Tuesday 19 October 2021

APAKAH ITU WAHABI

□ Wahabi (Bahasa Arab: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab.
□ Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
□ Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah. 
□ Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, dan Mauritania. 

PENGASAS 
□ Muhammad bin Abdul Wahab (1701 - 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. 
□ Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. 
□ Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya. 
□ Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. 
Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab. 
□ Beliau kononnya mahu memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ibn Taimiyyah. 

FAHAMAN WAHABI DI MALAYSIA 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia belum mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat
□ Ia adalah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai akidah,fiqh,dan tasawuf. 
□ Namun begitu, Jawatankuasa Fatwa telah melarang penyebaran fahaman wahabi di Malaysia seperti berikut : 
1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-12 Pada Tahun 1985 
2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 Pada Tahun 1985 
3. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 Pada Tahun 1986 
4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-40 Pada Tahun 1996 
5. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-42 Pada Tahun 1997 
6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-44 Pada Tahun 1998 

□ Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS). 
Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah
□ Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam Nabi Muhammad di Madinah kerana terpaksa dan dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji. .

Ikhwanul Muslimun

Copy and paste from internet:
19 Oktober 2021 / 12 Rabiulawal 1443H: 4.15 am (MAULIDUR RASUL)

No comments: