TAMAN GREENWOOD
Taman Greenwood atau zaman 70 an dulu lebih dikenali dengan nama Greenwood Park. Terletak di Batu Caves, Selangor, disinilah saya membesar dari sekolah rendah hinggalah ke Sekolah Menengah (1970 - 1979) sebelum berpindah ke kediaman yang kekal hari ini di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
Antara Ikon yang terkenal ketika itu ialah Kedai Kopi Arshad. Dihadapan Kedai Kopi Arshad itu ada stesen bas dimana saya selalu menunggu bas untuk ke bandar dsb.
Kopi Arshad ini dulu memang famous sekitar 70an.... atas bumbung kedai tu diletakkan motosikal di mana arwah Arshad bin Kulop menggunakan motorsikal itu dulu sekitar tahun 50 an ke 60 an menjaja kopi.
Kalau siapa tak tahu kumpulan Band yang agak terkenal sekitar 70an dulu iaitu Quinary M yang dianggotai oleh sekumpulan adik beradik dengan penyanyi utamanya Mazuin Hamzah yang juga drummer kumpulan ini tinggal di Taman Greenwood. Pelakon terkenal Amy Mastura adalah sepupu mereka.
Sekarang Taman Greenwood lebih sibuk dari yang dilihat di foto ini... cuma dah tak ada lagi Bas Mini yang menjadi pengangkutan utama ketika itu....
Disinilah saya menunggu bas dulu ketika zaman remaja sekitar 70 an
Nampak tak Motosikal di atas bumbung kedai? Motosikal itulah dulu Pak Arshad bin Kulop menjaja kopi sekitar 50 an dan 60 an dulu.
Disinilah saya tinggal dulu di Jalan 9 (1969 - 1979)
Kumpulan Quinary M, kumpulan adik beradik yang tinggal di Taman Greenwood.
KELAPA LINE QUARTES, TAIPING, PERAK
Kelapa Line Quarters, Old Kamunting Road, Taiping, Perak
Rumah tempat saya dilahirkan tahun 1961..... Terbiar usang.....
Kali terakhir saya kunjungi tahun 2017 ketika program Kesihatan di Taiping, Perak
Bersama kakak saya yang kedua di Taiping (2003)
GOON INSTITUTE
Kenangan suatu masa dahulu..... Orang lama PJ sinonim dengan Asiajaya...
Goon Institute...yang saya ingat ramai kawan-kawan sekolah selesai MCE 1978 tunggu result... ramai yang ambil kursus menaip di Goon Institute... Saya tak pergi.... saya belajar free je dalam Navy... 6 bulan kursus Komunikasi termasuk menaip....
SULAIMAN COURT
Sulaiman Court (1958 - 1986) : Projek rumah pangsa pertama di Malaysia.
Projek pembinaan rumah pangsa yang pertama ialah Perumahan Awam Sulaiman Court yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara tujuan utama pembinaannya ialah sebagai penempatan semula penduduk di sekitar lembah kelang selain menangani masalah setinggan.
Rumah pangsa 11 dan 4 tingkat tersebut dibina pada tahun 1957, dan mula didiami pada februari 1958. Sulaiman Court mempunyai 295 unit rumah yang dibahagi kepada tiga blok, iaitu Blok A, B dan C. Tingkat bawah Sulaiman Court terdapat unit-unit perniagaan yang menyediakan pelbagai keperluan untuk penghuni.
Pembinaan Sulaiman Court adalah ilham dari Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Housing Trust diberi amanah sebagai akitek bangunan ini. Mendiami bangunan yang tinggi pada ketika itu merupakan satu pengalaman yang asing bagi rakyat Malaysia, maka tidak hairanlah jika hanya 13 keluarga sahaja yang menjadi penghuni terawal Sulaiman Court.
Sebagai langkah menarik penyewa, pihak pengurusan menawarkan pengecualian sewa bagi 6 bulan pertama. Pada tahun 1986, Sulaiman Court dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli belah SOGO.— with Mus 'max' Aziz.
PEON @ BUDAK PEJABAT
Mungkin generasi sekarang tidak pernah dengar nama jawatan ini...
Jawatan Peon atau budak pejabat antara jawatan-jawatan yang telah pupus sama seperti jawatan lain seperti Typist, Steno, Kondaktor Bas dan banyak lagi yang tak berapa nak ingat dah....
Peon ini selalunya antara yang terawal datang ke Pejabat, dia akan kemaskan meja-meja pejabat yang bersepah terutama meja Boss... lain-lain tugasnya seperti mengambil surat di pejabat Pos dan lain (maaf saya pun tak berapa pasti bidang tugas mereka ini).
Saya kali pertama kenal jawatan Peon ini semasa saya bersekolah rendah di Gombak kerana kami kenal rapat sangat dengan Abang Zin Peon di sekolah kami tu... Abang Zin sangat ramah dan suka tegur murid murid sekolah... malah Abg Zin kadang kadang volunteer ambil tugas pengawal sekolah sekiranya pengawal tiada ketika murid murid sekolah hendak melintas jalan besar depan sekolah... dia akan pinjam uniform putih dan bawa kami melintas jalan... itulah Abang Zin Peon... dimana dia sekarang ye... masih hidup atau sudah tiada... kalau sudah tiada akan kami sedekahkan Al Fatihah padanya... Al Fatihah...
Jawatan Peon ini rasanya sudah tidak wujud sekitar 80 an dan 90 an kerana telah digantikan dengan jawatan Despatch... sekarang jawatan despatch ini pun saya tak pasti masih wujud atau tidak memandang perkembangan teknologi sekarang ini... banyak urusan secara online....
Buku panduan semasa bekerja di Jabatan Sumber Manusia, Coopers & Lybrand (sekarang Price Waterhouse Coopers) di Plaza IGB, Jalan Kampar, Off Jalan Pekeliling (Skrg Jln Tun Razak) pada tahun 1996 - 1997 ... Masih disimpan untuk kenangan....
BATU GILING
Bila tengok gambar batu giling... teringat arwah Nenek saya dulu (Arwah Nenek Gayah) di Kg. Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka... bila kami pulang ke kampung dulu dulu... arwah nenek saya pagi-pagi lagi dah start giling cili guna alat ni nak buat nasi goreng.... terus terang saya katakan...sehingga kini saya tak jumpa lagi nasi goreng yang rasanya sama seperti yang dibuat oleh arwah nenek saya dulu... itulah kehebatan batu giling untuk menggiling cili zaman dulu.....
MANGKOK TINGKAT LEGEND
Mangkok Tingkat Legend ini adalah milik arwah ibu saya yang masih saya simpan sehingga kini untuk dijadikan kenangan anak cucu.
TEA SET LEGEND
Set Teh ini memang lejen... sebab usia Tea Set ini lebih tua dari usia saya. Menurut arwah Ibu saya, Tea Set ini adalah set pertama yang beliau beli hasil dari duit yang terkumpul dari potongan gaji arwah ayah saya yang ketika itu berkhidmat dengan Askar Melayu DiRaja. Beliau beli ini ketika saya belum lagi lahir ke dunia ini. Usia saya sekarang (2025) ialah 64 tahun. Saya masih lagi menyimpan set teh ini hingga sekarang, sayang nak gunakan, biarlah ianya menjadi simpanan peribadi di dalam almari.
KOMPUTER PERIBADI
Kenangan Komputer peribadi pertama yang saya miliki selepas menamatkan perkhidmatan dengan TLDM dibeli pada 20 April 1996 > Komputer Intel Pentium S75i
RISALAH DOA
Buku kecil Risalah Doa ini pasti ada di rumah setiap orang Islam sekitar 60 an, 70 an dan 80 dulu....
MALAYSIAN TELCO
Telekom Malaysia (TM) launched the country's first cellular telecommunication service called ATUR 450 in 1985 with an iconic "011" prefix and brick-sized phones. Followed by Celcom's ART 900 in 1989 with the prefix "010" and Mobikom in 1993/94 with prefix "018".
SETAPAK HIGH SCHOOL
Arwah Abang Sulong saya Norajelan Maamor ketika di Tingkatan 6 Atas di High School, Setapak , Kuala Lumpur tahun 1972.
Tengok cikgu-cikgu tahun 70 an seksi meksi oooo... pakai miniskirt paras peha... saya pun sempat zaman tu... tapi tak jumpa lah Cikgu Melayu pakai mini skirt kat sekolah saya...
Tahun 1972 saya di Darjah 5 di SRJK (Inggeris) Gombak 2, Kuala Lumpur....
2. Setapak High School : The Story that you should be proud.
FLIGHT TO BEIJING
27 July 2001 > Foto Kenangan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH0084 dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bila menatap foto ini tiba tiba terkenang Pesawat MH370 yang menuju ke tempat yang sama namun sehingga kini setelah 9 tahun kita tidak tahu nasib yang menimpa penumpang dan anak kapal MH370... adakah mereka masih hidup atau sudah tiada.... kalau mati dimana kuburnya.... kita boleh faham bagaimana perasaan keluarga dan saudara mara Penumpang dan krew MH370 ... kalau mati pun biarlah tahu dimana kuburnya.... dan pasti masih mengharap dan akan terus mengharap agar ditemui dimana pesawat MH370 itu...
****salam takziah buat keluarga sahabat saya Mendiang Suresh... kenangan bersama di Beijing tetap dalam ingatan walaupun kini dia telah tiada...
SEAFARER LIFE - Never be Complacent
"At Sea, we are always in harms way, thus we need to be highly trained, always on the guard and have a good teamwork. Complacency is our greatest enemy, it can kill."
"WE ENDURE VALIANTLY"
Kenangan bersama pesawat NURI dan Allouette Tentera Udara Di Raja Malaysia
1981/82 - KD Raja Jarom - OPS Terumbu di Terumbu Layang-Layang
1985 - KD Mutiara dalam pelayaran ke India dan Republic of Maldives
(Pesawat Nuri TUDM telah ditamatkan operasinya pada 7 Januari 2020. )
RUJUKAN:
1987 - PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (LAUT)
Tahun 1987 > KD Panah dari Sekuadron ke 14 Kapal Ronda TLDM berpengkalan di Tg.Gelang, Kuantan, Pahang pernah membawa anggota Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) dari Maktab Rendah Sains MARA Kuantan menjalani latihan di laut.... kami bawa mereka belayar merentasi Laut Cina Selatan.... muntah hijau mereka hari itu kena gelombang laut Cina Selatan..... kesian tengok... letak ayam panggang depan mereka pun mereka jeling je.... tak lalu nak telan... itulah sekurang-kurangnya mereka rasa bagaimana anggota TLDM mengharung lautan luas dengan kapal ronda yang kecil.....
Budak sekolah MRSM dalam foto ini pasti sekarang dah beranak pinak....
Tahun 1999 - tahun saya menyertai The Institution of Engineers Malaysia sebagai Sekretariat (1999 - 2011)...
Ramai rakan-rakan dalam ini yang dah lost contact...
Antaranya Muruga, Bob, Kwan Chee Seng, Anthony, Raha dll...
Mendiang Tirimurugan (Baris belakang kiri sekali), sahabat baik saya yang banyak membantu saya dalam urusan pejabat, meninggal tahun 2016 kalau tak silap....
Mrs Lilian Tan (Chief Admin. Officer) yang duduk bawah kanan sekali....sebelum Miss Ooi, saya hanya sempat beberapa bulan sahaja di bawah Mrs.Tan.. selepas itu Ms.Ooi (sifu saya) tak over...
Miss Ooi duduk paling kiri... banyak mengajar saya selok belok event Management dan mengendalikan Technical Division... Thank you Miss Ooi....
In sya Allah jika ada kelapangan saya akan ke IEM jumpa sahabat yang masih ada di sana....
Ada tak Whatsapp Group ex IEM...kalau ada pls add saya...
(Wan Rohaizah pasti tahu dimana rakan-rakan kita ni)... miss them all..
Lembah Keramat, K.L
23 April 2025: 12.50 p.m
No comments:
Post a Comment