Tuesday 14 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - GUILIN KE GUANGZHOU

Sambungan:
13/11/2017 - Chinese Tea and Jade



Kami bertolak seawal pagi 14 November 2017 selepas bersarapan pagi menuju ke Gulinbei Railway Station (Guilin North Railway Station) yang terletak persimpangan Beicai Road dan Zhanqian Road dalam daerah Diecai, Bandar Guilin, Guangxi Province. 



GUILIN NORTH STATION (GUILINBEI RAILWAY STATION)
Stesen Guilinbei ini mengendalikan perkhidmatan High Speed Train dari Guilin ke Guangzhou Selatan, Utara Shenzhen, Utara Guiyang, Zhuhai dan lain-lain. Manakala Keretapi Konventional (Non High Speed Train) menuju ke Pingxiang, Selatan Shanghai, Zhengzhou, Timur Chengdu, Barat Beijing dan sebagainya. 
Bandar Guilin menpunyai 3 Station Keretapi iaitu Guilin Zhan di tengah bandar Zhongshan Nanlu, Guilin North Station (Guilinbei Zhan) dan Guilin West Station (Guilin Xi Zhan) yang baru beroperasi pada Januari 2016. 

Pemandu pelancong kami Mr. Alex seorang yang suka bergurau. Dia memberitahu Grup kami bahawa di Guangzhou nanti kami akan mendapat Tourist Guide yang lain. Kami semua merasa sedih ketika itu kerana kami semua telah mesra dengan Alex yang sangat peramah dan suka bergurau. Malah Alex sentiasa mengingatkan kami waktu solat 5 waktu dan lebih mengkagumkan beliau menyuruh kami menjamakkan solat yang boleh dijamak walaupun beliau bukan beragama Islam. 
Merasakan ini hari terakhir bersama Alex, saya pun mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan beliau kerana sedih lepas ni tak jumpa beliau lagi di Guangzhou. Alex ketawa dan katanya sebenarnya dia ikut sekali ke Guangzhou... baru lega hati kami... haha.... kelakar betul si Alex ni...












HIGH SPEED TRAIN GUILIN KE GUANZHOU

HIGH SPEED TRAIN (BULLET / FAST TRAIN)
Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Train) China juga dikenali dengan Bullet Train atau Fast Train boleh mencapai kelajuan 300 km / h (186 mph) atau kelajuan tertinggi adalah 350 km/j (217 mph). 
Terdapat 2,600 keretapi Berkelajuan Tinggi yang dinomborkan dengan huruf G,D dan C yang menghubungkan lebih 200 bandar di China meliputi 32 daripada 34 wilayah di negara ini. 
Hingga 2017, Negara China berjaya mengekalkan Rangkaian Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) terbesar di dunia. Panjang rangkaian HSR melebihi dari 22,000 km. 
Laluan HSR terpanjang di dunia ialah dari Beijing ke Guangzhou (2,298 km). HSR dijangka akan beroperasi ke Hong Kong menjelang 2018.






Jarak antara Guilin ke Guangzhou ialah paling jauh kalau dengan kereta ialah 628 km. Tapi dengan menggunakan perkhidmatan High Speed Train jarak nya menjadi singkat dengan perjalanan mengambil masa 4 jam 15 min iaitu 433 km - 856 km. 

Guangzhou – Guilin High Speed Train

Basic Facts:

 Open Date: December 26th, 2014
 Duration: 2.5 – 5.5 hours
 Running Distance: 433 – 758 kilometers (269 - 471 miles)
 Top Speed: 300 km/h (186 mph)
 Route: Running along Guiyang -Guangzhou HSR, most of them run further to/from Guiyang.
 Stations along the way: Foshan West, Sanshui South, Zhaoqing East, Guangning, Huaiji, Hezhou, Gongcheng, Yangshuo, Zhongshan West

Sumber: 

Sepanjang perjalanan dari Guilin ke Guangzhou, isteri saya menjadi jurugambar kami mengambil gambar pemandangan sepanjang perjalanan.  Disebabkan gangguan dari cermin tingkap, gambarnya tidaklah begitu jelas, namun saya abadikan sebagai kenangan. Tidak dinafikan China terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.... masih banyak lagi kawasan-kawasan berbukit dan bergunung yang menghijau yang menyejukkan mata memandang. 













Bangunan Guangzhou Circle di Cina

Dari dalam train dari jauh lagi saya ternampak sesuatu yang berbentuk bulat, saya ingatkan apa, bila semakin hampir baru saya tahu ia adalah sebuah bangunan yang agak unik di China. 




Kami tiba di Guangzhou Railway Station di Sanyuanli, Yuexiu, Guangzhou lebih kurang jam 12 tengahari.  Setiba di Guangzhou, kami dibawa untuk makan tenghari disebuah restoran China Muslim. 


Bersambung .....
14/11/2017 - GUANGZHOU - HARI PERTAMA

No comments: