Monday 19 May 2014

2014 - BUKIT RENGIT, LANCHANG, PAHANG


LANCHANG, PAHANG

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kg. Bolok Hulu, Lanchang Pahang adalah sejauh 95.6 km dan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 17 minit. 

Lanchang ialah sebuah pekan kecil yang terletak di antara bandar Karak dan Mentakab di negeri Pahang. Tarikan utama yang terdapat di Lanchang ialah Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah dan 'Deer Land Park' di Bukit Rengit. 
Di Lanchang juga sebuah tempat bersejarah yang dikenali sebagai Lubuk Terua, kerana di sinilah terlakarnya sejarah pertempuran Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang penjajahan British di Pahang. 

Sepanjang bertugas dengan Yayasan Jantung Malaysia, aku berkesempatan mengunjungi Lanchang, Pahang semasa menjalankan Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti 2014 di Kg Bolok Hulu Sokmik di Lanchang, Pahang pada 3 Mei 2014. 

Rujuk: Program Kesihatan 2014 - Kg. Bolok Hulu, Lanchang






 


BUKIT RENGIT, LANCHANG, PAHANG
Bukit Rengit yang terletak di Daerah Lanchang, Pahang, lebih kurang 1 jam 45 memandu dari Kuala Lumpur (49.9 km dari Temerloh, Pahang). 
Semasa Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Kg. Bolok Hulu, Lanchang, Pahang pada 3 Mei 2014, kami setaf Yayasan Jantung Malaysia telah menetap di Villa Rengit dalam kawasan Institut Biodiversiti di Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. 

Institut Biodiversiti
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN)
Bukit Rengit
28500 Lanchang, Pahang
Tel: 09-280 3351 / 3362      Faks: 09-280 3335
Website: http://www.wildlife.gov.my






Perjalanan ke Institut Biodiversiti di Bukit Rengit, Lanchang, Pahang



Deerland Park yang terletak di Bukit Rengit dalam perjalanan ke Inst. Biodiversiti adalah salah satu lagi tarikan pelancongan di Lanchang, Pahang. 
INSTITUT BIODIVERSITI, BUKIT RENGIT, LANCHANG, PAHANG
INSTITUT Biodiversiti, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Bukit Rengit, Lanchang, Temerloh adalah institusi pendidikan dan penyelidikan mengenai kepentingan untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar di kawasan hutan simpanan kekal di seluruh negara.
Institut Biodiversiti yang ditubuhkan pada 1979 yang bertempat di Taman Negara ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan mencintai alam sekitar.
Salah satu program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) Hutan Simpan Kekal Krau yang mula diperkenalkan pada 2002.










Suasana pagi yang berkabus ... cukup tenang dan damai



Bagi mereka yang ingin menikmati suasana yang tenang dan damai... atau jika ada yang ingin mengadakan program motivasi untuk jabatan atau pejabat masing-masing, Institut Biodiversiti adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi.... saya telah pun berada di sini, dan in sya Allah suatu hari nanti saya akan bawa keluarga bersama untuk menikmati suasana kedamaian di tempat ini.....


Zulheimy Maamor
19.5.2014

8 comments:

Gwiyomi_Admin said...

salam.. saya nak tanya.. ada simpan nombor untuk tempahan penginapan kat sini x?

zulheimymaamor.blogspot said...

M salam... in sya Allah nanti saya tanya rakan saya ... dia orang Lanchang.....

zulheimymaamor.blogspot said...

cuba hubungi no talipon di laman web ini

http://www.wildlife.gov.my/direktori/staff.php?negeri=Institut+Biodiversiti&bahagian=all&nama=&submit=Cari%2FSearch

Anonymous said...

minta laluan...no telepon baru pusat IBD ialah:
09-2803323
09-2803351
untuk penginapan sila tanyakan pada pn. suzi atau pn nurlina
tq.

zulheimymaamor.blogspot said...

Terima kasih

DiyanaJafri said...

Assalamualaikum..boleh saya bertanya IDD Lanchang itu apa.? Boleh saya dapatkan alamat pusat perhilitan Lancang saya nak buat praktikal di sana

Miss Hibari said...

Assalamualaikum. Saya bln 6 nanti ada praktikal kat IB Lanchang ni. Tau tak rumah sewa yg berdekatan?

zulheimymaamor.blogspot said...

Maaf Cik Nur Atikah... saya bukan orang Lanchang... saya di sana dulu buat program ... saya tak tahu ada rumah sewa yang berdekatan....