Tuesday 21 February 2023

HUKUM BERGAMBAR DENGAN BERLAINAN JANTINA

Posted by Nadzri Contitac > FB BERSAMA MENUJU ALLAH
21 FEBRUARY 2023

Assalammualaikum, Adakah dibolehkan kita mengambil gambar berdua-berduaan dengan bukan mahram di tempat awam dan gambar difokuskan gambar berdua sahaja? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Ringkasan Jawapan :
□ Percampuran berlainan jantina tidak dibenarkan melainkan keperluan urusan muamalat sesama manusia selagi tidak menimbulkan fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat.
□ Oleh yang demikian, mengambil gambar berdua-duaan berlainan jantina bukan pada kadar keperluan dan menimbulkan fitnah adalah tidak dibenarkan oleh syarak.
■ Huraian Jawapan :
□ Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat
□ Asasnya, perbuatan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah dilarang melainkan ditemani mahramnya.
□ Ini berdasarkan riwayat Saidina Abdullah bin Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ
□ Maksudnya :
"Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan perempuan itu ditemani oleh mahramnya".
☆ : Riwayat Muslim (1341)
□ Percampuran antara lelaki dan wanita (إختلاط) hanya dibenarkan pada keadaan - keadaan tertentu seperti urusan darurat, keperluan, maslahat dalam menjalankan urusan dan kebiasaan harian[1]
□ Berikut adalah perincian urusan darurat dan keperluan :
Urusan Darurat
□ Imam al-Nawawi menyatakan pengharaman khalwat lelaki dan wanita termasuk juga dalam bab berdua-dua menunaikan solat.
□ Namun pengecualian bagi kes-kes dalam keadaan darurat seperti terjumpa wanita ajnabi yang tersesat di jalanan dan boleh menemaninya atas dasar keselamatan sekiranya wanita takut ditinggalkan. [2]
Urusan keperluan
□ Urusan keperluan melibatkan muamalat sesama manusia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan urusan seharian lain.[3]
□ Sementara itu, harus melihat ajnabi dalam urusan jual beli, mengambil dan memberi sesuatu barangan dan seumpamanya, [4]
Urusan Muamalat
□ Urusan bermuamalat dengan berlainan jantina mestilah tertakluk dengan nilai-nilai adab dan hukum hakam berkaitan pakaian yang menutup aurat, menjaga pandangan yang bebas syahwat serta tidak melunakkan suara dengan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing).[5]
□ Syeikh Abdul Hamid al-Syarawani menyebutkan bahawa garis penentuan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharamkan berdasarkan situasi yang mengundang fitnah :
أَنَّ الْمَدَارَ فِي الْخَلْوَةِ عَلَى اجْتِمَاعٍ لَا تُؤْمَنُ مَعَهُ الرِّيبَةُ عَادَةً، بِخِلَافِ مَا لَوْ قُطِعَ بِانْتِفَائِهَا فِي الْعَادَةِ فَلَا يُعَدُّ خَلْوَةً
□ Maksudnya :
“Sesungguhnya garis penentuan khalwat (yang dilarang) ialah ke atas perhimpunan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram yang tidak selamat daripada sebarang tohmah (fitnah dan syak wasangka) pada adat kebiasaannya, berbeza pula apabila dapat dipastikan perhimpunan (pertemuan) tersebut selamat daripada sebarang tohmah pada adat kebiasaannya, maka ia tidak termasuk dalam kategori khalwat (yang dilarang).”[6]
Kesimpulan
□ Kesimpulannya, berdua-duan mengambil gambar dengan ajnabi yang berlainan jantina tanpa keperluan sehingga menimbulkan fitnah adalah dilarang.
□ Sementara itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuklah juga mengambil gambar hanya dibenarkan pada urusan keperluan dan jauh daripada fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat.
□ Wallahu A'lam
Rujukan:
[1] Abdul Karim Zaidan. (1993) al-Mufassal fi ahkam Mar’ah wa bait al-Muslimin . Bayrut : Muasasah al-Risaah J
P 426
يجوز الاختلاط في بعض الحالات؟ قلنا : إن الحظر هو الأصل في اختلاط النساء بالرجال، ولكن يجوز الاختلاط في بعض الحالات للضرورة الشرعية، أو للحاجة الشرعية، أو للمصلحة الشرعية، أو لجريان العادة بهذا الاختلاط، ونذكر فيما يلي هذه الحالات
[2] Al-Nawawi, Abu Zakariyya Mahyuddin. (1392). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Bayrut : Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi. J:9 P: 109
قَالَ أَصْحَابُنَا وَلَا فَرْقَ فِي تَحْرِيمِ الْخَلْوَةِ حَيْثُ حَرَّمْنَاهَا بَيْنَ الْخَلْوَةِ فِي صَلَاةٍ أَوْ غَيْرِهَا وَيُسْتَثْنَى مِنْ هَذَا كُلِّهِ مَوَاضِعُ الضَّرُورَةِ بِأَنْ يَجِدَ امْرَأَةً أَجْنَبِيَّةً مُنْقَطِعَةً فِي الطَّرِيقِ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ فَيُبَاحُ لَهُ اسْتِصْحَابُهَا بَلْ يَلْزَمُهُ ذَلِكَ إِذَا خَافَ عَلَيْهَا لَوْ تَرَكَهَا وَهَذَا لَا اخْتِلَافَ
[3] Abdul Karim Zaidan. (1993) al-Mufassal fi ahkam Mar’ah wa bait al-Muslimin . Bayrut : Muasasah al-Risaah J
P 428
" الاختلاط لإجراء المعاملات الشرعية :
وكما يجوز الاختلاط للضرورة يجوز للحاجة أيضاً، ومن حالات الحاجة ما يستلزمه إجراء المعاملات المالية الجائزة لها من بيع وشراء وغيرهما
الاختلاط لحاجة مباشرة أعمال القضاء يجوز للمرأة أن تتولى القضاء :
ـ الاختلاط لغرض تحمل الشهادة يجوز للمرأة أن تكون شاهدة في قضايا الأموال وحقوقها، هـ - الاختلاط لغرض خدمة الضيوف:
يجوز للمرأة أن تجتمع مع الضيوف الأجانب إذا كان معها زوجها، وكان هناك حاجة مشروعة لوجودها وحضورها ؛ :
۲۷۸۹ - الاختلاط للقيام بأعمال الجهاد :
ومن أمثلة هذا النوع من الاختلاط اشتراك النساء في الجهاد، الاختلاط لغرض استماع الوعظ والإرشاد
ومن اجتماع المرأة بالرجل للمصلحة الشرعية اجتماع الرجل بالنساء لوعظهن وتعليمهن أمور الدين سواء كان وحده أو كان معه شخص آخر
[4] Al-Nawawi, Abu Zakariyya Mahyuddin. )t.th) Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Dar al-Fikr (4/635).
فَإِنَّهُ يَحِلُّ النَّظَرُ إلَى الْأَجْنَبِيَّةِ فِي الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ وَالْأَخْذِ والعطاء ونحوها
[5] Abdul Karim Zaidan. (1993) al-Mufassal fi ahkam Mar’ah wa bait al-Muslimin . Bayrut : Muasasah al-Risaah J
P 426
ما جرت به العادة من الاختلاط في الوقت الحاضر:
فهذا النوع من الاختلاط جائز، إذا التزم الجميع فيه بالآداب الإسلامية والأحكام الشرعية المتعلقة باللباس والكلام والنظر وستر ما يجب ستره شرعاً من البدن بالنسبة للنساء والرجال، فعلى المرأة مثلاً أن تلبس اللباس الشرعي الذي بينا ،أوصافه، وأن لا تبدي من بدنها إلا الوجه والكفين وأن يكون كلامها وصوتها على النحو الذي بيناه، وأن يكون نظرها إلى الرجال خالياً من الشهوة
[6]Ibn Hajar al-Haitami, Ahmad bin Muhammad. (1983) Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj Fi Syarh al-Minhaj wa Hawasyi Syarwani wa al-Ibadi. Beirut: Dar al-Turat. J: 8 P: 269
□ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
□ Tel : 03-8870 9000
□ Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
□ Web : ukk[at]muftiwp[dot]gov[dot]my
□ Artikel : Irsyad Al - Fatwa Siri ke - 749 : HUKUM BERGAMBAR DENGAN BERLAINAN JANTINA
□ Penulis : Yaqin Bakharudin
□ Tarikh : 20 Januari 2023
□ Hak Cipta Terpelihara © 2021 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Copy and paste:
21/2/2023 > 2 Syaaban 1444H: 8.52 pm

No comments: