Sunday 1 April 2018

2018 - SETIU TERENGGANU

Saya bersama team Awareness dari Yayasan Jantung Malaysia bertolak dari Pejabat kami di Kuala Lumpur pada 31 Mac 2018 menuju ke Setiu, Terengganu untuk program Kesihatan di University College Bestari, Setiu.

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Setiu melalui lebuhraya Pantai Timur (LPT) ialah lebih kurang 492 km dan mengambil masa perjalanan selama 5 jam lebih. 

Dalam perjalanan kami terpaksa exit di Kuala Telemung untuk mengisi minyak kerana jarak R&R yang terdekat agak jauh. 



Kami tiba di Setiu lebih kurang jam 5 petang dan menginap di Peladang Setiu Agro Resort yang terletak di Guntong, Setiu. Boleh merujuk laman web untuk mengetahui tentang kemudahan yang terdapat di Resort ini. 





Peladang Setiu Agro Resort
Lot 3912, Guntong
22040 Setiu
Terengganu
Tel: 09-690 2245
      019-919 2240
















Setiu sebuah daerah di Terengganu dikatakan berasal dari nama seorang pahlawan Bugis yang bernama Tok Setiu. Tok Setiu terlibat dalam peperangan menentang Belanda pada tahun 1870an. Akibat tidak mahu bertuankan Belanda, Tok Setiu melarikan diri ke Terengganu dan membuka sebuah penempatan yang kini dikenali sebagai Setiu, bersempena nama beliau.

UNIVERSITY COLLEGE BESTARI
SETIU, TERENGGANU
1 APRIL 2018


Pada 1 April 2018 kami bertolak ke University College Bestari yang terletak di Putera Jaya, Permaisuri, Setiu. Jaraknya dari Peladang Setiu Agro Resort adalah lebih kurang 20.5 km dan hanya mengambil masa 24 minit. 
University College Bestari (UC Bestari) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT(Program Pembangunan Rakyat Miskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, penubuhan UC Bestari tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan. UC Bestari turut merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana supaya peluang pendidikan ini juga dirasai oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.
Ditubuhkan pada tahun 1998, kolej ini pada awalnya terletak di Kampung Saujana, Permaisuri, Setiu sehinggalah ia berpindah ke kampus yang ada sekarang pada tahun 2004. UC Bestari dinaikkan taraf universiti pada 1 Ogos 2012. 


Program Pemeriksaan Kesihatan berlansung dari jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. 


Singgah untuk bersarapan pagi sebelum ke UCB Setiu disebuah warong berhampiran Klinik Kesihatan Permaisuri. 









Selesai program lebih kurang jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk program selanjutnya di MSU College Kuala Terengganu. 









No comments: