Wednesday 15 February 2023

SEJARAH JENAMA MAGGI

Posted by : Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH

Jenama Maggi cukup terkenal dan mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan masyarakat di negara kita sehingga merasakan ianya adalah produk tempatan. Apabila disebut perkataan maggi secara automatik kita akan membayangkan mee segera.

Namun begitu, diawal kewujudan syarikat Maggi ini, mee segera bukanlah produk utama mereka, malahan mereka bukanlah pengasas kepada penciptaan mee segera. Nama Maggi itu sendiri merupakan Nama kepada pengasas syarikat tersebut.
Julius Michael Johannes Maggi dilahirkan pada 9 Oktober 1846. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Switzerland. Beliau telah menubuhkan Syarikat Maggi dengan memfokuskan kepada pengeluaran gandum.
Beliau mula mendapatkan ilham dan idea untuk menghasilkan makanan Yang bermutu tinggi dan cepat dimasak selepas melihat kaum wanita Yang terpaksa bekerja disamping perlu menyediakan makanan untuk keluarga.
Maggi kemudiannya bekerjasama dengan seorang pakar yang bernama Dr Fridolin Schuler. Schuler merupakan seorang pengkaji, dan beliau mempunyai konsep untuk membantu dalam meningkatkan mutu makanan bagi golongan pekerja yang sibuk
Melalui kerjasama mereka berdua, Maggi telah memperkenalkan produk kekacang pada tahun 1884. 2 tahun selepas itu Maggi mula mengeluarkan serbuk sup segera pertama didunia.
Kemudiannya pada tahun 1986, Maggi mengeluarkan produk bahan perasa sejenis stok kuah pekat Yang menjadi asas kepada penghasilan sos dan sup.
Usaha Syarikat Maggi ini mula mendapat perhatian dari pihak kerajaan Switzerland malah pihak kerajaan ketika itu menyokong penuh projek yang dilaksanakan. Pada 1888, syarikat maggi telah membuka beberapa cawangan di Amerika, Itali, Perancis dan lain-lain.
Nestle kemudiannya membeli syarikat Maggi pada tahun 1947, kedua syarikat yang berasal dari Switzerland ini kemudiannya berkembang pesat dalam industri makanan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang ketika itu kekurangan zat makanan.
Bagi pasaran Malaysia, Maggi memulakan operasi sekitar tahun 1969 dengan memperkenalkan produk berasaskan sos seperti sos tomato dan cili. Selepas mendapat sambutan, Maggi telah memperkenalkan mee segera berperisa kari kepada rakyat Malaysia pada awal 70-an.
Julius Maggi meninggal pada tahun 1912 disebabkan oleh strok, dia telah berkahwin sebanyak 2 kali mempunyai 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Jasa Maggi sangatlah besar untuk golongan pekerja ketika itu, kini maggi telah menjadi satu jenama yang tidak asing bagi ramai orang, pelbagai produk yang dikeluarkan dari mee segera sehinggalah perencah makanan.
Kredit : Cerita Kedai Kopi
Copy and paste:
15/2/2023 > 24 Rejab 1444H: 4.16 pm

No comments: