Sunday 20 August 2023

Dipaksa masuk Kristian, Datu Lapu Lapu bangkit menentang Sepanyol

Kredit: Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

admin Oktober 30, 2022
Seorang tokoh pahlawan Mindanao yang ulung dalam penentangannya terhadap penjajahan kafir Kristian Katolik Sepanyol pada awal abad ke-16.
Pada bulan Mac tahun 1521 masihi, seangkatan tiga buah kapal perang Sepanyol tiba di Cebu. Pasukan soldadu-soldadu kafir Katolik Sepanyol ini disambut dengan gembiranya oleh pemerintah Cebu, iaitu Datu Humabon @ Hamubon. Mengikut sumber Sepanyol, Humabon dan beratus-ratus penduduknya telah berjaya di Kristian kan. Humabon juga bersetuju menerima ketuanan Kristian Katolik Sepanyol.
Wizurai Ferdinand Magellan kemudian memaksa dengan jalan kekerasan kepada semua datu-datu ( Ketua ) yang berkuasa di pulau-pulau Mindanao yang berhampiran untuk di Kristian kan. Datu-datu ini juga diminta menerima Humabon sebagai datu tertinggi mereka. Tindakan kafir Kristian Katolik Sepanyol ini berjaya apabila sebahagian datu di Cebu dan pulau-pulau berhampiran bersama masyarakat Islam yang lain terpaksa menuruti kehendak Sepanyol. Mereka berbuat demikian kerana takut dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup oleh soldadu-soldadu Kristian Katolik Sepanyol yang sebelum itu telahpun membakar berpuluh-puluh penduduk muslim yang tidak berdosa yang tidak mahu dikristiankan.
Bagaimanapun, seorang datu di Pulau Mactan, yang berhadapan dengan Pulau Cebu tidak mahu tunduk dan melawan paksaan kafir Katolik Sepanyol. Pulau Mactan mempunyai dua orang datu yang sentiasa berhubungan iaitu Datu Zula dan Datu Lapu-Lapu.
Ferdinand Magellan mengambil keputusan dendamnya untuk menyerang Lapu-Lapu. Si wizurai kafir Katolik Sepanyol ini bukan sahaja mahu membunuh Datu Lapu-Lapu kerana berani menentang Sepanyol, tetapi mahu menjadikan serangannya itu sebagai titik noktah penghapusan Syiar Islam dibumi Mindanao. Ferdinand Magellan juga menolak bantuan Humabon yang telah murtad itu namun mengajaknya menyaksikan soldadu-soldadu Sepanyol bagi mengalahkan askar-askar Datu Lapu-Lapu itu nanti.
Pada pagi 26 April 1521, Ferdinand Magellan bersama-sama 890 orang soldadunya berlepas ke Pulau Mactan. Si murtad Humabon dan pengikutnya yang lain ikut serta. Setelah Datu Lapu-Lapu menolak paksaan terakhir Sepanyol untuk dikristiankan, Ferdinand Magellan bersama-sama 740 orang soldadu Sepanyol dengan 4 buah kapal perangnya mendarat.
Mengikut laporan Sepanyol, pada suatu pagi air laut sedang surut menyebabkan kapal perang Sepanyol terpaksa berlabuh jauh di tengah laut. Datu Lapu-Lapu membahagikan laskar-laskarnya kepada tiga pasukan yang menyerang dari arah kiri, kanan dan hadapan musuh kafir Katolik Sepanyol, sebaik sahaja Ferdinand Magellan dan soldadu-soldadunya sampai ke pantai. Setiap pasukan Datu Lapu-Lapu hanya terdiri daripada 260 orang Islam. Oleh kerana serangan Datu Lapu-Lapu dan laskar-laskarnya begitu kuat, Wizurai Ferdinand Magellan mengarahkan soldadu-soldadunya lari ke kapal perang mereka. Ferdinand Magellan berharap Datu Lapu-Lapu dan laskar-laskarnya mengejar hingga ke tengah laut dan meriam di kapal-kapal perang Sepanyol bersedia untuk memuntahkan peluru-pelurunya bagi menghancurkan Datu Lapu-Lapu dan laskar-laskar Islam.
Namun begitu, Tuhan telah menghuru-harakan pasukan perang kafir Kristian Katolik Sepanyol dengan disebabkan baju besi yang dipakai oleh soldadu-soldadu Sepanyol menjadikan pergerakan pasukan kafir Katolik ini sangat berat di dalam air laut yang sampai ke paras paha. Dalam keadaan genting inilah, Wizurai Ferdinand Magellan telah ditetak bertubi-tubi oleh laskar-laskar muslim Datu Lapu-Lapu. Si wizurai perang kafir Katolik Sepanyol ini dan 500 soldadu-soldadunya yang lain telah dapat dibunuh oleh angkatan perang Datu Lapu-Lapu dalam pertempuran tersebut. Sisa-sisa soldadu-soldadu kafir Kristian Katolik Sepanyol yang terselamat telah lari ke kapal perang mereka dengan meninggalkan mayat-mayat soldadu-soldadu yang lain beserta mayat Ferdinand Magellan. Mereka ini telah berlindung di Pulau Cebu.
Pada keesokan harinya, atas rayuan soldadu-soldadu kafir Katolik Sepanyol yang terselamat, si murtad Humabon menghantar utusan berjumpa Datu Lapu-Lapu. Utusan itu memberitahu Datu Lapu-Lapu bahawa orang Sepanyol akan memberi apa sahaja yang diminta asalkan Datu Lapu-Lapu memulangkan mayat ketua mereka, Ferdinand Magellan dan 500 mayat soldadu-soldadu Sepanyol yang lainnya. Tetapi permintaan itu ditolak oleh Datu Lapu-Lapu dengan tegas pahlawan Mactan ini berkata bahawa mayat-mayat perang kafir Katolik Sepanyol itu akan dijadikan kenangan kemenangan oleh penduduk Zula dan Mactan.
Sehingga kini masyarakat muslim tempatan Filipina mengatakan Datu Lapu-Lapu telah mempertahan Syiar Islam di bumi Mindanao dan tokoh ini telah belayar menaiki perahu yang besar meninggalkan Pulau Mactan untuk mengerjakan rukun haji dan tidak pulang lagi selepas itu.
Sumber : LOK TALU Dari Sejarah Tokoh-Tokoh Para Pahlawan Urang Suluk, Bajau Dan Orang Laut.

Copy and paste:
20 Ogos 2023 > 4 Safar 1445H: 9.06 pm

No comments: