Sunday, 17 June 2012

Maamor bin Sudin




Arwah ayah ku Maamor Bin Sudin (kembali ke Rahmahtullah pada 18 Disember 1984) ialah seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarga. Walaupun kami hidup sederhana tapi kami bertuah mempunyai ayah seperti beliau. Arwah pernah berkhidmat dengan Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja dan pernah dihantar bertugas di Congo di bawah PBB pada tahun 1961 iaitu tahun ketika saya dilahirkan. Arwah sebelum berkhidmat dalam tentera adalah bekas guru sekolah dan dari cerita yang pernah diceritakan oleh arwah ibu saya Arwah ayah menyertai tentera tanpa diketahui oleh ayah dan ibu beliau kerana pada masa itu ramai ibu bapa tidak berasa gembira kalau anak mereka menyertai tentera, maklumlah Perang Dunia Kedua baru saja berakhir semasa beliau menyertai tentera. Arwah ayah memang terasa amat bangga berkhidmat di dalam tentera. Beliau begitu bersemangat kalau diajak berbual mengenai bidang ketenteraan. Semasa saya menyertai Tentera Laut pada 1981, setiap kali kalau pulang bercuti, maka banyak lah cerita yang kami sembangkan mengenai dunia ketenteraan. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Disember 1984 ketika saya berkhidmat di KD Sri Rejang, Sibu Sarawak... Al Fatihah buat arwah Ayahanda tersayang...

2 comments:

PakMail said...

Semuga ayah dan ibu saudara diampuni dan dirahmati oleh Allah swt serta ditempatkan di sisi orang-orang yang diredhai.

Amin....

zulheimy61 said...

Amin... terimkasih atas doa saudara itu... semoga diberkati Allah hendaknya.