TANDA – TANDA MANUSIA AKHIR ZAMAN
1. Diantara
penyakit jiwa yang melumpuhkan kekuatan Islam ialah cintakan dunia, salah satu
tanda-tanda manusia akhir zaman.
2. Amalan
berlumba-lumba mencari harta sehingga tidak memikirkan tentang halal haram,
belas ihsan dan sebagainya.
3. Terbitnya
beberapa fitnah
4. Amanah
disia-siakan, iaitu apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang
bukan ahlinya terutama urusan yang berkaitan dengan agama. Jika ini berlaku
maka tunggulah masa kehancurannya.
5. Munculnya
golongan munafik – apa yang dikatakan oleh lidah tidak lahir daripada dorongan
hati. Fatwa yang dikeluarkan adalah merupakan tipu helah belaka, pada
kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang inginkan kedudukan, pangkat,
penghormatan dan sebagainya. Mereka sampai tergamak mengorbankan agama.
6. Munculnya
pemimpin-pemimpin yang berdusta dan zalim. Barangsiapa yang menyokong atau
membenarkan perbuatan zalim, Rasulullah SAW mengatakan yang mereka itu bukan
umat baginda.
7. Manusia
tidak mempedulikan dari mana mereka mendapat nafkah hidup, asalkan mereka boleh
hidup senang dan mewah. Mereka menghalalkan riba atas nama jual-beli sedang
riba adalah diharamkan oleh Allah (Surah Al Baqarah:275).
8. Hilangnya
ilmu agama dan kekalnya kejahilan, arak diminum dan zina dilakukan dengan
terang-terangan.
9. Manusia
membela anjing lebih sempurna dan lebih baik daripada mendidik anak sendiri.
10. Tidak
ada rasa hormat kepada golongan yang lebih tua.
11. Banyaknya
lahir anak-anak zina.
12. Manusia
bertambah rakus dengan dunia.
13. Timbul
manusia yang membaca Al Quran dengan lagu yang menawan dan diiringi suara
lunaknya sayangnya dia tidak memikirkan samasekali makna yang tersirat
didalamnya. Bacaannya semata-mata untuk tujuan pertandingan.
16 September 2012 – 12.43 am
No comments:
Post a Comment