Sek.Men.Tinggi Setapak Kuala Lumpur atau High School Setapak dirasmikan pada 12 Januari
1955 oleh En. Othman bin Mohamed,Menteri
Besar Selangor ketika itu. Bagaimanapun pembukaan rasmi sekolah ini ialah pada 11
April 1955 oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor. Tapak asal
sekolah ini adalah di High Street, Kuala Lumpur (sekarang Jalan Tun H.S. Lee) sebelum
berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Air Panas, Setapak KL pada tahun 1963.
Guru Besar pertama
sekolah ini Mr.Herman M de Souza, bekas guru Victoria Institution KL.
SEK. MEN. TINGGI (INGGERIS), SETAPAK KL
1974 - 1978
SILAT SENI GAYONG SEK.MEN.TINGGI (ING) SETAPAK KL |
Alam Persekolah memang sukar untuk kita lupakan.. banyak kenangan pahit dan manis sewaktu di zaman persekolahan kerana disinilah kita mula diajarkan erti kehidupan. Saya rasa terkilan kerana tidak ada satu kenangan pun semasa di sekolah rendah kerana kebanyakan gambar-gambar hilang semasa berpindah rumah.
Semasa di Sekolah Menengah Tinggi (Inggeris) Setapak, KL, saya dan keluarga ketika itu menetap di Taman Greenwood, Batu Caves. Saya akan menaiki bas setiap hari ke sekolah. Satu yang tak saya lupakan ketika menunggu bas ke sekolah.. ialah setiap pagi saya akan bersama menunggu bas dengan Mazuin Hamzah dan kakaknya (dari kumpulan Quinary M).. tapi masa itu mereka belum terkenal lagi... Kali pertama mereka muncul di kaca TV... saya terperanjat juga ketika itu.. tak sangka mereka sekeluarga ada bakat dalam muzik...
Tahun 1978 adalah tahun terakhir di sekolah.. Setelah hampir 35 tahun terpisah, akhirnya dapat juga bertemu dengan kawan-kawan sekolah pada 2013, inilah kelebihan zaman informasi teknologi, dapat berkumpul kembali dengan sahabat zaman persekolahan dulu...
PERJUMPAAN AIDILFITRI 2022 - KEBUN MIMPI @ GITA BAYU, SERI KEMBANGAN, SELANGOR (15 MEI 2022)
Puan Tan Aik Mong, Guru sekolah kami yang masih lagi sihat...
Last Update: 15 Mei 2022 > 10.11 pm
2 comments:
Malangnya saya pula tiada satu pun gambar sewaktu bersekolah menengah.
Juga hilang sewaktu berpindah. Tetapi tidaklah berapa banyak gambar2 tersebut.
Zaman kita dulu tak macam sekarang.. boleh save dalam cd... dulu kalau gambar hilang... tak ada peluang nak cuci balik...
Post a Comment