Tuesday 14 November 2017

KEMBARA CHINA 2017 - GUANGZHOU HARI PERTAMA


GUANGZHOU
Guangzhou sebelum ini dikenali sebagai Canton adalah bandar ke 3 terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai dengan kepadatan penduduknya 12 juta orang. Guangzhou adalah ibukota Wilayah Guangdong di Selatan China. Terletak di Sungai Mutiara (Pearl River), Guangzhou terletak 120 km dari Hong Kong dan 145 km dari Macau. 
Sejarah Guangzhou bermula kira-kira 2,200 tahun. Menurut rekod Sejarah China, bandar ini dibina pada tahun 214 S.M. Sebelum dikenali sebagai Guangzhou, ianya dikenali sebagai Panyu. Nama Guangzhou itu sebenarnya merujuk kepada wilayah dimana Panyu terletak. Apabila ianya semakin bekembang pesat, nama Guangzhou mula diterimapakai untuk bandar itu. 

Guangzhou juga adalah juga bandar dimana Agama Islam mula bertapak di Negara China ketika zaman Dinasti Tang (618-907). Dikatakan bahawa sahabat Rasulullah s.a.w, iaitu Saad bin Abi Waqqas telah dihantar untuk mengembangkan Islam di China. Beliau telah mendirikan sebuah Masjid di Guangzhou iaitu Masjid Huaisheng

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Guangzhou boleh merujuk kepada Wikipedia atau Wikitravel. 

Setiba di Stesen keretapi Guangzhou yang terletak di Sanyuanli, Yuexiu, Guangzhou, kami dibawa untuk makan tengahari di Abdullah Qinghai Muslim Restaurant yang terletak di 71 Sanyuanli Avenue, Yuexie, Guangzhou.


Menu makan tengahari 

Selesai makan tengahari, kami singgah ke sebuah pusat barang kulit Zhonggang Leatherware. 



Setelah membeli belah di Zhonggang Leatherware, kami terus menuju ke sebuah masjid untuk bersolat Jamak Zohor dan Asar. Masjid tersebut adalah Masjid As Shahbi Abi Waqqas (Xianxian Mosque) yang terletak di 204-1 Huanshi West Road.

  





Masjid Xianxian (Masjid As Shahbi Abi Waqqas) asalnya dibina dizaman Dinasti Tang dan kemudian dibina semula dizaman Dinasti Ming. Tiada info mengenai masjid ini yang saya temui. 


Di masjid ini dikatakan terdapat maqam Saad bin Abi Waqqas, iaitu sahabat Rasulullah s.a.w (antara 10 yang dijamin syurga). 
Terdapat banyak pendapat mengenai adakah Saad bin Abi Waqqas dimakamkan disini. 
Namun yang paling sahih (berdasarkan hadis Rasulullah s.aw.) dalam kitab Imam Malik, Saad bin Abi Waqqas meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Baqi'. 



Bersolat Jamak Zohor dan Asar






Batu Nisan yang terdapat tulisan Arab




Antara beberapa buah makam yang terdapat di persekitaran masjid




Sejarah telaga ini telah berusia lebih 1300 tahun dibina bagi memperingati Saad bin Abi Waqqas yang telah datang ke sini untuk mengembangkan Islam. 


Selesai solat dan berziarah ke Maqam Saad bin Abi Waqqas, kami terus menuju ke destinasi seterusnya ialah Huacheng Square. 

HUACHENG SQUARE


Terletak di Bandar Baru Zhujiang adalah dataran terbesar di Guangzhou dengan keluasan 250 meter lebar dengan keluasan kawasan 560,000 meter persegi. 
Terdapat tidak kurang dari 39 bangunan arkitektur antara Guangzhou Opera House, Guangzhou Museum dan sebagainya. 
Dibawah dataran ini terdapat pusat membeli belah berkeluasan 150,000 meter persegi iaitu "Mall of The World" dimiliki oleh Kumpulan Arkitek Hong Kong Lan Kwai Fong. 











Kelihatan dibelakang itu ialah Canton Tower. 








The Canton Tower atau Guangzhou Tower mempunyai ketinggian 604 meters, Multi-Purpose Observation Tower yang terletak di daerah Haizhu, Guangzhou. Ia mula beroperasi pada 29 September 2010 bersempena dengan Sukan Asia  2010 di Guangzhou. 

Selesai sesi bergambar di Huacheng Square, kami terus ke destinasi lawatan seterusnya iaitu kedai fabrik di Guangzhou. 





Selesai aturcara lawatan hari ini, kami check in hotel kami di Guangzhou iaitu Royal Tulip Luxury Hotel terletak di Guang Yuan Road, Guangzhou. 


Makan Malam di Abdullah Restaurant








Selesai aturcara lawatan hari ini, boleh beristirehat di Hotel Bertaraf 5 Bintang yang agak selesa dari hotel sebelum ini. 
Esok aturcara lawatan terakhir di Guangzhou kerana lusa kami akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 

Bersambung....
15/11/2017 - Guangzhou Hari Ke 2

No comments: