Wednesday 1 July 2020

ETIKA PENGGUNA INTERNET MUSLIM

Andaikan pengguna Internet Muslim sedunia mengamalkan etika ini, tidakkah Islam akan tersebar lebih pantas?
Islam tersebar dengan hujung mata pedang tiada lagi kedengaran, kerana ia sudah tersebar dengan hujung jari. 

ACCOUNT
  • Pengenalan diri yang sebenar, bukan palsu atau menipu atau mengintip.
  • Tidak mewujudkan page/group yang berunsur kebencian dan perpecahan.
  • Tidak mewujudkan group yang menyalahi agama dan undang-undang seperti LGBT (Lesbian-Gay-Bisexual-Transgender), Grup Murtad dan lain - lain. 
  • Prinsip : Akaun Muslim, Akaun Manfaat
UPDATE
  • Sebarkan ajaran Islam
  • Pastikan kesahihan maklumat
  • Gambar patuh syariah
  • Awas Hadis Palsu
  • Elakkan menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara
  • Elakkan status membangga-bangga atau memburukkan diri.
  • Prinsip: Update Ilmu, Update Buku amalan.
LIKE
  • Status / Page / Group membina pemikiran
  • Yang menggalakkan amalan kebaikan
  • Yang mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Unlike perkara-perkara yang berunsur kebencian, maksiat dan sia-sia.
  • Prinsip : Like Kebaikan, Like Pahala
COMMENT
  • Niat bersilaturahim
  • Hindari perdebatan sia-sia
  • Tidak mempersendakan sesuatu bangsa atau agama
  • Elakkan mengancam atau mengugut orang lain
  • Pujian yang sederhana disertai keikhlasan
  • Hindari respons berkaitan hukum-hukum agama jika tidak pasti. 
  • Prinsip: Comment baik, Comment membina
SHARE
  • Gambar-gambar yang pasti kesahihannya.
  • Status yang menambahkan ilmu, iman dan amalan.
  • Link yang membuka pemikiran tentang ilmu baru.
  • Ayat Al-Quran / hadis-hadis sahih untuk pengajaran dan amalan
  • Video berunsur pendidikan dn hiburan mendidik jiwa
  • Informasi terkini tentang umat Islam sedunia
  • Prinsip: Share kebaikan, share Saham Akhirat
UPLOAD
Pastikan:
  • Hanya yang menutup aurat
  • Membuka fikiran dan mendidik penonton
  • Aksi terpelihara dan bermesej kebaikan
  • Jenaka / hiburan santai tetapi tetapi berilmu dan bermakna
DOWNLOAD
Visual yang :
  • Memelihara adab sopan dan beretika baik
  • Ceramah / kuliah / program agama bersiri
  • Mengandungi mesej yang bermanfaat dan memotivasikan.
SHARE
  • Visual yang sahih isi kandungannya
  • Visual yang menyebarkan keindahan Islam
  • Elakkan menjadi agen penyebar fitnah atau maklumat palsu
e-mail
1. Account name : gunakan nama yang baik dan mudah dikenali.
2. Compose :
  • Penggunaan ayat yang memudahkan pemahaman penerima
  • Adab komunikasi asas seperti memulakan dan mengakhiri dengan salam atau kata-kata hormat.
  • Biasakan menggunakan signature bagi memudahkan mengenali pengirim.
3. Sebarkan berita dan maklumat yang berguna sahaja.
4. Elakkan spamming. Ia boleh menganggu keselesaan penerima sekiranya mereka tidak berkaitan secara lansung dengan maklumat tersebut. 

Sumber:
Majalah al-Ustaz isu No. 18 (2013)
Copy and paste: 1 Julai 2020 / 9 Zulkaedah 1441H : 2.59 am

No comments: