Sunday 15 August 2021

ORANG SIAM

OLEH: AH IBN QAYYUM > KISAH SEJARAH MELAYU

Pandangan aku mcm ni
Siam: nama geografi di Tengah Thailand sekarang, bukan nama bangsa
Orang asal Siam: bangsa Mon-Khmer berkulit gelap (Saiyam), mmg bangsa Mon dan Khmer di Kemboja rupa dan wrna kulit dorang mcm org Melayu
Org Tai-Kadai (kulit cerah, rupa mcm Cina sikit) berhijrah ke Siam selepas tanah air mereka di Yunnan, Guangxi, Guizhou di ceroboh oleh Mongol dan China
Org Tai Kadai yg cuma minoriti berjaya kuasai Siam yg didiami bangsa majoriti Khmer yg rupa mcm org Melayu (sama hal dgn org Islam kuasai India walaupun cuma minoriti)
Org Khmer (bangsa muka Melayu) telah di"Tai"kan budaya mereka, dan bertutur dlm bahasa Tai (sama situasi dgn org Syria dan Mesir, mereka bkn org Arab tp telah di"Arab"kan ketika org Arab kuasai tanah mereka)
Org Khmer (bangsa muka Melayu) tu telah di"Tai"kan kekal menghuni di Tengah Siam smpai skrg, mereka digelar "Tai-Siam", rupa mereka sekarang pun mcm Melayu, contohnya pelakon Tony Jaa, Raja Thai, Teerasil Dangda dll
Isu Khmer-Tai ni jd perbalahan antara netizen Kemboja dgn Thailand, masing2 claim org asal "Siam", kalau ikut sejarah, mmg org Khmer (bangsa muka Melayu) yg mendiami Siam sebelum mereka di "Tai"kan.
Jadi, yg rupa Cina kt Bangkok yg putih2 tu siapa?, Mereka mmg ORANG CINA, mereka bkn Tai, bkn Khmer, tp CINA.. bangsa Cina dtg beramai-ramai ke Siam di akhir zaman Ayutthaya dan Thonburi, Raja Thonburi iaitu Taksin pun bapak dia Cina, pendatang dari China, dia bwk masuk ramai2 buruh Cina ke Siam antara tahun 1767-1782, org Cina kekal mendominasi Bangkok sampai skrg, cntoh Cina Thailand ialah Thaksin dan Yingluck Shinawatra
Jadi, Bangkok ialah Cina, kawasan Siam ialah Khmer (yg telah di"Tai"kan), so, mana org Tai asli kt Thailand yg dtg dari selatan China??, Jwpn dia, tu di Chiang Mai (Lanna), dan di Timur Thailand perbatasan dgn Laos, org Tai-Isang (atau Lao)... Org Lanna dan Isan berkulit cerah, rupa lebih kpd Cina sbb mereka original Tai
Jadi, di Segenting Kera?
Pandangan aku, mereka ialah Melayu Buddha. Org Melayu di Segenting Kera ada yg Muslim ada yg Buddha. Semasa penjarahan Ram Khamhaeng (Raja Sukhothai) abad ke-13, beliau telah menjajah sebahagian besar Segenting Kera. Pandangan aku, Melayu Buddha telah di"Tai"kan oleh Sukhothai dan menerima pengaruh budaya Tai, dan bercakap dlm bahasa Tai, mereka dh hilang identiti Melayu.. manakala Melayu Muslim kekal identiti sbg Melayu.
Melayu Buddha di Segenting Kera yg telah di"Tai"kan kini dikenali Tai-Dambro, rupa sebijik Melayu sbb mereka mmg Melayu pun.. kt Kedah, Perlis, Kelantan ramai kaum Dambro yg bertutur bahasa Tai-Kadai, dikenali Siam Malaysia, rupa paras dorang xda beza dgn Melayu, sama je, cuma majoriti agama Buddha, ada juga yg convert masuk Islam
Kesimpulan

1. Tai Lanna: orang asli Tai, lokasi di Utara Thailand, rupa mcm Cina
2. Tai Lao / Isan: orang asli Tai, lokasi Timur Thailand, rupa mcm Cina
3. Tai Siam: orang Khmer yg telah di"Tai"kan, lokasi Tengah Thailand, rupa mcm Melayu
4. Tai Dambro: orang Melayu Buddha yg telah di"Tai"kan, lokasi Selatan Thailand dan utara Malaysia, rupa Melayu
5. Cina Thailand: orang Cina yg telah di"Tai"kan, mereka dtg beramai-ramai antara tahun 1700-1900, lokasi sekitar Bangkok, rupa Cina sbb mmg bangsa Cina original

===================================================

SIAM BUKAN SUKOTHAI TETAPI SEBAHAGIAN LANGKASUKA
Penyamaan Xian (Siam) yang sekian lama diterima sebagai Sukothai tidak lagi diterima sekarang. Sukhotai adalah Lanna yang bersempadan dengan Siam di Chiang Rai dan berbeza umpama menyamakan Melayu dan Bugis.
Penyamaan Xian (Siam) dengan Sukhotai bermula daripada saranan Phra Ong Chao Tisavarakuman atau Raja Damrong Rajanubhab (anak Phrabat Somdet Mongkut) pada tahun 1914 dan pendapat ini berdasarkan transliterasi teks sejarah China oleh Khun Chenchin'aksorn yang berpendapat XIAN-GUO merujuk kepada Sukothai dan kemudiannya didokong oleh Prof G. Coedes pada tahun 1924 dalam tulisannya iaitu The Indianized States of Southeast Asia.
Ini adalah satu bentuk anarcronisme yang membawa kepada naratif Sukothai adalah Siam Ayodyapura.
Pada tahun 1989, Dr. Yamamoto Tatsuro telah menemui Dade Nanhai-zhi yang merekod pemerintahan Yuan awal. Dade merujuk kepada Temür Öljeytü Khan yang memakai gelaran Öljeytü Sultan yang memerintah Nang-qhiyas selepas Qubilai Khan. Öljeytü Sultan adalah raja yang membantu menundukkan musuh-musuh Siam dan Melayu dan mengikhtiraf kerajaan campuran Benua Siam berdasarkan saranan Perdana Menteri Nang-qhiyas yang pakai sarban tu.
Dr. Yamamoto Tatsuro menentang hipotesis penyamaan XIAN dengan SUKHOTHAI selepas menemui bukti primer yang murni berdasarkan ayat 'Xian Guo Guan Shang-shui-su-gu-di yang membawa maksud 'Siam berkuasa ke atas Sukhotai sebagai vesel dengan Guan adalah kata kerja dengan maksud mengawal (Control).
Apa yang menarik lagi apabila kita melihat rekod Siam dalam manuskrip Jawa Desawarnana (Nagarakretagama) iaitu manuskrip warisan kerajaan kuno Majapahit yang dirampas oleh Belanda di Istana Mataram-Cakranagara di Lombok. manuskrip ini telah dikembalikan dan disimpan di Arsip Indonesia.
Dalam pupuh 14 bait 2, Pahang berpusat di Hujung-Medini (Temasik bukan Johor). LANGKASUKA menjadi pusat kepada Syam wang (Siam), kelantan, Sanghyang Hujung (Udjong Salang/Junk Ceylon), Kelang, Keda (Kedah), Jere, Kanjap, Niran dengan kepulauannya, kesemuanya. Syam Wang, Syamka, Sayam dalam stele Cham dan kambuja-desa kuno adalah sama.
Dalam puput No 15 dibaca Syam [serta] Dharmanagari (Negara Sri Dharmaraja) adalah satu dengan Kimutan membawa maksud sebagai serta. Maksud bait itu, Ayodyapura (Ayuthia), dan beberapa negara asing Marutma (Martaban), Singanagari, Rajapura, Champa, Kambujadesa dan lain-lain adalah negara sahabat yang mempunyai hubungan diplomatik.
Dalam FCCT event yang berlangsung pada tahun 2017 yang lalu, kesemua peserta termasuk wakil kepada kerajaan dan Raja Thai BERSETUJU bahawa SUKHOTHAI bukan SIAM yang berpusat di AYUTHAYA.

Sumber:
1. Yoneo Ishii (Director of Sophia University), Journal of Siam Society Vol. 92, 2004. Capaian: http://www.siamese-heritage.org/.../JSS_092_0d_Ishii...
2. FCCT Event - Persetujuan Siam bukan Sukhotai https://youtu.be/r1V60Soz0O0

C&P: 15/8/2021 @ 6 MUHARRAM 1442H: 12.34 PM

No comments: