Masjid Aminah Al Muhairi ini terletak di SS 2 Petaling Jaya. Saya tidak menemui sebarang maklumat mengenai masjid ini di internet. Saya sering menunaikan solat Jumaat di Masjid ini ketika bekerja di Smartcom Engineering Sdn Bhd di Taman SEA pada tahun 1996-97.
Masjid Al - Ridhuan Hulu Kelang, Selangor ini telah siap dibina pada
tahun 1984 dan ianya masih lagi belum dirasmikan. Masjid ini sebenarnya masih
mengumpul dana untuk menaiktaraf prasarananya bagi menjadikannya sebagai sebuah
masjid berkonsepkan Solat dan Rehat (S&R), iaiitu sebuah masjid yang selesa
, moden dan bersih kepada pengunjung-pengunjung masjid .Projek yang akan menelan
belanja melebihi RM 750 ribu ini akan dibina dalam beberapa fasa , dimulai
dengan Fasa 1 dengan membina sebuah tandas awam baru yang moden dan bersih.
Pembinaan tandas sekarang telah 50% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada
akhir Mei 2011.
Aku dan isteri telah beberapa kali mengunjungi masjid ini untuk majlis ilmu atau apabila ada karnival berbentuk keagamaan dilansungkan.
Aku dan isteri pertama kali menjejakkan kaki di masjid ini ketika TV 9 menjalankan program "Raudhah di Hati Ku" pada 7 September 2013.
Aku dan isteri bersama ibu Mertua ku telah menghadiri program "Raudhah di Hati Ku" yang dianjurkan oleh TV 9 pada 29 September 2012.
Masjid As-Salam ini terletak di Taman Puchong Perdana, Puchong. Masjid
ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Sarafuddin Idris Shah
Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Sultan Selangor
pada 17 Zulkaedah 1427 Hijri bersamaan 8 Disember 2006 Masihi.
Aku dan isteri menghadir "Pesta Buku" yang berlansung di Masjid ini pada 7 Oktober 2012.
Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz ini terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor. Dulu aku selalu bersolat Jumaat di masjid ini ketika bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia di Jalan 52/4 Petaling Jaya, Selangor. Masjid ini telah diubahsuai daripada masjid asal.
Zulheimy Bin Maamor
22.9.2013 : 2.05 pm
No comments:
Post a Comment