Panggung Odeon memang tak asing bagi saya.... kerana ketika zaman remaja dan dewasa saya sekitar 70 an dan 80 an, panggung Odeon adalah panggung wayang yang sering saya kunjungi untuk menonton filem ketika itu... kerana panggung Odeon selalunya menayangkan filem-filem yang hebat. Tidak jauh dari Odeon ada satu lagi panggung iaitu Panggung Coliseum...tapi Panggung Coliseum ini banyak tayang filem Hindustan , sedang saya memang anti filem Hindustan sampailah sekarang.... tapi lagu hindustan yang evergreen saya suka, cuma filem Hindustan saya memang tak minat dari dulu, kini dan selamanya....
Panggung Odeon terletak di persimpangan Batu Road (Sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman) dan Campbell Road (sekarang Jalan Dang Wangi) mula beroperasi pada bulan June 1936 sehinggalah bulan November 1997 apabila diditutup dan dijadikan aked menjual pakaian, gerai akhbar dan majalah dan kedai makanan ringan.
Panggung Odeon pernah terbakar pada Januari 1957 (sebelum merdeka). Pernah berlaku tragedi berdarah pada 1969 di panggung ini (malas nak cerita...carilah sendiri).....
Bagaimana nasib Panggung Odeon kini>
Saya tak pasti sebab dah lama saya tak berlegar-legar di kawasan itu sekarang disebab faktor usia dan kesihatan.... sedangkan itulah tempat lepak saya terutama di Komplek Pertama (seberang panggung Odeon) ketika zaman muda-muda dulu....
No comments:
Post a Comment