Tuesday, 6 March 2018

QURAN BIRMINGHAM: USIANYA MENGGEGARKAN DUNIA ISLAM

No automatic alt text available.
Pada tahun 2015, akademik Oxford menyatakan bahawa berdasarkan tarikh karbon dari teks Quran Birmingham, dianggarkan ia dibuat pada tahun 560 M hingga 645 M.
Kenyataan ini boleh menyebabkan pemahaman kita berubah tentang bagaimana kitab suci umat Islam disusun.
Seperti yang dunia akui hari ini, ayat-ayat al-Quran diturunkan pada Nabi Muhammad saw antara tahun 610 M sehingga tahun kewafatan baginda.
Jadi bagaimana mungkin ada Quran lain yang usia pembuatannya lebih tua dari umur Nabi Muhammad saw?
Nabi Muhammad saw dijangkakan hidup antara tahun 570 M sehingga 632 M. Dan ada fakta lain mengatakan bahawa Quran belum dikumpulkan dalam satu kitab sebelum 650 M.
Bermakna, belum ada Quran sebelum 650 M. Jadi dari mana datangnya Quran di perpustakaan Universiti Birmingham tersebut?
PERBEZAAN ISI KANDUNGAN DAN KULIT
Hasil analisis radiokarbon tersebut menyebabkan berkembangnya hipotesis bahawa kemungkinan teks Quran telah beredar sewaktu Nabi Muhammad saw masih hidup, malah mungkin sudah ada sebelum nabi lahir.
Dr Keith Small, seorang pakar teks Al-Quran di Universiti Oxford, mengatakan kepada The Times,
“Ini memberikan lebih banyak ruang untuk pandangan tambahan tentang turunnya Quran, misalnya Muhammad dan pengikut awal menggunakan teks yang sudah ada agar sesuai agenda politik dan teologis mereka sendiri, bukan Muhammad menerima wahyu dari langit.”
Tentu saja perkara ini seperti mengubah sejarah dan agama Islam khususnya, jika benar.
Kenyataan ini dibantah oleh ulama', yang menunjukkan bahawa ilmu pentarikhan karbon bertentangan dengan bukti-bukti lain. Cendekiawan juga menunjukkan bahawa ilmu analisis karbon tersebut tertolak dengan adanya bukti lain.
Mereka berpendapat bahawa kajian tentang ortografi (ejaan, tatabahasa dan himpunan lain dari bahasa) halaman Quran ini menunjukkan ia dari zaman pada separuh kedua abad ke-7 (setelah tahun 650 M).
Ciri-ciri yang menunjukkan bahawa itu adalah Quran versi sesudah zaman Nabi Muhammad saw adalah penggunaan penanda ayat dan tanda yang menunjukkan bagaimana konsonan harus dibaca dimana ia tidak digunakan semasa Nabi hidup.
Dr Mustafa Shah mengatakan kepada The Independent, “Ketika anda melihat ini, jelas ia sesuai dengan himpunan gaya bentuk bahasa Arab dari tahap akhir abad ke-7.”
Ulama' itu juga menunjukkan pentarikhan karbon tersebut dilakukan pada kulit yang memuatkan Quran Birmingham, bukan pada dakwat tulisan Quran.
Disebabkan harga kulit mahal pada waktu itu, ia adalah amalan lazim untuk menggunakan kembali kulit dengan menghapus/mencuci dakwat yang telah tertulis.
Dr Abbas Tashkandi, salah seoarang pengasas Al-Furqan Islam Heritage Foundation mengatakan, “Kulitnya mungkin tua, tapi tulisan mungkin baru.”
Quran standard seperti sekarang ini disusun ketika pemerintahan Uthman, khalifah ketiga. Berikut adalah kronologi hadirnya Quran menurut sejarah:
610 M
Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dalam bentuk kunjungan Malaikat Jibril ketika berkhalwat di Gua Hira', Mekah. Waktu itu berusia 40 tahun dan Nabi terus menerima wahyu selama 23 tahun.
632 M
Sehingga sekarang ulama' bersepakat bahawa ketika nabi wafat, Al-Quran belum berbentuk buku.
Seiring perkembangan Islam, Nabi Muhammad saw mengumpulkan pengikutnya dan menggalakkan mereka untuk belajar dan membaca ayat-ayat dan ajaran-ajarannya. Beberapa di antara mereka juga mencatat pada 'tablet' tanah liat, daun-daun dan tulang unta.
633 M
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ra memerintahkan semua ayat-ayat Al-Quran dikumpulkan dan ditulis.
Di bawah pengawasan jurutulis peribadi Nabi Muhammad saw, jawatankuasa dikumpulkan dan mengesahkan semua ayat. Mereka tulis dalam sebuah naskah dan ditunjukkan kepada khalifah.
Dipercayai, proses ini berlaku dalam waktu satu tahun kewafatan Nabi Muhammad saw.
650 M
Khalifah Uthman ra menyedari perbezaan kecil dalam Al-Quran apabila Islam mula tersebar dari Arab ke Parsi dan di seluruh Afrika Utara.
Dalam rangka melestarikan kesucian ayat al-Quran, beliau memerintahkan penciptaan salinan dalam bentuk buku seperti yang diberikan kepada Abu Bakar. Versi selain dari itu dimusnahkan.
Sumber: yesmuslim.blogspot
-Debu-
copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

No comments: