Thursday 1 February 2024

MALAYA IN HISTORY - MALAYAN FEDERATION REGIMENT

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
14 June 2021


Bila sebut Tentera Darat, kita sudah biasa dengan Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Di Raja, Rejimen Gerak Khas dsb....
Namun mungkin ramai generasi sekarang tidak pernah mendengar nama satu unit Tentera Darat yang pernah wujud suatu ketika dahulu iaitu Rejimen Persekutuan.
Ketika zaman Darurat dahulu (1948 - 1960), satu unit tempur Infantri yang terdiri dari Pelbagai Kaum telah ditubuhkan pada 1 September 1952 dikenali dengan nama Rejimen Persekutuan dan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan. Ia merupakan unit infantri dan kereta perisai pertama terdiri dari pelbagai kaum sebelum penubuhan Rejimen Renjer DiRaja.
Pada 1 Januari 1960, Rejimen Persekutuan dan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan digabungkan menjadi Kor Peninjau Persekutuan.
Kemudian pada 22 September 1979 ia ditukar menjadi Kor Kavalri DiRaja dan sekali lagi pada 1986 ditukar dan dikenali dengan nama Kor Armor DiRaja sehingga ke hari ini...





PENGLIBATAN REJIMEN PERSEKUTUAN DI CONGO
Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960.
Malayan Special Forces (MSF) diutuskan ke Congo menyertai tentera tentera dari Negara Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations au Congo (ONUC) pada 30 Oktober 1960.
Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin adalah merupakan komponen MSF pertama di utuskan ke Congo pada 4 Oktober 1960. 4 RAMD disertai juga oleh Skuadron C, 2 Rejimen Peninjau dibawah Maj. Zain Mahmud Hashim.
Batalion RAMD yang terlibat dalam MSF di Congo adalah 4 RAMD (1.11.60 - 18.7.61), 6 RAMD (13.7.61 - 31.3.62), 7 RAMD (27.2.62-30.12.62), dan 2 RAMD (27.6.62-12.4.63). Manakala Rejimen Peninjau diwakili oleh 1 Rejimen Peninjau dan 2 Rejimen Peninjau.
Dua orang tentera kita telah terkorban sepanjang perkhidmatan di Congo iaitu LKpl Yusof Yaakob terkoban apabila sebuah gudang peluru meletup di Indu pada malam 27 Julai 1961 dan Prebet Sional Jantan telah mati lemas di Tasek Kivu pada 31 Disember 1961.
Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion ke 2 RAMD ke tanah air pada 28 April 1963. Pasukan MSF telah mendapat kepujian daripada Setiausaha Agong PBB ketika itu iaitu U Thant (nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur).
3 orang anggota MSF telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani semasa bertugas di PBB iaitu Kapten Maurice C.S.Lam dan Lt Muda N.H. Siebel dari Sekuadron A 2 Rejimen Peninjau dan Lt. Lee Ah Pow juga dari Rejimen Penindau di atas keberanian mereka dalam tragedi di Kindu.
Congo adalah mukadimah kepada misi pengaman PBB yang melibatkan Negara kita kerana sesudah itu banyak lagi misi pengaman PBB yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pelbagai kawasan konflik sebagai komitmen Negara sebagai anggota PBB di arena antarabangsa yang turut mengharumkan nama Negara dan ATM.








Rejimen Perseketuan dan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan Rejimen Askar Melayu ketika Darurat dahulu...
Mereka turut terlibat dalam operasi membenteras pengganas Komunis di hutan Malaya dan turut juga terlibat dalam misi Pengamanan PBB di Congo pada 1960 - 1962 bersama Rejimen Askar Melayu Di Raja.





Ramai anggota mereka juga menerima Pingat Panglima Gagah Berani antaranya ialah Kapt. Maurice Lam Shye Choon, Lt. Muda N.H. Siebel, Lt. Lee Ah Pow (ketiga-tiga menerima PGB ketika di Congo), Sgt. Choo Woh Choon PGB (menerima PGB ketika menentang Komunis di Hutan Pahang pada 1959 dan beberapa orang lagi....
Mereka inilah wira-wira yang jarang diketahui sejarah perjuangan mereka....

Posted on Blog:
1 February 2024 > 20 Rejab 1445H:> 5.55pm

No comments: