Tuesday 24 April 2018

Jabal Ajyad: Perkampungan Komuniti Melayu di Mekah

By Daniel Yusof
Assalamualaikum, hai hangpa Abg Ngah kembali berkongsi penulisan. Dekat sebulan Abg Ngah menyepi sebab sedikit bz dengan study dan kerja. Hari ni baru sempat menaip penulisan baru. Hangpa tau dak, sebenarnya kat Mekah ada perkampungan orang melayu kat sana. Hebat bangsa Melayu kita ni kalau hangpa nak tau. Ok hari ni Abg Ngah nak cerita sikit pasai orang Melayu Mekah. Semoga perkongsian penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu buat rakan group Bani Jawi semua.
Tidak ramai para jemaah termasuk dari Malaysia yang mengetahui bahawa terdapat sebuah penempatan masyarakat Melayu di kota Mekah. Bercerita tentang kewujudan sebuah perkampungan masyarakat berketurunan Melayu di Mekah, sebahagian besar mereka tertanya-tanya adakah ia benar-benar wujud.
Sebenarnya, perkampungan itu memang wujud dan ia terletak tidak jauh dari Masjidilharam. Perkampungan Melayu di Mekah, ia terletak di kawasan lereng bukit di Jabal Ajyad iaitu kurang satu kilometer dari Masjidilharam. Terdapat antara 5,000 hingga 6,000 penduduk di perkampungan itu yang kesemuanya berketurunan Melayu berasal dari Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka merupakan antara kira-kira 40,000 hingga 50,000 orang Melayu yang menetap di sekitar Mekah.
Fakta Perkampungan Melayu Mekah.
1) Orang Melayu sebenarnya telah bermastautin di Mekah sejak kira-kira 200 tahun lalu dengan kebanyakannya datang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum mengambil keputusan menetap terus di situ bagi mendalami ilmu agama.
2) Ada antara mereka yang berjaya menjadi ulama Nusantara tersohor seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi yang sangat terkenal di Mekah suatu ketika dahulu.
3) Dahulu, penempatan masyarakat Melayu adalah di sekitar Masjidilharam iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad dan antara aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka ialah menguruskan kemasukan jemaah haji dari negara masing-masing.
Ketika itu, penempatan masyarakat Melayu di Mekah dikenali dengan beberapa nama seperti Rumah Selangor, Rumah Kelantan, Rumah Kedah dan Rumah Pattani mengikut asal-usul keluarga mereka. Namun, selepas pemerintah Arab Saudi membuat keputusan untuk melaksanakan pembesaran Masjidilharam secara besar-besaran, penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke beberapa kawasan lain dan antara lokasi yang ditawarkan ialah di Jabal Ajyad yang menjadi penempatan sebahagian daripada mereka sehingga kini.
Malah, keputusan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Muassasah Thawaffah iaitu sebuah badan khas yang diwujudkan untuk melayani jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi sejak tahun 2000 telah menghapuskan peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Mekah dalam menguruskan kemasukan jemaah haji setiap tahun. Justeru, sebahagian besar masyarakat Melayu Mekah terpaksa menceburi kerjaya lain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka di kota suci itu.
Cara hidup
Masih mengamalkan cara hidup Melayu termasuklah cara pakaian dan hidangan makanan. Malah, pertuturan seharian juga masih menggunakan bahasa Melayu terutama ketika berkumpul sesama mereka. Cuma, apabila bertemu dengan bukan Melayu, mereka lebih kerap menggunakan bahasa Arab kerana ia merupakan medium komunikasi utama di mekah. Anak yang dilahirkan di Mekah dan memiliki taraf pemastautin tetap Arab Saudi, kanak-kanak berketurunan Melayu di Mekah juga dibenarkan untuk menerima pendidikan di sekolah-sekolah Arab milik kerajaan. Justeru, tidak hairanlah jika kesemua orang Melayu di Mekah fasih berbahasa Arab.

Copy and Paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
24 April 2018 : 4.34 pm

No comments: