Sunday, 14 June 2026

FOTO KENANGAN: PETALING JAYA

PETALING JAYA
Petaling Jaya (atau lebih dikenali sebagai PJ) merupakan sebuah bandar raya utama dan bandar terbesar di daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan asalnya dibangunkan sebagai sebuah bandar satelit bagi menangani kesesakan penduduk di ibu negara, Kuala Lumpur.

Petaling Jaya tidak asing bagi saya kerana saya pernah bekerja di 2 kompeni di Petaling Jaya iaitu Smart Global Networks Sdn Bhd dan The Institution of Engineers, Malaysia.

Kenangan ketika bekerja di Smart Global Networks Sdn Bhd pada 1997 yang terletak di Taman SEA, Petaling Jaya, Selangor. Penggunaan monitor jenis CRT berbanding skrin nipis (LCD/LED) zaman sekarang. 





Kenangan ketika di The Institution of Engineers, Malaysia yang beribu Pejabat di Petaling Jaya, Selangor. Saya bekerja di sini dari 1999 sehingga 2011 (12 tahun).


Amcorp Mall,sebuah pusat beli-belah ikonik 5 tingkat yang terletak di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor. Dibuka sejak tahun 1998, kompleks ini dibangunkan oleh Amcorp Properties Berhad dan terkenal sebagai "syurga" bagi para pengumpul barangan antik serta peminat barangan vintaj di Malaysia. 


Hotel Armada, hotel bertaraf 4-bintang yang terletak secara strategik di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor. 
Ketika bekerja di The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) dari 1999-2011, saya sering menguruskan events IEM di Armada kerana ianya berdekatan dengan pejabat saya. Hanya 5 minit berjalan kaki ke Stesen LRT Asia Jaya.


Crystal Crown Hotel bertaraf 4-bintang di Jalan Utara, Seksyen 52, Petaling Jaya ini sering menjadi pilihan saya untuk events IEM kerana berdekatan dengan pejabat saya selain Armada Hotel dan PJ Hilton. 


Hilton Petaling Jaya sebuah hotel bertaraf 5-bintang terletak di Jalan Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor ini juga sering menjadi pilihan untuk events IEM ketika bekerja di sana. 


One World Hotel Petaling Jaya, hotel bertaraf 5-bintang yang pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Terletak di First Avenue, Bandar Utama, Petaling Jaya, hotel ini bersambung terus dengan 1 Utama Shopping Centre, salah satu pusat beli-belah terbesar di dunia. 
Kenangan ketika IEM 50th Annual Dinner yang berlansung di hotel ini, hotel yang menjadi destinasi utama bagi acara korporat berskala mega. 


Taman Tasik Jaya di Petaling Jaya yang sering menjadi lokasi untuk "IEM Open House" . Foto diatas adalah open House IEM pada 2009 dan 2010. 

2012 - World Wellness Sdn Bhd

2015 - Agensi Kelayakan Malaysia

Ketika bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia dari 2011 - 2018, saya dan team Awareness pernah membuat program Kesedaran Penyakit Jantung di World Wellness Sdn Bhd pada 31 Mac 2012 dan juga di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Petaling Jaya pada 30 September - 1 Oktober 2015.



Foto-Foto Kenangan di Petaling Jaya

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
14 Jun 2026: 4.02 p.m

No comments: