Sunday 11 May 2014

2014 : KG BOLOK HULU, LANCHANG, PAHANG

Tarikh : 11.5.2014
Lokasi: Balairaya Kg. Bolok Hulu Sokmik, Lanchang , Pahang
Rujuk:
1. Pahang 2014 - Bukit Rengit Lanchang


Program Komuniti Yayasan Jantung Malaysia seterusnya untuk tahun 2014 ialah di Kampung Bolok Hulu Sokmik iaitu kampung asal salah seorang setaf Yayasan Jantung Malaysia iatu saudara Shafiq Mahdzar. 
Program ini adalah kerjasama dengan JKKK Kg Bolok Hulu Sokmik dengan bantuan tenaga jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. 
Seramai 91 orang penduduk kampung telah hadir untuk program kesihatan yang bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari. 



Balairaya Kampung Bolok Hulu Sokmik dimana program pemeriksaan kesihatan dijalankan. 
Kampong Bolok Hulu adalah sebuah perkampungan tradisional yang terletak di daerah Lanchang, Pahang, kira-kira 67 kilometer dari Kuala Lumpur. 
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Kampung Bolok Hulu termasuk juga saya sebelum saya tiba di Kampung ini. Sebenarnya kampung ini terletak berdekatan dengan Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pusat Pemeliharaan Rusa di Bukit Rengit dan juga Institut Biodiversiti juga di Bukit Rengit. 
Apa yang menarik bagi saya ialah suasana kampung ini masih mengekalkan tradisi perkampungan, teringat saya kepada kampung saya di Lubok Cina, Melaka sekitar 70' an dulu, namun itu bukan bermakna kampung ini ketinggalan dari segi pembangunan, kampung ini serba serbi lengkap dari segi pembangunan moden, cuma suasana aman damai seperti tahun-tahun 70'an kampung-kampung di Malaysia masih dikekalkan.... saya berasa teruja dan terasa aman tenang dan damai berada di sini. 



Menikmati Sarapan Pagi di sebuah warong yang terletak di seberang Balairaya.




UJIAN SARINGAN KESIHATAN


Sebahagian dari para penduduk Kg.Bolok Hulu yang hadir.
Pameran Poster dari Yayasan Jantung Malaysia








SAMBUTAN HARI IBU
Antara program yang turut dijalankan ialah sambutan hari ibu dan cabutan nombor bertuah. 

 




Sepanjang program ini dijalankan, kami telah menetap di Villa Rengit, Lanchang,Pahang.

Rujuk : Pahang 2014 - Bukit Rengit, Lanchang

Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
19.5.2014

No comments: