Tuesday 8 January 2013

KEDAH 2013 : SMK AGAMA YAN

Lokasi: Sek.Men.Keb. Agama Yan, Kedah
Tarikh: 7 - 8 Januari 2013

Perjalanan dari Naka Ke Guar Chempedak sejauh 52 km (56 minit perjalanan)





Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Sekolah tahun 2013 bermula dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Program ini mendapat kerjasama penuh dari PIBG SMKA Yan.
Program yang berlansung selama 2 hari dari 7 - 8 Januari 2013 di Dewan Sekolah. Seramai 189 murid termasuk guru dan kakitangan sekolah telah menjalani ujian Saringan Kesihatan. 





SMK Agama Yan, Kedah dibuka pada 1 Januari 1997. Guru besar yang pertama ialah Puan Hjh Hindong bt Hj Ali.
Pada tahun 2007, seorang pelajar SMK Agama Yan,Kedah iaitu Azali Azlan telah membuat kejutan yang besar apabila memperolehi keputusan 21 A dalam peperiksaan SPM. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Kaunter Pendaftaran
















D'AMAN HOMESTAY, TAMAN DESA AMAN
GUAR CHEMPEDAK, KEDAH

Sepanjang program Kesihatan di SMKA Yan ini kami dari YJM telah menetap di D'Aman Homestay, Taman Desa Aman, Guar Chempedak, Kedah yang dimiliki oleh salah seorang guru di SMKA Yan. 
Guar Chempedak ialah sebuah pekan kecil dalam kawasan parlimen Jerai. Ianya adalah sebuah komuniti luarbandar tertetak dipertengahan antara Alor Setar dan Sungai Petani. 
Pada tahu 22 September 1989, pernah berlaku tragedi menyayat hati iaitu tragedi kebakarkan madrasah Taufiqiah Al-Khairiah diman 27 pelajar kebanyakannya wanita terkorban dalam tragedi tersebut. 






GUNUNG JERAI, KEDAH


Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter. 
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.


Perjalanan balik Guar Chempedak ke Kuala Lumpur

Zulheimy Bin Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
24 Oktober 2013

No comments: