Sunday 27 May 2018

STRATEGI ROTHSCHILD KUASAI MESIR

Pada 8 April 1875, pemerintah Mesir ketika itu, Ismail Pasha telah membuat penangguhan bayaran pinjaman kepada bank, kemudian mengumumkan Mesir telah BANKRAP.
Jumlah anggaran hutang kerajaan Mesir kepada bank-bank Freemason ialah £68, 497, 160 juta pound sterling.
Jumlah hutang terbesar kerajaan Mesir ketika itu adalah kepada dua bank utama Rothschild di Kaherah iaitu:
  1. Fruhling & Goschen (milik British)
  2. Joubert Bank (milik Perancis)
Bagi menguruskan pemegang-pemegang saham di bawah Goshen dan Joubert, kedua-dua bank itu telah menubuhkan satu suruhanjaya khusus bagi mengurus hartanah Mesir, ia diberi nama Suruhanjaya Goshen Joubert.
Hanya seorang yang menentang penubuhan suruhanjaya ini iaitu Ismail Sadik, Menteri Kewangan Mesir. Malangnya, Ismail Sadik telah ditemui mati di Sungai Nil dan dipercayai ia angkara bank dan orang-orang suruhanjaya tersebut.
Ismail Pasha telah tertekan dengan keadaan ini, namun beliau membiarkan sahaja suruhanjaya ini memanipulasi harta perbendaharaan negara sehinggalah seluruh negara Mesir jatuh ke tangan Perancis dan British.
Namun begitu, pihak Perancis dan British juga bijak, mereka tahu rakyat Mesir majoritinya Islam dan sukar menerima aturan penjajah. Oleh itu, beberapa pasukan pemimpin Islam boneka telah dibentuk untuk menggantikan barisan kepimpinan Ismail Pasha.
=================================================
MENGAPA GOSHEN & JOUBERT MENGURUS HARTANAH MESIR?
Kedua-dua bank ini bersatu mengurus hartanah Mesir kerana ketika Ismail Pasha (Pemimpin Mesir) membuat pinjaman wang untuk kerajaannya, Ismail perlu mencagarkan geran-geran tanah Mesir kepada bank. Selepas bank memegang geran tanah atau bon kerajaan, bank-bank ini akan berusaha mencari jalan supaya kerajaan Mesir sukar membayar hutang pinjaman.
=================================================
BAGAIMANAKAH MESIR SEKARANG?
Ia tetap menjadi miskin, lebih miskin dari Indonesia. Walaupun Hosni Mubarak kaya-raya, rakyat Mesir tetap miskin. Setelah Ikhwan Muslimin berjaya menumpaskan kerajaan Hosni, negara Mesir tetap sama.
Kini pemimpin baru yang lebih diktator pula muncul, Jeneral Sisi dan rakyat Mesir tetap menjadi miskin tetapi televisyen-televisyen Mesir mempunyai siaran hiburan yang sangat banyak.
(Gambar) Raja Saudi Abdullah menganugerahkan medal kehormatan tertinggi kepada salah seorang musuh umat Islam di Mesir yang berhasil menjatuhkan Presiden Mursi dan kini menjadi presiden, iaitu Abdul Fatah Al-Sisi. 
Al-Sisi menerima penghargaan dari Kerajaan Saudi itu di Jeddah, Ahad (10/8/2014),
Raja Saudi, Abdul Fatah Al-Sisi, Ahmadinejad,Hosni Mubarak,Yasser Arafat,Mahmud Abbas etc adalah pelakon2 terhebat keluaran Freemason (boneka Rothschild)
=================================================
SEJARAH FREEMASON DI MESIR
Mengapa begitu banyak kuil Freemason di Mesir dan mengapa orang Islam Mesir menyertainya walaupun ia terang-terangan sesat?
(Gambar) Laporan akhbar Al-Ahram pada 4 Julai 1938 mengenai satu perjumpaan ahli-ahli Freemason. 
Mirza Mishki Bey duduk disebelah Gabenor Mesir, Shazli Pasha di kuil utama Kaherah Mesir.

Umat Islam pada era kolonial lagi telah terpengaruh dengan budaya hidup Eropah. Gaya hidup Eropah dijadikan satu kemuncak kredibiliti dalam kehidupan seharian.
Ini berlaku di Mesir dalam semua peringkat sama ada dari pemimpin hinggalah kepada rakyat bawahan. Gaya hidup tidak sahaja diikut tetapi persatuan dan organisasi bawah tanah yang dianggotai oleh orang-orang Eropah juga diikuti sama tanpa usul perisa.
Maka berlakulah peningkatan keahlian orang-orang Islam Mesir ke dalam organisasi Dajjal yang bernama Freemason walaupun ia bersifat kesyaitanan sejagat.
Mengikut laman sesawang Freemason di British, Freemason mula bertapak di Mesir sekitar 1798. Organisasi ini dipercayai dibawa masuk oleh orang-orang Perancis pada zaman penjajahan Napoleon.
Kemudia pada 1800-an, beberapa kuil Freemason dibuka lagi di Iskandariah oleh-orang Itali. Selepas itu, beberapa kuil dilihat mula ditubuhkan secara 'underground' di Port Said, Kaherah, Ismailia dan Suez.
Pada 1881, Tawfik Pasha anak kepada Ismail Pasha telah dilantik sebagai Grand Master bagi kuil Freemason Mesir.
Ketika perlantikannya, kuil-kuil Freemason telah bercambah kepada 500 kuil di seluruh Mesir.
Freemason terus menjadi organisasi popular di kalangan orang kenamaan Mesir khususnya penjawat-penjawat awam.
Kuil Freemason ini juga dipimpin oleh ulama-ulama Mesir seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh.
Kedua-dua mereka menggelarkan ahli-ahli Freemason sebagai ''ikhwanul al-saffa wa khullam al-wafa''.
Pada 1950-an, selepas kejatuhan King Farouk dari pemerintahan, organisasi Freemason di Mesir telah mengalami tentangan dari kelompok revolusi sehingga memaksa ianya ditutup.
Freemason kembali dihidupkan di Mesir selepas perlantikan boneka Rothschild iaitu Hosni Mubarak pada 1981, tetapi ia menggunakan nama samaran lain iaitu Rotary Club, Leo Club dan sebagainya.

Copy and paste: FB INFO AKHIR ZAMAN
27.5.2018 : 1.55 PM

No comments: