Sunday 17 October 2021

SUSAHNYA NAK JAGA SOLAT

□ Bagi mereka yang masih berusaha untuk menjaga solat, adakalanya terkucil jugak kan. Hendak cukupkan 5 waktu itu berat sangat rasanya.


□ Di sini dikongsikan beberapa peringkat untuk kita berusaha menjaga solat :

1 : KETERPAKSAAN 
Dalam peringkat PERTAMA ini memang kita kena paksa diri untuk solat. Rasa malas macamana sekalipun, paksa juga diri. Kadang kadang kita sengaja lengahkan masa dengan alasan waktu masih panjang dan akhirnya kita terus terlupa. Jadi, bila masuk waktu solat, paksa diri. Paksa dan paksa. Jangan pertikaikan soal tidak ikhlas kalau dipaksa. Selagi kita paksa diri untuk solat dan kita niat solat kerana ALLAH, maka itulah permulaan ikhlas. 

2 : KETERBIASAAN 
Bila kita masuk peringkat KE DUA ini, kita dah terbiasa solat. Jadi tubuh dan roh kita sudah sedar yang kita wajib solat 5 kali sehari. Bila sudah jadi habit diri kita akan mudah untuk solat. 

3 : KEPERLUAN 
Bila kita masuk peringkat KE TIGA ini, kita rasa kita perlu untuk solat. Bila tidak solat, hidup kita pasti akan rasa tidak lengkap. Hari kita tidak sempurna. Kita memerlukan solat macam kita perlu bernafas, perlu makan dan minum serta perlu tidur. Kalau tidak solat, maka kita akan lemah. Jiwa kita tidak tenang. Serba serbi tidak kena. Bila kita solat baru rasa lengkap hari kita. 

4 : KENIKMATAN 
Peringkat KE EMPAT ini adalah peringkat terakhir dan peringkat paling susah hendak dapat. Kita rasa nikmat solat itu. Kita bersedia sebelum masuk waktu. Kita rindu hendak solat. Kita rindu hendak berbicara dengan ALLAH. Kita rindu hendak sujud. Serba serbi kita rasa rindu. Kita tertunggu tunggu bila hendak masuk waktu solat. Kita sudah siap sedia dengan wudhu. Bila solat, kita sepenuhnya khusyuk. Sebenar benar khusyuk. Langsung tidak fikir pasal dunia. Jika boleh tidak mahu solat tu habis. Hendak lama lama solat. Di situlah terhasilnya jiwa 100% ikhlas. 

  1. Sekarang kita sudah tahu, inilah peringkat ibadah kita. Kena mulakan daripada peringkat 1 dan sampailah kita capai peringkat ke 4. Itulah sasaran pencapaian kita. 
  2. Tanam niat dalam hati. Aku hendak capai peringkat 4. Iman kita ini ada turun dan naiknya, ada ketika kita rasa kita dah masuk peringkat ke 3, tapi nanti jatuh balik ke peringkat 1 atau 2. 
  3. Maka kita kena usaha semula bersungguh pertahankan pencapaian solat kita ini. Jangan jemu. Minta ALLAH jaga hati kita dan jaga iman kita. 
  4. Kita hidup untuk beribadah bukan beribadah untuk hidup. Kita hidup untuk solat, bukan solat untuk hidup. 
  5. ALLAH letak kita di dunia ini sekejap sahaja, tujuan ALLAH ialah untuk kita cari DIA. Beribadat kepada DIA, bukan hendak bersenang lenang bersuka ria di dunia ni sampai lupa apa tujuan kita diciptakan. 
  6. Surah ad-Dzariyat ayat 56 : "Tidak AKU ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepada-Ku". 
  7. Inshaa Allah Mulakan dari sekarang Jangan malu dan rasa berat hati untuk kebaikan diri sendiri sebelum anda berasa amat amat malu dan melutut amat ketakutan di padang masyar di hadapan Allah Azzawajala nanti.

Usaha Kerana Allah SWT.

Copy and paste: 17 Oktober 2021 @ 10 Rabiulawal 1443H: 11.57 am

No comments: