Firman
Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah
telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan
bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu
membicarakan perkara ini,
sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir
disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran
Al-Karim. Diantara Kalam-kalam Allah
Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman
Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam
bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah)
dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura:
7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi
kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat
bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih
dari itu, kata “ummu” (ibu)
mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan
sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah
berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi
(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman:
33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari
kata “qutr” yang
bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak
diameter.
Berdasarkan
ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas
diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi,
dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan
langit.
Selain
itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah
berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang
membentuk bumi. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya
kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan
penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia),
maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang
seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim
“Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan
bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu
telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini. Ketika
kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil
gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet
Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta
ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para
angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara
rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah
melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di
kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah
radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti
ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.
Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan
menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di
tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang
bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di
kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali
kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah
sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih
sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab
itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh
suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah
dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian
lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan
juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat
tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan
bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya
lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya
hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada
suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR.
Thabrani)
Wallahu’alam….
27 August 2012
No comments:
Post a Comment