Thursday, 24 April 2025

PANGGUNG WAYANG DI KUALA LUMPUR

Sumber: Filem Klasik oleh Mustafa A.R

Di Selongkar Di Kajiselidik & Di Tulis Oleh Mustafar A.R. Aidalina Mustafar & Muszaili Mustafar
Foto Di Ambil Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop

PANGGUNG WAYANG DI KUALA LUMPUR
DULU-DULU LAIN KINI SUDAH BERUBAH

Oleh Mustafar A.R.

Panggung Wayang merupakan tempat hiburan paling terkenal dan jadi kesukaan di Kuala Lumpur, sejak awal kurun yang ke-20. Namun apabila wujudnya tv kemudian vhs, vcd, dvd, komputer dan berbagai-bagai macam lagi media berteknoloji tinggi, popularitinya semakin pudar dan akhirnya ditutup kemudian ada juga dirobohkan.
Yang tutup ditukar jadi pusat membeli-belah, kedai perabot, bazaar, hostel dan gudang makanan ringan, yang roboh digantikan dengan bank, stesen mrt, hotel dan padang letak kereta.
Penutupan panggung wayang selepas 1980 begitu mendadak, hanya dua atau tiga masih kekal beroperasi (masih menayangkan filem) sampai ke hari ini. Contohnya, Coliseum dan Federal.
Perubahan drastik bukan saja berlaku di Malaysia, malah diseluruh dunia termasuk Amerika, India, Hong Kong, negara-negara Eropah, Jepun, Korea, Indonesia dan Singapura.
Bagi mengekalkan kehadiran penonton, pengkaji-kaji filem membuat perubahan teknikal yang tidak boleh dapat dirasakan dirumah (tidak sebaik di panggung wayang) yang mana dengan itu lahirkan filem-filem berbidang luas dan warnawarni yang menarik seperti antaranya CinemaScope, CinemaScope 55, 3D, Todd-A0, Cinerama, Panavision, VistaVision, Technirama dan Imax.
Panggung wayang baru terpaksa dibina, tidak lagi sebagai panggung wayang yang dibina disesuatu tempat tetapi didalam kompleks membeli-belah dengan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk mengasilkan tayangan yang lebih menarik ditambah dengan rakaman suara (sound) menggunakan dobly dan digitil.
Dengan perubahan tersebut, banyak panggung wayang lama ditutup kemudian dirobohkan, dan tapaknya dibina dengan bangunan lain bukan panggung wayang, tersergam disesuatu lokasi.
Artikel kali ini, saya ingin membawa peminat-peminat FK meninjau keadaan panggung wayang di Kuala Lumpur, sesudah Singapura. Oleh kerana sebahagian besar hidup saya berada di bandaraya yang indah dan terus pesat membangun ini (sejak tahun 1950), dapatlah saya melahirkannya penuh unggul, tepat dan berfakta.
Dengan penyiaran tersebut bererti FK sekali lagi mendahului blog-blog hiburan lain yang terawang-awang di alam maya pastinya selama ini tidak pernah ada. Paling saya banggakan, Wikipedia (blog rujukan paling terkemuka di alam maya) juga tidak ada, kalau ada pun tidak selengkap artikel ini.
Panggung wayang utama terdapat di Kuala Lumpur (di kira selepas penutupan Merdeka Film Productions dengan filem terakhirnya "Adik Manja") pada tahun 1980 (ada di antaranya bertukar nama) ialah:

**saya Zulheimy Maamor edit dengan meletakkan lokasinya dan menambah Pawagam P.Ramlee...
  1. Alhambra di Setapak
  2. Capitol - Jalan Raja Laut
  3. Cathay - Jalan Bukit Bintang
  4. Central
  5. Coliseum - Jalan Tuanku Abdul Rahman
  6. Federal - Jalan Raja Laut
  7. Golden City - Jalan Ipoh (Jalan Sultan Azlan Shah)
  8. Hindustan - Jalan Dang Wangi (dulu Jalan Campbell)
  9. Lido - Jalan Brickfields (Jalan Tun Sambanthan)
  10. Madras - Madras Lane (Petaling Street)
  11. Majestic - Jalan Pudu
  12. Metropole - Jalan Pasar
  13. Odeon - Jalan Tuanku Abdul Rahman
  14. Pavilion - Jalan Pudu / Jalan Bkt Bintang
  15. Rex - Jalan Sultan
  16. Sentul - Jalan Sentul
  17. Star - Jalan Pasar
  18. Pawagam P.Ramlee
DI MANA LOKASI PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR?
Oleh Aidalina Mustafar

Tidak dapat dipastikan di mana sebenarnya lokasi (kawasan) panggung wayang pertama di Kuala Lumpur. Namun setelah dibuat kajian sekian lama dapat difahami ia adalah Estana Hall Kinema yang terletak di Batu Road, kini Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Maksud panggung wayang di sini ialah sebuah bangunan berasingan khusus menayangkan filem bukan panggung wayang yang terdapat di shopping complex (komplek membeli-belah) atau kelab persatuan dan kebajikan. Sebagai contoh, Kelab Di-Raja Selangor dan Sungei Wang Plaza.

Malayan Tribune 16 Januari 1917 menyebut:
The "Whatnots" gave their performance at Estana Hall Kinema, Batu Road on Friday night, before a large and highly appreciative audience.
(Terjemahan: The "Whatnots" memberikan persembahan mereka di Estana Hall Kinema, Batu Road pada malam Jumaat, dihadapan ramai penonton dan mendapat kejayaan besar).

Dalam iklan di Malay Mail 13 Januari 1920, tersiar tayangan dua episod siri filem bercorak western (koboi) "The Terror Of The Range" berjodol "The Chasm Of Fear" dan "The Midnight Raid" di Estana Hall Kinema. Turut ditayangkan "The Girl From Bahemia" persembahan Pathe yang dibintangi Irene Castle.

The Straits Times 31 Oktober 1923 mencatat:
Estana Hall Kuala Lumpur Friday, November 2 and following nights. "The Great Japanese Eartquake Film". Actual pictures of burning Tokio taken on the day of earthquake. The Terror Striken Populace Blazing Oil Wells, Devastated Area etc. For a short season only at the Estana Hall, Kuala Lumpur.
(Terjemahan: Estana Hall Kuala Lumpur Jumaat, 2 November dan malam berikutnya. "The Great Japanese Eartquake Film". Gambar sebenar pembakaran Tokio diambil pada hari gempa bumi. Kebakaran telaga minyak di kawasan penduduk yang menakutkan, daerah yang hancur dan sebagainya. Untuk masa yang pendek hanya di Estana Hall, Kuala Lumpur).

Bila Estana Hall di bina dan bila pula beroperasi? 
Setakat ini tidak diketahui. Nampaknya pencarian dan kajiselidik FK tidak boleh berhenti di sini saja. Ia terpaksa diteruskan. Apapun, jika diikutkan iklan Malayan Tribune ternyata ia sudah ada sebelum tahun 1917.
Dengan itu, jelaslah sudah Estana Hall (Estana Hall Kinema) merupakan panggung wayang pertama wujud di Kuala Lumpur kemudian ditukar namanya beberapa kali sebelum terpahat menjadi Coliseum yang kini sudah tercatat megah dalam lipatan sejarah filem Malaysia.

Dalam The Straits Times 2 Mei 1931 ada tercatat begini: At the meeting of the Board a member argued for the renewal of the licence of the Estana Hall in Batu Road, although the technical officers were against it.
(Terjemahan: Pada mesyuarat Lembaga, seorang ahli berhujah pembaharuan lesen Estana Hall di Jalan Batu, walaupun pegawai teknikal bertentangan pendapat dengannya).

Agak mengelirukan, Coliseum dikatakan (oleh penulis sejarah filem) mula dibuka pada tahun 1920, tetapi Estana Hall tidak diperbaharui lesennya pada 1931, sedangkan Estana Hall itu nama asal Coliseum.
Panggung wayang pertama menayangkan filem suara (ada dialog) ialah Prince's, terletak di Jalan Brickfields (kini Jalan Tun Sambanthan) berhampiran KL Sentral, kemudian di tukar namanya Cathay selepas itu Lido pada bulan Jun 1930.
Kedua, Coliseum pada bulan Januari 1931, disusuli (ketiga) Empire terletak di Jalan Pudu yang memulakan operasinya pada tahun 1933 kemudian dirobohkan pada tahun 1940 dan digantikan pula dengan Majestic, kini sudah ghaib.

NAMA COLISEUM TIDAK ADA DI SINGAPURA, INDONESIA DAN BRUNEI
Oleh Zaini Yusop


Sesuatu yang agak menarik dan boleh dianggap klasik, panggung wayang Coliseum. Dalam Malaysia di mana-mana negeri sekali pun juga Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah malah Indonesia tidak ada satu pun panggung wayang diberi nama Coliseum.
Coliseum (London Coliseum Theatre) ada di London yang terletak di St.Martin's Lane yang mula dibuka pada 24 Disember 1904, dan masih beroperasi hingga kini.
Coliseum (Coliseum Cinema) juga wujud di Harrow Road, London, tetapi ditutup pada tahun 1956 kemudian dirobohkan. Tapaknya sekarang diambilalih oleh pejabat Paddington Churches Housing Association.
Coliseum yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dulu Batu Road) dikatakan antara salah satu panggung wayang paling lama beroperasi di Kuala Lumpur, bermula pada tahun 1920.
Mengandungi 900 tempat duduk, Coliseum diusahakan oleh Chua Cheng Bok dan familinya. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1940, ia ditabdirkan warisan harta pusakanya hingga pada tahun 1973 apabila diambilalih oleh anak saudaranya, Chua Boon Tek bersama isterinya, Khor Joo Saik.
Pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia bercadang menutup dan menjadikannya pusat warisan budaya, tetapi mengalah apabila terdapat bantahan dari orangramai. Kerajaan kemudian memutuskan untuk tidak menutupnya malah menganggapnya sebagai warisan yang perlu dipelihara.
Pada tahun itu juga, Chua Seong Siew, anak sulung Chua Boon Teck dan Khor Joo Saik, berjaya dalam rayuannya untuk panggung wayang tersebut kekal terbuka, justeru itu ia terus beroperasi.
Pada tahun 2012, Coliseum dimiliki oleh Lotus Five Star Cinema, dan mengubahkannya menjadi Cineplex 2 skrin mengandungi sejumlah 474 kerusi. Ia dijenamakan semula sebagai LFS Cineplex Coliseum dan dibuka secara rasmi kepada orangramai pada bulan November 2012.
Coliseum kini lebih menumpukan tayanganya kepada filem-filem Hindustan dan Tamil. Kalau ada pun, filem Melayu lama, dari masa ke masa, yang ditayangkan khas atas pengedalian Finas. Kini program tersebut sudah diberhentikan.
Di Zaman gemilang filem Melayu ditahun-tahun 1950an, Coliseum sering menayangkan filem-filem keluaran Cathay Keris (tidak ada filem Malay Film Productions), antaranya termasuklah "Pontianak" (B.N.Rau), "Orang Minyak" (L.Krishnan), "Istana Berdarah" (Hussain Haniff) dan "Kekaseh" (Noordin Ahmad).
Turut ditayangkan di situ satu-satunya filem keluaran Shah Film (kepunyaan H.M.Shah) "Kasih Menumpang" arahan L.Krishnan dan dibintangi oleh S.Roomai Noor, Mislia dan Mustapha Maarof serta filem arahan pertama S.Roomai Noor, "Adam".
Disamping itu, filem box office Raj Kapoor "Sangam" (1964) yang turut dibintangi Rajendra Kumar dan Vyjayanthimala, juga "April Fool" lakonan Biswajeet dan Saira Banu.
Filem Indonesia "8 Penjuru Angin" (Usmar Ismail, 1957) lakonan Bambang Hermanto, Chitra Dewi, Bambang Irawan dan Mimi Mariani disertai dengan 16 lagu merdu ciptaan Shaiful Bahri, turut ditayangkan di situ.
Demikian juga, filem Filipina, "Tres Muskiteras" ("Three Musketeers") yang dialihsuarakan dalam Bahasa Melayubertajuk "Tiga Pahlawan" (Darno Vercudia, 1954) yang dibintangi oleh Cesar Ramirez dan Myrna Delgado.

FAKTA MENGENAI COLISEUM
  1. Pada 27 Disember 1946 telah berlaku sebuah trak melanggar penonton-penonton yang sedang keluar dari panggung wayang Coliseum mengakibatkan 6 terbunuh dan 6 lagi tercedera. A.C. Frank Joseph Sayer dan A.C. Ken Stocker dari tentera udara (R.A.F.) telah direman hingga 3 Januari 1947.
  2. Filem versi 1950 "Terang Bulan" terbitan Tan & Wong Brothers dibintangi Mohamad Muchtar dan Sofia W.D. mula ditayangkan di Coliseum pada 29 Disember 1950.
  3. Filem-filem Melayu pernah ditayangkan di Coliseum antaranya "Keranda Berdarah", "Si-Murai", "Laila Majnun", "Istana Berdarah" dan "Sri Kandi."
  4. "8 Penjuru Angin" arahan Usmar Ismail mengadakan tayangan perdana di Coliseum pada 29 Mei 1959.
  5. Di zaman pemerintahan Jepun nama Coliseum ditukar kepada Yatio Kan.
PANGGUNG ODEON
  1. Odeon terletak dipersimpangan Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) dan Campbell Road (Jalan Dang Wangi) dibina oleh Pertubuhan Cathay dan mula beroperasi pada bulan Jun tahun 1936 dan menayangkan filem hingga bulan November tahun 1997 apabila ia ditutup buat sementara. Kini jadi arked menjual pakaian, gerai surat khabar dan majalah, peralatan eletrik dan kedai makanan ringan.
  2. Odeon terbakar pada bulan Januari tahun 1957 ketika menayangkan filem dean Martin dan Jerry Lewis, "Hollwood Or Bust" yang turut dibintangi Anita Ekberg.
  3. Odeon merupakan panggung wayang pertama menggunakan format TODD-AO, dan telah menayangkan filem "South Pacific" yang dibintangi Rossano Brazzi, Mitzi Gaynor, John Kerr dan France Nuyen.
  4. Di zaman pemerintahan Jepun namanya ditukar kepada Syowa Gekiyo.

PANGGUNG PAVILION
The Pavilion Theatre was the first Cathay Organisation cinema and opened in 1935. It was located next to another popular Cathay Organisation’s cinema — The Cathay Kuala Lumpur.
Originally, Pavilion showed mostly English movies until Cathay was opened in the 1950s. From then, Pavilion shown mostly Chinese movies and occasionally showed some B-graded English movies, Walt Disney’s reruns and Hollywood blockbuster movies simultaneously with Cathay Kuala Lumpur.
Before the emergence of cineplexes, Pavilion drew crowds especially during the weekends and holidays as it was the first-run movie hall along with Cathay Kuala Lumpur at that time.
Pavilion was also popular because of it's location, which was located a few blocks from the shopping hub of Kuala Lumpur. People who were driving along that road would definitely be distracted by the huge movie poster board attached in front of the cinema building displaying the feature movie.
Once in a while movie stars from Hong Kong would make apperences at the Pavilion to promote their films and to meet fans. Most people would identify Pavilion with Bruce Lee’s movies, and Chinese classics from Hong Kong.
Sadly, the Pavilion Theatre was closed in 1996 and was converted into a dance club and later closed again. It was finally demolished in 2000. The site where Pavilion once stood is now a parking lot.

- Source: Cinema Treasures


Tapak Pavilion sekarang jadi Stesen MRT

FAKTA PANGGUNG PAVILION
  1. Dibuka pada 6 Ogos 1936, asalnya menayangkan filem-filem berbahasa Inggeris sehingga Cathay (terletak bersebelahan) dibuka. Ditutup dalam tahun 1996 dan kemudian dirobohkan tahun 2000 untuk memberi laluan pembinaan stesen MRT.
  2. "Buloh Perindu", satu-satunya filem Melayu ditayangkan di situ, ditayangkan dalam bulan November 1953, di Singapura tayangannya di Odeon dan bermula pada 21 November 1953.
  3. Sultan Selangor dan Tengku Ampuan hadir ke tayangan perdana filem "The Planter's Wife" pada 10 Disember 1952.
  4. Nama Pavilion tidak hilang terus, ia kini GSC Pavilion terletak di Pavilion Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang.
PANGGUNG REX
  1. Rex terletak di Jalan Sultan (Chinatown) direkabentuk oleh Kington Loo, terbakar pada 10 September 1975. Kini dijadikan hostel bajet - Red Dragon Hostel.
  2. Rex pernah mengadakan tayangan perdana "All The King Men" pada 28 Jun 1950 dengan dihadiri oleh Sultan Selangor, Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Pada 6 October 1951 Sir Henry Gurney terbunuh dalam serang hendap oleh pengganas komunis di Fraser's Hill, Pahang.
  3. Sebelum namanya Rex, dikenali Sultan Street Hall.
  4. "Anak Pontianak" arahan Ramon A.Estella, satu-satunya filem Melayu pernah ditayangkan di Rex serentak dengan Capitol Theatre.
  5. Rex satu-satunya panggung wayang di Kuala Lumpur dilengkapkan dengan layar perak Cinerama (3 projektor) dan menayangkan filem cerita - "How The West Was Won".

Sekarang Hostel Red Dragon

PANGGUNG MADRAS
The Madras Cinema located in Kuala Lumpur’s Chinatown (Madras Lane) was one of the earliest movie house in Kuala Lumpur with huge screen and wooden seats. It was ran by Shaw Brothers and shown mainly Chinese movies despite it's name.
The Madras was located a few blocks away from Rex cinema. It was a place for Shaw Brothers to handout Chinese New Year goodies to senior citizens every Lunar New Year.
The Madras was said to be haunted — one of the seats was occupied by a supernatural being and no matter how full the cinema was, ticket to that particular seat (In Malaysia, all cinemas have reserved seatings) will not be sold to patrons!
The cinema was burnt down in 1978 and Shaw never rebuilt it, and from 1979 till now, the spot where Madras cinema once stood is a parking lot.
An interesting fact is that the Rex cinema which was located few blocks away from Madras was also burnt down in the early 1970s and Shaw erected a newer Rex in 1977 and it became the most popular movie hall in Kuala Lumpur in the 1970s, 1980s and 1990s!

- Source: Time Out

FAKTA 
  1. Pada 8 Jun 1952 Madras terbakar mengakibatkan ia terpaksa ditutup untuk pemulihan. Pada 25 Disember 1952, selepas diperbaiki, filem Charlie Chaplin "Limelight" telah ditayangkan.
  2. Madras terbakar pada 10 Oktober 1978 (umurnya ketika itu 70 tahun). Selepas terbakar Shaw Brother enggan membaikpulih, dan terbiar. Kini, menjadi padang letak kereta. Waktu terbakar ia sedang menayangkan filem Mandarin, "Seceret Message".

Tapak Panggung Madras sekarang - tempat letak kereta

PANGGUNG CATHAY
  1. Cathay yang terletak di Bukit Bintang berhampiran Hotel Federal dibuka pada 23 Januari 1958 dengan tayangan filem pertamanya "Campbell's Kingdom". Ditutup pada bulan December 1997 kemudian dirobohkan pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen MRT.
  2. Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman menonton "Bridge On The River Kwai" arahan David Lean dan dibintangi oleh William Holden dan Alec Guiness itu pada 2 April 1958 dan telah mencatat rekord tayangan pada minggu pertama dengan kehadiran 70,000 penonton.

Tapak panggung Cathay

PANGGUNG CAPITOL
  1. Tayangan perdana "The Guns Of Navarone" diadakan pada 21 Ogos 1962 dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
  2. Filem P.Ramlee "Seargeant Hassan" mengadakan tayangan perdana pada 26 Ogos 1958 untuk memungut derma mengisi tabung Askar Melayu di-Raja Malaysia dengan dihadiri Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
  3. Capitol yang terletak di Jalan Raja Laut, tidak jauh dari PWTC, bersebelahan Federal dibuka pada 3 Februari 1958 oleh Sultan Selangor dan ditutup pada tahun 2000. Ia kekal wujud tetapi jadi Pasaraya Wan Lee Heng, pembekal berbagai jenis makanan ringan.

Panggung Capitol kini adalah Pasaraya Wan Lee Heng

PANGGUNG FEDERAL
  1. Federal terletak di Jalan Raja Laut bersebelahan Capitol dibuka pada 6 Februari 1959 dengan tayangan "Vikings" (dibintangi Tony Curtis dan Kirk Douglas) oleh Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman. Ia dibuka serentak dengan Lido Singapura yang memilih filem Glenn Ford "Torpedo Run" sebagai filem pertama tayangannya.
  2. Federal ditutup buat sementara pada bulan Februari tahun 2013, kemudian dibuka semula pada bulan Februari 2015.

Panggung Federal terkini pada Jun 2024

PAWAGAM P.RAMLEE
P. Ramlee and H.M. Shah formed Rumpun Melayu Filem Production. They decided to rent and renovate an old and unused cinema, "Queen Cinema", to promote their own films. P. Ramlee decided not to use the name "Queen Cinema" as he said that Malaysia was not Malaya anymore, as such not appropriate to use the term Queen anymore.
So he suggested to his partners and colleagues that the name be changed to Panggung Wayang Gambar Rumpun. With his creativity flowing non stop, he further suggested to shorten the term Panggung Wayang Gambar to PAWAGAM. And everyone readily accepted his suggestion.
The term Pawagam is still being used now in the modern society, all thanks to P. Ramlee, who is not only a great artiste, but also as a great contributor to the Malay language. P. Ramlee also popularise other term such as "Mambang" which was used widely in the film Pendekar Bujang Lapok.
The official opening date for the newly refurbished cinema was set for 15th. August 1973, sadly P. Ramlee passed away on the 29th. May 1973. The name Pawagam Rumpun was changed to Pawagam P. Ramlee soon after his passing. It was demolished in the year 1976.

- Source: P.Ramlee Project


PANGGUNG MAJESTIC
  1. Majestic yang terletak di Jalan Pudu dibuka pada tahun 1930an. Ia dirobohkan pada tahun 2006 dan terbiar menjadi tanah lapang hingga 2009. Kini tersergam D'Majestic Place.
  2. Pada 16 September 1940, Empire telah diarah roboh oleh Perancang Bandar Kuala Lumpur kemudian dibina semula dengan menggunakan nama Majestic.


PANGGUNG STAR
Star banyak menayangkan filem Cina dan Inggeris. Kini, telah ditutup dan diubahsuai menjadi Kompleks E-Mart, terletak di antara persimpangan Lorong Yap Hin dan Jalan Landak dalam kawasan Jalan Pasar.



PANGGUNG CENTRAL
Tiada rekod mengenai panggung Central


PANGGUNG LIDO
  1. Lido asalnya Cathay. Sebelumnya Prince's. Di awal tahun 1940an Prince's telah diubahsuai, dan apabila siap diubah nama Cathay. Setelah beroperasi sekian lama atas nama Cathay, Shaw Brothers telah mengambilalih dan menamakannya Lido pada 15 Mei 1951.
  2. Tidak pasti bila ditutup operasinya, Lido terletak di Jalan Sambanthan (Jalan Brickfields), hanya beberapa meter daripada KL Sentral dan Stesen Monorail, tapaknya kini Public Bank.
  3. Di Lido ini juga saya mengenali Rosnani buat pertama kalinya dengan menonton "Sedarah" (1952) arahan S.Ramanathan, turut dibintangi P.Ramlee dan A.Rahim. Tidak disangka 63 tahun kemudian saya berganding dengannya menganjurkan "Tribute... Bahyah Mahmood" (2015) bersama Yusof Haslam, Sonny Abdullah, Ahmad Fauzee dan Sandakiah Aziz.
  4. Pada 1 Februari 1932, Pengarah Urusan Ong Ee Lim telah membawa filem "East Of Borneo" (1931) ke Kuala Lumpur untuk di tayangkan di Prince's.
  5. Banyak juga filem saya tonton di panggung wayang ini yang sering menayangkan filem-filem Melayu, Hindustan dan Inggeris. Antaranya "Bakti", "Sesudah Suboh", "Mangsa", Aashiq, "Jab Pyaar Kisse Hota Hai" dan "Night Creatures".
  6. "Sesudah Suboh" arahan P.Ramlee ditayangkan di Lido mulai 3 Mac 1967.
Tapak Panggung Lido sekarang adalah Public Bank

PANGGUNG ALHAMBRA
  1. Alhambra terletak bersebelahan Masjid Jami'ul Ehsan (masjid lama) di Setapak. Tidak ada kepastian bila dibuka tetapi ditutup pada awal tahun 1980an. Kini tapaknya dibina sederet kedai termasuk KFC.
  2. Apa yang menarik, Zaini Yusop nyaris-nyaris maut apabila dia dilanggar pemandu kereta mabuk betul-betul dihadapan masjid terkenal itu. Disitu juga, beberapa tahun kemudian A.R. Tompel dilanggar kereta hingga membawa maut, tidak lama selepas kemalangan itu.
  3. Anehnya pada penghujung tahun 1960an, A.R. Tompel turut menjayakan pertunjukan Malam Gembira anjuran Persatuan Kebajikan Am Gombak Selatan. Turut bersamanya penyanyi M.Bakri dan Jamaluddin Alias.
  4. Tidak jauh dari Alhambra, di persimpangan Jalan Gombak and Jalan Genting Kelang, terdapat Pejabat Pos (kini Pos Malaysia). Di situlah lokasi penggabarran filem "Masam2 Manis" arahan P.Ramlee. Scenenya, Sharifah Hanim mengepos surat, kemudian naik bas dan bertemu P.Ramlee.
  5. Seingat saya hanya satu filem saya tonton di situ, "Mad Bond" filem ala-Get Smart arahan M.Amin dan Mat Sentol turut dibintangi Malek Selamat, Siti Tg.Perak dan Rahim Hamid.
  6. Alhambra pernah mengadakan Festival Filem "Mat" selama 3 bulan. Antara filem yang ditayangkan termasuk "Mat Lanon", "Mat Magic", "Mat Toyol" dan "Mat 3/4".
  7. Alhambra juga wujud di Singapura, dan namanya diambil dari istana dan kubu Alhambra yang bersejarah dan masih kukuh terletak di Granada, Spain.
  8. Juga tidak jauh dari Alhambra Normah Yuzie (pelakon "Cinta Dan Lagu" dan "Pendekar") meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada 20 Julai 1977 ketika umurnya masih muda, 29 tahun.
** Tambahan dari Saya (Hj Zulheimy Maamor - dipanggung Alhambra ini dulu sekitar 70 an (1974 - 1978) adalah tempat saya menunggu Bas Len Seng (No.165) untuk ke sekolah saya iaitu High School, Setapak di Jalan Ayer Panas.) 

PANGGUNG GOLDEN CITY
Terletak di Jalan Ipoh (Kini Jalan Sultan Azlan Shah), beroperasi pada 1 Januari 1958. Tidak ada maklumat bila panggung ini ditutup. Tapak Panggung Golden City ini sekarang adalah Hotel Dynasty. 


PANGGUNG METROPOLE
Tiada rekod mengenai panggung wayang ini, bila dibuka, ditutup dan dirobohkan. Terletak di Jalan Pasar, Kuala Lumpur tidak jauh dari Panggung Star (Pasaraya E-Mart). 


PANGGUNG HINDUSTAN
Panggung Hindustan pernah wujud cuma kedudukannya agak tersorok di Jalan Dang Wangi. 

Anak panah - lorong masuk ke Panggung Hindustan suatu ketika dahulu

PANGGUNG SENTUL
  1. Sentul terletak di Jalan Perhentian, mula beroperasi di awal tahun 1970an. Kepunyaan Shaw Brothers ia menayangkan filem-filem Cina, Inggeris, Melayu, Hindi, Indonesia dan Tamil. Ditutup pada tahun 1984 dan menjadi kedai perabot dan restoran sekian lama, dibuka semula beberapa tahun kemudian.
  2. Di sinilah saya menonton filem seram keluaran Shaw Brothers Hong Kong lakonan Hussain Abu Hassan "Bewitched" arahan Chih-Hung Kuei, turut dibintangi Fei Ai, Melvin Wong dan Fanny Fen-Ni. Saya masih ingat, tiket diberi percuma oleh Hussain Abu Hassan.
  3. Sentul ditutup buat selama-lamanya mulai bulan Februari tahun 2018 kerana kedatangan penonton tidak begitu menggalakkan.
  4. Di peringkat awal namanya pernah menggunakan Venus kemudian berubah kepada Empire.
** Hj Zulheimy > dulu wife saya bekerja di Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh (1996 - 2017). Apabila mengambil beliau balik dari kerja, saya pasti akan lalu depan panggung Sentul ini. 


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
24 April 2025: 12.13 a.m

No comments: