Saturday 30 October 2021

DNA Melayu Ditemui Wujud 58,000 Tahun Lalu Namun Terpecah Susur Galurnya!

SUMBER: DEMI MALAIU


Terdapat satu kajian bahawa DNA Melayu sudah wujud sekitar 58,000 tahun lalu dari satu lokasi yang sama iaitu dipercayai benua Sunda.

Namun disebabkan Zaman Ais berakhir kira-kira 10,000 tahun lalu, dunia mengalami banjir besar dan menenggelamkan banyak benua.

Yang terjejas, termasuklah benua Sunda dan ekoran peristiwa itu, banyak orang-orang Melayu asal berhijrah ke kawasan yang lebih tinggi.

Zaman berlalu dan segala-galanya berubah kerana faktor geografi, ekonomi dan juga politik sehinggalah tinggal nama Tanah Melayu sahaja.

Sedangkan saudara seMelayu kita ada di kepulauan lain dengan nama suku tertentu seperti Melayu Pattani, Melayu Maori dan pelbagai lagi.

Mengambil kes di Tanah Melayu, semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka menerima aktiviti ekonomi dan perdagangan secara aktif, evolusi Melayu itu berlaku.

Misalnya menerusi perkahwinan campur penduduk tempatan dengan warga pedagang termasuklah warga penjajah atas dasar cinta merentasi bangsa.

Namun demikian, betapa kuatnya budaya Melayu ini adalah walaupun zaman merentasi ribuan atau ratusan tahun lalu namun masih ada adat yang dikekalkan.

Walau bagaimanapun, kejadian mengenai asal usul DNA Melayu yang berusia ribuan tahun ini sering bertembung dengan soalan berkait dengan akidah yang melibatkan Nabi Adam AS.

Rata-rata umat Islam percaya adalah Nabi Adam adalah manusia pertama yang dicipta namun dari segi kronologi usia membawa ilmu dan cara hidup, ia kekal misteri.

Sehinggakan ada yang berpendapat, memang benar Nabi Adam AS dicipta sebagai manusia pertama tetapi sebagai manusia pertama yang diangkat martabatnya sebagai khalifah.

Zuriat daripada Adam dan Hawalah yang melahirkan susur galur para Anbiya sebagai khalifah untuk membantu manusia yang sudah diciptakan mengenal Allah SWT.

Namun pada pendapat lain pula, ada yang bertegas memang tiada manusia yang dicipta sebelum Adam dan segala kajian yang dibuat adalah mitos biar pun tercatat sebagai bukti saintifik.

Walau bagaimanapun, perdebatan dan persoalannya cuma kekal begitu sehingga ke hari ini dan diharap pada masa depan adanya pengkaji yang merungkaikan persoalan yang ingin mencari jawapan!

Apa-apa pun, jangan lupa tonton Perbincangan Rakyat Demi Melayu di Facebook Page : Demi Malaiu

Copy and paste: 
30 Oktober 2021 / 24 Rabiulawal 1443H: 9.35 pm

No comments: