Sunday, 12 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - SHANGRI-LA PARK, GUILIN

Sambungan:
12/11/2017- Bamboo Unlimited Yangshuo

Dari Bamboo Unlimited Shop di YangShuo kami bertolak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Shangri-La Park di Guilin-Yangshuo Road, lebih kurang 49 km dari Guilin dan 16 km dari Yangshuo. 
Semua orang mungkin pernah mendengar nama "Shangri-La sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya. Nama Shangri-La menjadi terkenal apabila seorang penulis Inggeris bernama James Hilton yang menulis dalam novelnya bertajuk "Last Horizon" pada tahun 1933 yang menceritakan tentang sebuah syurga di bumi yang menjadi tempat tinggal paling ideal dengan padang rumput yang luas, tasik yang indah dengan gunung dan bukit yang menghijau. Shangri-La atau "Shi Wai Tao Yuan" dalam bahasa China bermaksud "Land of Peach Blossom" merupakan sebuah taman tema etnik yang memaparkan pemandangan lanskap yang indah dan luar biasa cantiknya. 

Papan Kenyataan dalam bahasa China. Yang saya tak faham di China, semua papan kenyataannya dalam bahasa China. Kenapa mereka tidak ada Bahasa Inggeris ke...senang sikit para pelancong asing nak faham... sepatutnya pusat pelancongan mesti ada papan kenyataan Bahasa Inggeris... 




















Menaiki bot menyusuri Sungai yang akan melalui beberapa buah pondok-pondok tradisional yang dibina di tepi sungai. Setiap pondok terdapat beberapa kaum etnik di Guilin yang akan menari dan melambai bot-bot yang lalu. Antara etnik yang terdapat di sini ialah etnik Dong, Etnik Miao, Etnik Zhuang dan Etnik Yao. Sebenarnya di China terdapat lebih dari 58 kaum etnik di seluruh Tanah Besar China. 







Bangunan Kaum Etnik Dong


Kaum Etnik Zhuang



Kumpulan Etnik Zhuang merupakan salah satu etnik minoriti China yang mempunyai jumlah populasi terbesar dari 55 etnik di China iaitu hampir 18 juta. Kebanyakan mereka menetap di wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di Selatan China,wilayah Yunnan, Guangdong, Hunan,Guizhou dan Sichuan.
Agama Buddha dan Taoisme telah tersebar di kawasan etnik Zhuang selepas era Dinasti Tang (618-907) dan Dinasti Song (960-1279). 
















Etnik Yao yang tinggal di kawasan Pergunungan di Guilin


Sehingga kini terdapat 2.6 juta suku kaum etnik Yao menetap dibeberapa daerah di China antaranya di Hunan, Guangxi, Guangdong, Jiangxi, Guizhou dan Yunan. 
Sebahagian besar etnik ini hidup dengan berladang.Mereka kebanyakannya tinggal di kawasan pergunungan dan terbanyak di Longsheng.
Kewujudan Etnik Yao telah dikesan sejak 221 hingga 207 sebelum Masihi, semasa Dinasti Qin
Ketika pemerintah Feudal China mengisytiharkan perang ke atas etnik Yao, ramai diantara mereka yang melarikan diri ke Laos, Vietnam dan Thailand. Malah ada diantara mereka yang diberi peluang berhijrah ke Kanada, Perancis dan Amerika Syarikat pada tahun 1970 an. 

Rumah Etnik Yao


Kaum Etnik Miao


Kaum minoriti Etnik Miao menetap di beberapa buah provinsi di China diantaranya di daerah Guizhou, Yunnan, Guangxi dan Hainan di Selatan China. 
Wilayah Guizhou sering disebut sebagai Homeland bagi Etnik Miao.Jumlah terbesar etnik Miao terdapat di Tai County dengan 97% dari jumlah penduduk di daerah tersebut. Majoriti etnik Miao tinggal di kawasan pergunungan yang jauh dari bandar kerana mereka ini lebih suka hidup dengan kaum mereka dari bercampur dan kaum lain. 


 


Bunga Peach Blossom ini dipercayai oleh masyarakat China sebagai sejenis bunga yang sentiasa berkembang di Taman Syurga

Jeti tempat menurunkan penumpang di rumah Tradisional Etnik Dong


Etnik Dong

Suku Etnik Dong terdapat di beberapa wilayah di China seperti di wilayah Guizhou, Hunan dan wilayah Hubei. Semasa Dinasti Tang (618-907), etnik ini telah berpisah dari etnik minority campuran Bai Yue dan menamakan entik mereka sebagai "Dong". 







 Rumah Tradisional Suku Etnik Miao



 



Selesai menyusuri sungai di Shangri-La Park, kami menaiki bas untuk makan malam dan pulang ke hotel untuk berehat sebelum kami memulakan aktiviti Night Tour malam ini. 


Bersambung .... Night Tour

12/11/2017 - Night Tour, Guilin


No comments: