. Bacalah catatan I-Ching yang mengatakan bahawa dia singgah ke Empayar Melayu Srivijaya untuk belajar mengenai Sanskrit dan agama Buddha dan menyifatkan Srivijaya merupakan sebuah universiti kedua agama Buddha selepas Universiti Nalanda di India.

19. Kepada saudara Elantirayan, terima kasih kerana sudi memberi respon mengenai perdebatan ini. Ya, saya mengaku bahawa terdapat kaitan antara Srivijaya dan Kerajaan Cholas. Mereka pernah menjadi lawan dan mereka juga pernah menjawa kawan. Jadi? Saya tak faham point anda apa di sini.

20. Saya sudah selak fakta mengenai serangan Rajendra Chola ke atas Lembah Bujang. Lama dah saudara… kita mendapati bahawa keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012 - 1044 Masehi.

21. Beliau hanya menyerang dan tidak bersemayam di sini. Sekadar menjarah… tapak purba di Lembah Bujang berusia 5 abad Sebelum Masehi. Semasa beliau datang ke sini, peradaban di Lembah Bujang telah lama wujud. Sedangkan ibubapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848 -891 Masehi pun belum dilahirkan lagi.

22. Kenapa tidak boleh samakan Melayu zaman itu dengan Melayu zaman ini? Masalah apa? Hanya kerana beragama Hindu-Buddha maka orang Melayu tidak boleh menuntut hak sejarah dan Tamadun mereka? Perbezaan atau seumpama dengannya, kita tetap mendapati ianya dibina oleh nenek moyang kita.

23. Proses asimilasi? Ya, ada Melayu yang menjadi Melayu kerana asimilasi. Tetapi Melayu yang asli tetap ada di semenanjung. Melayu Proto, iaitu orang asli kita dikenali sebagai orang Asli.

24. Bahkan, kajian yang dilakukan ke atas DNA orang Melayu mendapati Minang dan Kelantan merupakan orang Melayu paling asli. Bahkan, untuk pengetahuan saudara, Kesultanan Kedah hari ini adalah warisan daripada Melayu yang membina Lembah Bujang.

25. Kalau menggunakan hujah saudara itu, pastinya bangsa Greece dan Italy hari ini tidak dapat dan tidak punya hak ke atas Tamadun Yunani dan Rom yang dibina oleh nenek moyang mereka.

26. Agama dan budaya ketika zaman itu sangat berbeza dari zaman mereka hari ini. Mereka adalah berbeza… sama juga dengan anda. Apa jaminan anda adalah Tamil yang sama mendirikan kerajaan Chola? Tiada jaminan bukan? Anda juga sedang terasimilasi dengan budaya Malaysia. Tamil zaman Rajendra Cholas tidak bercakap dalam bahasa Melatyu mahupun Inggeris. Tamil zaman Cholas tidak memakai pakaian barat. Tamil zaman Cholas tak kenal facebook. Bukankah itu sudah berbeza?

27. Kenyataan Melayu Hindu adalah sebuah khayalan? Kelakar… anda seorang sahaja yang mengatakannya khalayan walhal pengkaji luar seperti Coedes, Stamford Raffles, dan banyak lagi mengesahkannya. Cari aje jurnal mengenai Srivijaya, Kedah Tua dan sebagainya… ianya adalah fakta anda anda, adalah khayalan sebenarnya.

(Team "SEJARAH NUSANTARA" The Patriots)

Rujukan:

1. Nasha Rodziadi Khaw, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Nazarudin Zainun, dan Mokhtar Saidin, ”Prasasti Sungai Mas II: Satu Tinjauan Paleografi”, Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkeologi di UKM, Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, 12-13 Julai 2010, Bilik Senat dan Bilik Majlis Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

2. Early Kingdom of Indonesian Archipelago and Malay Peninsula. Paul Michel Munoz.

Copy and paste:
21/1/2022 > 19 Jamadilakhir 1443H: 10.58 pm



No comments: