Tuesday 13 February 2024

SUATU KETIKA DAHULU : LUMUT DAN SITIAWAN 1980 AN

By Hj Zulheimy Maamor
7 February 2024

Bila sebut Pekan Lumut dan Sitiawan.... fikiran saya akan melayang ke sekitar awal 80 an dulu.....Banyak kenangan saya di kedua pekan ini tahun 1980 dulu.... iaitu kali pertama jejak kaki pada Januari 1980 untuk memulakan latihan Rekrut Tentera Laut DiRaja Malaysia.


Kali pertama saya tiba dulu, Lumut dan Sitiawan adalah pekan utama yang menjadi tempat kami bersantai atau berkelepasan, sebelum wujudnya Bandar Baru Seri Manjung.

PEKAN LUMUT
Lumut adalah sebuah bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka. Sebuah daerah yang terletak di Daerah Manjong (dulu Dinding), kira-kira 84 km dari Ipoh, Perak.
Pekan Lumut dibuka oleh Raja Engku Busu pada abad ke 17 (terdapat sebuah bukit bernama Bukit Engku Busu di Lumut).


Sewaktu Latihan Jalan Lasak di Lumut, Perak pada April 1985 dari Pengkalan TLDM Lumut sehingga ke Bukit Engku Busu

Kali pertama saya menjejak kaki ke Lumut ialah pada 14 Januari 1980 untuk memulakan latihan rekrut selama 6 bulan. Saya dan kumpulan pelatih dari pengambilan 139/80 adalah merupakan kumpulan pertama menjalani latihan di Pusat Latihan TLDM, KD Pelandok yang baru sahaja dibuka. Sebelum ini latihan dijalan di Sembawang, Singapura. 

Bandar Lumut ketika itu (1980 an) jauh berbeza dengan Pekan Lumut sekarang. Kalau dulu bila malam Pekan Lumut sunyi sepi, sebab itu kami bila malam lebih suka ke Pekan Sitiawan yang lebih meriah sikit bila malam menjelang. 




Pejabat Pos Lumut meninggalkan banyak kenangan kerana di sinilah setiap hujung bulan aku akan mengirim wang Pos untuk ibu ku di Kuala Lumpur sebelum wujudnya perkhidmatan ATM Machine. Memang beratur panjanglah di Pejabat Pos waktu itu.  

Balai Polis Lama Lumut. Kali terakhir saya ke sini sekitar 2013, Balai Polis ini sudah terbiar terbengkalai. 

SITIAWAN
Sitiawan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, Negeri Perak. Terletak berhampiran dengan Pekan Lumut. Perkataan Sitiawan dikatakan berasal dari 2 perkataan iaitu Setia dan Kawan sempena kematian 2 ekor Gajah didalam sebuah sungai. Dikatakan seekor gajah terjatuh kedalam sungai manakala seekor lagi Gajah cuba untuk menyelamatkannya, namun akhirnya dia juga terjatuh dan akhirnya kedua-kedua mereka mati didalam sungai tersebut. Sebutan Setiakawan akhirnya menjadi Sitiawan. 

Pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh, Sitiawan, Perak. 


Stesen Bas Sitiawan...banyak kenangan di sini...

Ketika saya tiba di awal 80 an dulu, Sitiawan agak meriah sedikit pada waktu malam jika dibandingkan dengan pekan Lumut. Pekan Sitiawan menjadi tumpuan para Tentera Laut yang berpengkalan di Lumut. Ketika itu hanya ada satu pusat belibelah di Sitiawan iaitu Wisma Ganda, jadi saya dan rakan-rakan sering lepak-lepak di Wisma Ganda bila berkelepasan. Dulu dibelakang Wisma Ganda ini ada Food Court, disitulah saya selalu menjamu selera dengan kawan-kawan. 

Tempat lepak suatu ketika dahulu



Kini Wisma Ganda semakin sepi sejak wujudnya Bandar Baru Seri Manjung. Pengunjung mula beralih ke AEON Seri Manjung yang terletak di Bandar Baru Seri Manjung. Kali terakhir saya mengunjungi Wisma Ganda pada September 2013, hanya ada beberapa kedai saja lagi yang masih beroperasi di Wisma Ganda, sayu dan sedih saya rasa, kalau tahun 1980 dulu Wisma Ganda sentiasa penuh dan riuh rendah kini semakin sepi seolah-olah menunggu masa untuk berakhir riwayatnya. 

BANDAR BARU SERI MANJUNG
Bandar Baru Seri Manjung dibangunkan awal 80 an bagi apabila Pengkalan TLDM yang baru diwujudkan di pekan Lumut, Perak. Manjung dahulunya dikenali sebagai Dinding. 
Setelah saya menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 1996, saya telah lama tidak mengunjungi Pekan Lumut dan Sitiawan sehinggalah pada tahun 2012 apabila saya bekerja di Yayasan Jantung Malaysia di Kuala Lumpur yang mana saya terlibat dengan Awareness Team membuat pemeriksaan Kesihatan di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sebagai seorang yang bertanggungjawab mencari lokasi untuk membuat pemeriksaan Kesihatan, saya mengambil kesempatan memilih Lumut / Pulau Pangkor (pada 2012) dan Seri Manjung (pada 2013) untuk program Kesihatan saya. 









KEMBALI KE LUMUT DAN SITIAWAN
Setelah beberapa tahun meninggalkan pekan Lumut dan Sitiawan setelah menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 1996, akhirnya saya kembali semula ke Lumut pada 2012 dan Sitiawan pada 2013 atas urusan kerja dan pada 2016 semasa percutian Keluarga ke Lumut. 

1. 7 APRIL 2012 - DEWAN TAKRAW PULAU PANGKOR
2.  22 - 24 NOVEMBER 2013 - AEON MALL SERI MANJONG
3. 5 SEPTEMBER 2015 - FAMILY TRIP KE LUMUT









Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
13 February 2024: 7.04 pm







No comments: