Wednesday 16 May 2018

Pesanan yg sangat mulia drp Ketua Menteri Melaka utk renungan bersama.

TAZKIRAH/ PERUTUSAN DARI KETUA MENTERI MELAKA YG BARU, TUAN HAJI ADLY ZAHARI ...


Khas utk org MELAKA 

Drp CM baru

Assalamualaikum


Mari kita hentikan negativiti mempersenda bekas PM dan Isteri beliau, mari kita henti jadikan mereka bahan lawak jenaka. 

Kita semua ada khilaf, ada silap, ada dosa masing-masing, bukan mereka sahaja yang berdosa atas muka bumi ini, serahkan pada DIA Yang Maha Menghakimi. 

Kadang-kadang masalah kita sebagai ummat Islam, kita belum Islam pada cara hidup, kita belum Islam pada pemikiran, kita belum Islam pada percakapan, kita belum Islam pada akhlak dan tindakan, tapi kita bermati-matian ingin ISLAMkan negara.

Tidakkah ianya pincang? Islam perlu bermula dari dalam diri, dari dasar, bukan terus di puncak. 

Kita hanyalah buih-buih di pantai yang mudah pecah dilambung ombak (tiada kualiti). Kita belum benar-benar muslim pada roh, pada aktualisasi dan cara hidup, kita hanya Islam pada I/c yang mewarisi ugama nenek moyang.

'Kita' itu termasuk sy, yang bercakap dan menulis tidak semestinya lebih baik dari yang membaca, menulis dalam masa yang sama menasihati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dan leka.

Attitude dan keperibadian kita dibangunkan oleh suasana dan persekitaran, inginkan akhlak yang baik, cari circle yang baik-baik, cari jemaah yang baik-baik, semua itu harus bermula dengan mencari Allah.

Pandangan kita terhadap manusia sekeliling adalah berdasarkan hati kita. Jika hati kurang berpenyakit, kita melihat pendosa dengan pandangan kasihan berserta doa kepada mereka, (kerana hakikatnya kita juga seorang pendosa). 

Jika hati kita berpenyakit, kita melihat pendosa dengan perasaan benci, sakit hati, jelik, sinis, disertai cacian dan sarcasm, (tanpa menyedari kita juga sebenarnya seorang pendosa, hari-hari kita buat dosa sama ada dengan sengaja atau tidak)

Sebarkan agar umat Islam tidak terus mengaibkan saudara islam sendiri.
Wasalam.

Copy and paste: Whatsapp Group Skot Intake 139/80
16.5.2018 : 7.51 pm

No comments: