Friday, 22 September 2017

KEMBARA HAJI 2017 - MASJID NABAWI MADINAH

Artikel sebelum ini:
Kembara Haji 2017 - AL ANWAR MADINAH MOVENPICK HOTEL

MADINAH AL MUNAWARRAH
Kota Madinah bercahaya sepanjang masa, tidak kira waktu kerana cahaya Muhammad s.a.w berada dimana-mana di kota suci ini, menyambut setiap insan yang tiba ke sini. 
Madinah ialah sebuah kota moden, panjang tanah haram Madinah adalah 16 km sementara jaraknya dari Jeddah adalah kira-kira 420 km dan dari Mekkah adalah 480 km. 
Madinah dibuka oleh Yathrib bin Qaniah (Yathrib adalah nama lama Madinah sebelum Nabi s.a.w berhijrah dari Mekkah ke Madinah). 
Madinah menjadi tapak perkembangan Islam sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Madinah kini dikenali dengan nama al-Madinah al-Munawwarah bermaksud "Kota yang Bercahaya" atau al-Madinah al-Nabawiyyah yang bermaksud "Bandar Nabi s.a.w".
Di Kota Madinah ini jugalah bersemadinya jasad insan yang paling mulia di dunia ini iaitu baginda Rasulullah s.a.w yang terletak didalam Masjid Nabawi. 

MASJID NABAWI
Masjid Nabawi asalnya dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan masjid kedua tersuci dan terbesar di dunia setelah Masjidil Haram. Rasulullah s.a.w besabda, "Satu waktu solat di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan solat sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah (622M), iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w. di Kota Madinah.
Keluasan asalnya ketika itu adalah kira-kira 35m x 30m = 1050m persegi dan 2.9m tinggi. Tiangnya diperbuat daripada batang tamar, disimen dengan tanah liat. Kemudian pembesaran Masjid Nabawi dilakukan oleh beberapa orang khalifah-khalifah Islam selepas itu sehinggalah kepada apa yang kita lihat hari ini. 

Beginilah rupa asal Masjid Nabawi di zaman Nabi s.a.w.

 Di Kubah yang berwarna hijau itulah dibawahnya terdapat Makam Rasulullah s.a.w bersama 2 sahabat Baginda





























MAKAM RASULULLAH S.A.W
Di dalam Masjid Nabawi inilah bersemadinya jasad insan yang paling agung di dunia ini Rasulullah s.a.w.  bersama dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Makam baginda terletak di dalam bangunan yang berkubah hijau (Al Khadrak). Disebelah makam baginda terletaknya Ar-Raudhah, sebuah taman syurga yang ditanda dengan tiang marmar putih dan hamparan hijau. 


MADINAH - BERSEMADI JASAD MULIA
Kubah Hijau menggamit setiap insan yang tiba di Madinah Al Munawarrah. Kubah yang disebut Al-Khadrak boleh dilihat dengan jelas,memberi kesan kepada setiap yang sampai di sini. Dibawah kubah inilah bersemadinya jasad insan yang paling mulia, Rasulullah s.a.w bersama sahabat Baginda Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Di sebelahnya terletak Ar-Raudah, sebuah taman syurga ...






RAUDHAH AL- MUSYARRAF
Sebuah tempat yang istimewa terletak di antara makam Nabi s.a.w dan mimbar. Merupakan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Ia dianggap suatu tempat yang mulia, pernah disifatkan oleh Nabi s.a.w sebagai sebuah kebun di antara kebun-kebun syurga. 


Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w bersabda:
"Diantara rumahku dan mimbar ku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolam ku."
(HR Bukhari no. 1196)




PERKUBURAN BAQI' AL-GHARDAD
Disebelah Masjid Nabawi terletaknya Jannatul Baqi' (Perkuburan Baqi'). Dianggarkan lebih 10,000 para sahabat dan keluarga Baginda Rasulullah s.a.w yang meninggal dunia di Madinah di semadikan di sini. 9 Ummul Mukminin (Isteri Rasulullah s.a.w) di semadikan di perkuburan Baqi' ini kecuali Saidatina Siti Khadijah bt Khuwalid dan Saidatina Maimunah bt Haris di semadikan di Mekkah al Mukarramah. 
Disini juga terdapat pusara Ahlul Bait (keluarga Rasulullah s.a.w.) iatu anak-anak dan cucu-cucu baginda dan juga para sahabat yang mulia. 
Muhajirin yang pertama dikebumikan di perkuburan Baqi' ini ialah Usman bin Ma'azun r.a.  yang wafat selepas pulang daripada Perang Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Manakala orang pertama daripada golongan Ansar yang dikebumikan disini ialah As'ad bin Zararah al-Ansari r.a. selepas 9 bulan Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah.  






Di hari kedua kami di Madinah Al Munawwarah, kami telah dibawa menziarah ke sekitar Masjid Nabawi sahaja. Esoknya (23 September 2017) kami akan di bawa pula melawat sekitar Kota Madinah. 

No comments: