Monday, 16 July 2012

7 RAMD - CONGO , 1962/63

2059 PW2 MAAMOR BIN SUDIN
BATALION KE 7
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
BUKAVU CONGO, 1961-62







Arwah Ayah Ku , Allahyarham 2059 Maamor bin Sudin berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Di Raja dari tahun 1946 sehingga 1967. Sepanjang perkhidmatan Allahyarham, beliau pernah mengalami zaman Darurat (1948 – 1960), Zaman Konfrantasi (1963-1965) dan juga terlibat dengan Misi Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada 1962-63. Allahyarham adalah antara kumpulan pertama tentera Malaysia dihantar bertugas di bawah PBB.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 18 Disember 1984 setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika berusia 57 tahun di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.


 Congo ialah sebuah negara yang terletak di Afrika memperolehi kemerdekaan dari Brussel pada 30 Jun 1960. Bagaimanapun selepas 4 hari mencapai kemerdekaan, satu Pemberontakan tentera telah berlaku. Memandangkan keadaan yang semakin serius Presiden Congo ketika itu telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar Tentera PBB bagi memulihkan keamanan di Congo. Terup pertama tentera PBB yang tiba ialah dari Negara Tunisia dan di ikuti dengan negara-negara lain kemudiannya termasuk dari Persekutuan Tanah Melayu. 


Penglibatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra bermesyuarat di London dengan Perdana Menteri Britain membincangkan penyertaan Tentera Tanah Melayu dalam misi Pengaman PBB di Congo pada Mei 1960. 
Malayan Special Forces (MSF) diutuskan ke Congo menyertai tentera tentera dari Negara Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations au Congo (ONUC) pada 30 Oktober 1960. 
Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin adalah merupakan komponen MSF pertama di utuskan ke Congo pada 4 Oktober 1960. 4 RAMD disertai juga oleh Skuadron C2 Rejimen Peninjau dibawah Maj. Zain Mahmud Hashim. 
Batalion RAMD yang terlibat dalam MSF di Congo adalah 4 RAMD (1.11.60 - 18.7.61), 6 RAMD (13.7.61 - 31.3.62), 7 RAMD (27.2.62-30.12.62), dan 2 RAMD (27.6.62-12.4.63). Manakala Rejimen Peninjau diwakili oleh 1 Rejimen Peninjau dan 2 Rejimen Peninjau. 



Batalion ke 7 RAMD yang disertai oleh Allahyarham ayah saya meninggalkan tanahair untuk berkhidmat di bawah PBB pada 17 Feb 1962 dengan menaiki kapal USNS Gen R.M. Blatchford.
Sepanjang perkhidmatan 7 RAMD di Bukavu Congo dari 7 Feb 1962 hingga 30 Dis 62, batalion telah kehilangan seorang anggota iaitu 13560 Prebat Siohnah Jantan yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Bukavu pada 6 Jun 1962.







Batalion ke 7 RAMD kembali ke tanah air setelah menamatkan tugas di Congo pada 8 Januari 1963.

Perkhidmatan Tentera Tanah Melayu di Congo tamat dengan kembalinya Batalion ke 2 RAMD ke tanah air pada 28 April 1963. Pasukan MSF telah mendapat kepujian daripada Setiausaha Agong PBB ketika itu iaitu U Thant (nama beliau diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur).

2 orang anggota MSF telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani semasa bertugas di PBB iaitu Kapten Maurice C.S.Lam dan Lt Muda N.H. Siebel dari Sekuadron A 2 Rejimen Peninjau di atas keberanian mereka dalam tragedi di Kindu.

Sumber Rujukan: Rejimen Askar Melayu Di Raja 1933 - 1968 - Syed Othman Syed Omar

11 comments:

Vecests said...

BLOG SEJARAH TERBAIK..TERUSKAN USAHA ANDA SAUDARA,,,,

Zulheimy Maamor said...

Terima kasih

Anonymous said...

tok saya salah seorang askar yang pergi ke congo.dia radioman

RumputHijau said...

Ayah saya juga salah seorang yang dapat join misi ni. Tapi entah batalion keberapa. Waktu tu ayah prebet lagi, baru belasan tahun.

Terima kasih saudara :)

Azahari Mahmuddin said...

saya azahari student phd usm sedang membuat kajian berkenaan misi negara ke Congo 1960-1961. Mjd harapan saya sekirannya saudara2 dlm blok ini dapat mbantu. seandai sudi membantu saya boleh sms saya di talian 012-5376773. tkasih

Zulheimy Maamor said...

Assalamualaikum... maaf kerana dah lama tak buka blog kerana sibuk dengan tugasan luar pejabat... saya boleh dihubungi di 012-355 2965. Cuma tak banyaklah kisah penglibatan arwah ayah saya di sana kerana beliau telah lama kembali ke Rahmatullah...

Mohd Radzi Mohd Yusoff said...

Assalamualaikoum, sejak akhir-akhir ni memang saya tertarik untuk search for info di internet berkenaan ttg perkhidmatan ayah saya di dalam tentera. Dia pernah bertugas di Congo dan saya rasa dia bersama-sama satu batalion dgn arwah ayah saudara. Saya skg sedang berada di Afrika dan bila balik ke Malaysia nanti saya akan tanya ayah saya nanti unit mana dia masa tu. Banyak juga gambar2 yg ada di dlm album di rumah gambar semasa dia bertugas di Congo. Mmg jauh di sanubari saya yg saya akan mencuba menjejak route yg unit dia lalui di Congo kalau ada rezeki.

Zulheimy Maamor said...

Mualaikumsalam.... Alhamdullillah saya doakan semoga saudara dapat menjejak unit mana ayah saudara berkhidmat. Eloklah kalau saudara boleh kumpulan maklumat ataupun kesah ayah saudara semasa berkhidmat di Congo... saya rasa tak ramai lagi antara mereka yang pernah berkhidmat di Congo yang masih hidup untuk menceritakan pengalaman mereka di sana....

BERANI IKHLAS said...

ASSALAMUALAIKUM.... ADA LG KA GMBAR2 7 RAMD

Zulheimy Maamor said...

Mualaikumsalam.... hanya itu sahaja yang ada dalam simpanan saya... banyak yang dah hilang....

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya mewakaili md said bin talib yg pernah berkhidmat di congo pd tahun 1962 - 1963...RAMD 6....sekarang berusia 78 th....menetap di muar johor..