Sunday 15 October 2023

MY TRAVEL INFO : GEMAS, NEGERI SEMBILAN

Gemas ialah sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan terletak berhampiran dengan sempadan Negeri Johor. Gemas merupakan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen Keretapi Gemas ditubuhkan pada tahun 1922 dan masih beroperasi hingga kini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gemas dan sejarah boleh rujuk laman web Wikipedia. 


PEKAN GEMAS







Ketika berkerja dengan Yayasan Jantung Malaysia (2012 - 2018), saya telah beberapa kali membuat program Pemeriksaan Kesihatan di FELDA Palong 1, FELDA Palong 14,15 & 16 iaitu pada 2017 & 2018. 

Rujukan:
1.21 Oktober 2017 : FELDA Palong 1
2. 22 Oktober 2017 : FELDA Palong 14,15 & 16
3. 21 April 2018 : FELDA Palong 1
4. 22 April 2018 : FELDA Palong 14,15 & 16

FELDA PALONG 1 & FELDA PALONG 14,15 DAN 16








Demam pilihanraya ketika kami membuat program di FELDA Palong




Saya masih ingat sekitar 80 an dulu ketika menaiki keretapi dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, keretapi akan singgah lama di Stesen Keretapi Gemas. Masih terbayang di ingatan saya budak jual karipap dan Teh Panas dalam tin susu sambil melaung "Karipap...teh panas".  Satu pengalaman baru minum teh panas dalam tin susu...kini itu semua tinggal kenangan kerana stesen Keretapi Gemas lama telah pun ditukar dengan Stesen Keretapi Baru. 

STESEN KERETAPI GEMAS
Gemas menjadi penting kerana disini landasan keretapi bercabang 2, satu landasan ke Tumpat, Kelantan dan satu lagi menuju ke Padang Besar, Perlis. 
Stesen Keretapi Gemas didirikan pada tahun 1922. Pada 2013 sebuah stesen keretapi baru didirikan di Pekan Gemas menggantikan yang lama. Stesen keretapi lama telah diubaisuai menjadi sebuah muzium. 


Perkhidmatan Tren ETS berakhir di Gemas. Untuk meneruskan perjalanan ke selatan penumpang kena tukar tren lama ke Johor Bahru. 



Kenangan bersarapan pagi dengan kawan-kawan di sini



Stesen keretapi lama yang banyak meninggalkan kenangan bagi saya ketika saya bertugas di Woodlands, Singapura sekitar 80 an. Menaiki keretapi di JB ke KL akan singgah lama di Stesen Keretapi Gemas ini. Masih segar dalam ingatan budak-budak yang menjual karipap dan Teh Panas yang dijual dalam tin susu. 







JAMBATAN GEMENCEH
Di Sungai Kelamah berhampiran Gemas terdapat sebuah jambatan yang pernah menjadi tapak pertempuran sengit antara Tentera Imperial Jepun Divisyen ke 5 Australian Imperian Force dari batalion  2/30 Division ke 8. 
Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1.

JAMBATAN GEMENCEH



Begitulah secebis kenangan saya dengan pekan Gemas ini. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
15 Oktober 2023 : 29 Rabiulawal 1445H: 2.59 pm



No comments: