Monday, 4 September 2017

KEMBARA HAJI 2017 - MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH

Artikel sebelum ini :
Kembara Haji 2017 - Mabit di Mina



Untuk hari pertama berada di Mina (10 Zulhijjah) setelah tiba dari Muzdalifah, para jemaah Haji perlu melontar Jamrah Kubra sahaja, sedangkan tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah lontaran Jamrah dimulakan dengan Jamratul Ula, kemudian menuju Jamratul Wusta dan akhir sekali Jamratul Kubra. 

Melontar jamrah adalah salah satu daripada 6 perkara wajib Haji. Jamrah dalam bahasa Arab bermaksud batu-batu kecil. Terdapat 3 jamrah dalam manasik Haji. Kini ia dikenali sebagai Jamrah as-Sughra (kecil- dahulunya dikenali sebagai Jamrah al-Ula - pertama), Jamrah al-Wusta (tengah/kedua) dan Jamrah al-Kubra (besar – dahulunya dikenali sebagai Jamrah al-Aqabah). Sebab dinamakan jamrah kerana anak-anak batu dilontar ke tempat tersebut atau kerana batu-batu lontaran terkumpul di situ.

Ibadah melontar di jamrah banyak dikaitkan dengan perbuatan melontar syaitan oleh Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. dan Sayyidatina Hajar r.a.. Namun tidaklah tepat jika Jemaah haji pada masa ini bermaksud melontar syaitan ketika melakukan ibadah melontar. Sebaliknya lontaran hendaklah dilakukan dengan niat ia adalah salah satu daripada suruhan Allah s.w.t. dalam ibadah Haji dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Ibrahim a.s. 



Jarak dari Perkemahan Mina ke Komplek Jamarat ialah 3.5. km, pergi dan balik jadi 7 km.
Pada petang 10 Zulhijjah, kami diarahkan bersedia untuk memulakan perjalanan menuju ke Jammarah untuk melontar Jamrah Kubra.

Jarak maktab perkhemahan jemaah haji Malaysia dengan Kompleks Jamrah  ialah kira-kira 3.5 kilometer. Ini bermakna Jemaah Haji akan berjalan pergi dan balik sejauh 7 kilometer. 

Berehat seketika setelah penat berjalan sambil mengisi botol minuman










Perkhemahan Mina yang terlihat di sepanjang perjalanan menuju ke kompleks melontar. 









Eskalator juga disediakan dibeberapa tempat dalam terowong memberi peluang para Jemaah berehat seketika setelah penat berjalan...satu usaha murni Kerajaan Arab Saudi.....

Kompeks Melontar sudah kelihatan di hadapan...terasa lega dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t.

Terowong di Muassim mengimbau kembali sejarah dimana pada 2 Julai 1990 terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekkah dan Mina runtuh mengakibatkan 1,426 jemaah Haji maut termasuk 19 Jemaah Haji Malaysia. 

Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji sewaktu musim haji di Mekah.

Disenaraikan di sini beberapa tragedi yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.

Disember 1975 - Silinder gas masak meletup di khemah jemaah, menyebabkan kebakaran yang mengorbankan lebih 200 jemaah.

31 Julai 1987 - penunjuk perasaan Iran bertembung dengan polis Arab, yang mengakibatkan kematian lebih 400 jemaah haji Iran.

2 Julai 1990: Tragedi terowong al-Muassim merupakan tragedi dengan jumlah korban paling ramai setakat ini. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina itu runtuh dan mengakibatkan 1,426 jemaah maut. Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban.

23 Mei 1994 - Satu rempuhan berhampiran Jambatan Jamarat di Mina, dekat Mekah, membunuh 270 di kawasan di mana melakukan ibadah melontar.

April 1997 - 343 jemaah terbunuh dalam kebakaran khemah di kem haji di Mina, yang menyebabkan kerajaan membina khemah kekal kalis api di sana.

9 April 1998: Juga tragedi yang berpunca daripada kegagalan menguruskan jemaah ketika melontar yang mengakibatkan seramai 118 jemaah maut.

1 Februari 2004 - Rempuhan mengakibatkan 251 jemaah maut berhampiran Jambatan Jamarat semasa ibadah melontar.

12 Januari 2006: Kira-kira 360 orang jemaah haji maut selepas kejadian rempuhan di Mina ketika ramai berpusu-pusu untuk melontar di jamrah.

6 Januari 2006: Empat jemaah dari Malaysia antara yang terkorban apabila sebuah hotel di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam runtuh dan mengorbankan 76 orang secara keseluruhannya.

September 2015 - Satu kemalangan kren tumbang ke dalam Masjidil Haram sebelum ibadah haji bermula, mengorban 111 jemaah.

Insiden rempuh di Mina, kematian meningkat kepada 717

Anggota peronda TH memberi arah ke tempat Melontar.. terima kasih TH kerana menyediakan anggota peronda yang sentiasa berada ditempat yang strategik...


Walaupun kepenatan berjalan sejauh 3.5 km namun wajah riang masih terlihat di wajah para Jemaah...

Setelah selesai melakukan lontaran Jamrah Kubra, kami meneruskan pula perjalanan untuk balik ke Khemah di Mina yang jaraknya lebih kurang 3.5 km. Apabila penat kami berhenti seketika untuk berehat. Terima kasih tak terhingga kepada kakak didalam gambar sebelah isteri saya, kerana beliau telah banyak membantu kami dalam urusan melontar. Saya lupa namanya.. semoga Allah memberkati beliau yang telah sanggup menunggu kami sehingga kami selesai melontar.. banyak tunjuk ajar yang beliau beri kepada kami yang kurang ilmu tenang ibadah haji ini.... terima kasih Kak...budi kakak akan kami kenang sepanjang hayat kami.... Semoga Allah panjangkan usia dan murahkan rezeki Akak....Aamiin..


Sampai sahaja ke Perkhemahan Mina, Coffee Espresso dan Maggi Cup menjadi pilihan para jemaah Haji kerana keletihan dan kelaparan setelah berjalan sejauh 7 km pergi dan balik dari Khemah Mina ke Komplek Jammarah.

Selepas menyempurnakan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 Sept) itu, jemaah Malaysia sudah memperoleh tahhalul awal, iaitu bebas daripada 10 larangan ihram dan hanya terikat dengan tiga larangan lagi.
Selepas mendapat Tahallul Awal jemaah Haji lelaki tidak perlu lagi mengenakan pakaian ihram yang merupakan 2 helai kain lepas itu kerana ia bukan lagi larangan ke atas mereka. Tetapi mereka masih berada dalam Ihram Haji.
Semua jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 Sept) untuk melontar di ketiga-tiga jamrah, iaitu Sugra, Wusta dan Kubra pada hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Jemaah haji yang melakukan 'nafar thani' akan bermabit (berada seketika atau bermalam) di Mina sehingga 13 Zulhijjah, manakala jemaah yang melakukan 'nafar awwal' akan berada di Mina sehingga 12 Zulhijjah (3 Sept).
Pengarah Operasi Masyair, Mohd Norber Kassim, berkata pergerakan jemaah haji Malaysia untuk ibadat melontar Jamrah Kubra itu, berjalan lancar dan selamat, namun ada beberapa kes jemaah Malaysia yang tersasar dan kepenatan. 

MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH PADA HARI-HARI TASYRIK (11, 12 & 13 ZULHIJJAH)
Setelah selesai melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah,  kami meneruskan melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 








Jambatan Jammarat, iaitu sebuah jambatan pejalan kaki di Mina yang digunakan oleh umat Islam untuk upacara melontar Jamarah semasa musim haji. Dibina sejak tahun 1963.

Jambatan ini mengingatkan kita kepada tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 nyawa pada musim haji tahun 2015 (24 September 2015) berikutan berlakunya pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. 










PERSIAPAN PULANG KE MEKKAH (4 SEPTEMBER 2017)
Apabila selesai beribadah di Mina selama 3 hari 3 malam atau 2 hari 2 malam untuk mereka yang Nafar Awal, para jemaah akan  kembali ke Mekah untuk menyempurnakan 2 lagi rukun Haji iaitu Tawaf dan Saie dalam keadaan berpakaian biasa bagi lelaki. Bagi wanita tiada beza pakaian biasa mereka dengan pakaian Ihram.
Sebaik sahaja mereka selesai Tawaf Ifadhah dan Saie maka secara otomatik mereka mendapat Tahallul Thani dan bebas daripada semua larangan Ihram serta selesailah ibadah Haji mereka.
Tiada lagi bercukur atau bergunting selepas Saie. Kerana setiap rukun Haji itu dilakukan satu kali sahaja setiap kali menunaikan Haji.
 Wajah riang para Jemaah untuk kembali ke Mekkah setelah selesai Ibadah di Mina




 Bersiap sedia dan berkemas untuk pulang ke Mekkah


Maktab 87 Abraj Al Janadiriyyah
Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum meninggalkan Perkhemahan Mina 








Alright !!!





Menaiki bas mengikut Maktab untuk pulang ke Mekkah
SELAMAT TINGGAL ARAFAH, SELAMAT TINGGAL MUZDALIFAH DAN SELAMAT TINGGAL MINA....
Saat berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina ada saat yang paling manis bagi para Jemaah Haji.. satu kenangan yang pasti terpahat dalam hati masing-masing betapa indahnya saat itu, kita berkhemah beramai-ramai, beratur ke tandas dan makan beramai-ramai.... pasti kita akan merindui saat itu setelah kembali ke tanahair nanti....
Artikel Seterusnya:



No comments: