Monday 18 October 2021

BANGSA MELAYU YANG HEBAT,SEJARAH MELAYU YANG GEMILANG

Oleh: Zaddam Zahir > ALAM MELAYU MERINDU

Tahukah bahawa Ratu Hijau dari Kesultanan Melayu-Pattani membina meriam-kuno terbesar di dunia dipanggil "Seri Pattani" semata-mata untuk menahan gempuran 80,000 tentera Siam?
Tahukah bahawa Empayar Melayu-Sriwaya hampir menakhluk lautan hindi semasa pemerintahan Raja Balaputradewa dan membawa 1000 kapal ke Afrika untuk menakluk wilayah serta perlabuhan di Tanzania dan Mozambique?
Tahukah bahawa raja melayu-kedah tua iaitu Samara Vijayatungga memenggal kepala raja empayar Chola dari India dan baginda menakluk Tamil Nadu serta Sri Lanka kemudian membina biara Nagapattinam?
Tahukah bahawa pahlawan Srikandi Melayu iaitu Adruja Wijayamala Singa dari kerajaan Melayu-Jawaka memenggal kepala raja Siam daripada kerajaan Sukhothai dan kepala dipenggal menjadi tatapan bukti kehebatan kerajaan melayu itu?
Tahukah bahawa Parameswara iaitu raja kerajaan Melayu-Temasek pernah mempertahankan Kota Singapura-Purba daripada 200,000 bala tentera Majapahit diketuai Mpu Nala dan berjaya mengusir 70 buah kapal Siam?
Tahukah bahawa tentera Melaka pernah mengejar 90,000 tentera Dai-Viet yang lengkap dengan senjata api "Albuerques" dan infantari di Lan-Xang sehingga menyebabkan 30,000 daripada jumlah itu mati? malah ketika itu empayar Dai-Viet mempunyai 1 juta tentera gegak gempita di bumi IndoChina dan raja Ayutthaya iaitu Borommatrailokkanat melutut dengan Sultan melaka dan maharaja Dinasti Ming di China untuk meminta bantuan ketenteraan.
Tahukah bahawa orang pertama mengelilingi dunia adalah Panglima Awang bukan Ferdinand Magellan dan beliau belayar menggunakan codex ilmu laut melayu?
Tahukah bahawa Melayu pernah memilik Tamadun tertua di Asia Tenggara dipanggil Tamadun Sungai Batu pada 584 Masihi (2500 tahun) sama timeline dengan tamadun Yunani dan Rom malah menghasilkan pedang terbaik di dunia diapanggil pedang Qala'i? pedang ini adalah salah satu koleksi pedang rasulullah.
Tahukah bahawa Leftenan Adnan sanggup melawan beribu-ribu tentera Jepun dengan hanya menggunakan bayonet di saat kehabisan peluru dan jikalau 10 divisyen rejimen diketuai oleh leftenan seperti beliau mampu mengusir jepun dari Tanah Melayu?
Tahukah bahawa empayar Melayu-Melaka pernah menguasai perdagangan terkaya di dunia setaraf Venice dan Genoa malah dominasi umat islam terhadap perdagangan dunia telah hancur semasa 1511?
Tahukah bahawa Empayar Melayu-Brunei pernah menakhluk seluruh Borneo dan Filipina sehingga menjadi wilayah islam?
Tahukah bahawa bangsa Melayu ramai keturunan Ahlul Bait (Keturunan Rasulullah) dan bangsa kita didendang sebagai bani tamim yang akan bersama dengan panji-panji hitam khalifah Al-Mahdi menakluk dunia?
Tahukah bahawa Melayu mempunyai paling ramai sultan di dunia dan kesultanan tertua di dunia iaitu kesultanan melayu-kedah serta mempunyai sultan yang digelar individu terkaya di dunia iaitu Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam?
Tahukah bahawa bahasa Melayu yang dianggap sampah adalah bahasa ke-5 terbesar di dunia yang digunakan oleh Indonesia,Malaysia dan Brunei malah di zaman empayar Melayu-Melaka bahasa melayu dipanggil "Lingua Franca" sehinggakan bangsa parsi wajib mempelajari bahasa itu kerana sangat penting dalam perdagangan dunia semasa abad ke-15?
Tahukah bahawa melayu didendang bangsa atlantis yang pernah mempunyai tamadun terawal dalam peradaban manusia serta bangsa ini mempunyai kerajaan diketuai oleh 12 raja mengikut teori Sundaland dan Ptolemy?
Tahukah bahawa genetik Austronesian pada asalnya dipanggil "Malayo-Polinesian" adalah rumpun melayu dan rumpun ini bertebaran dari Madagaskar sehingga ke Filipina?
Melayu perlu bangkit dari sifat "Inferiority Complex",Biarlah bangsa kita punya jati diri dan menjadi benteng jika berlaku apa-apa pada bangsa kita.Share post ini biar melayu tidak lagi menjadi apologetik malah menjadi mandiri.

c&p: 18 Oktober 2021 / 11 Rabiulawal 1443H: 12.11 pm

No comments: