Friday 13 October 2023

MY TRAVEL INFO : KUANTAN, PAHANG

 Kuantan adalah ibunegeri Pahang. Penduduknya terdiri dari 50 % Melayu, 37 % Cina, 10 % India dan 1 % kaum-kaum lain. 

Bandar Kuantan dipercayai telah wujud sejak awal 1850 an lagi. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Kuantan boleh rujuk Wikipedia.

Wikipedia : Kuantan

Kuantan tidak asing bagi saya kerana saya pernah 2 kali berkhidmat di Bandar Kuantan ketika dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia dulu. 
Kali pertama pada 30 Mac 1987 saya bertugas di kapal Peronda TLDM KD Panah yang berpengkalan di Tg.Gelang, Kuantan. Saya berkhidmat sehingga 11 Oktober 1987. 


Kali kedua saya berkhidmat dengan unit Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) bermula dari 4 Disember 1991 sehingga 13 Mac 1995 juga di Tg.Gelang, Kuantan.


Foto masjid ini saya ambil pada tahun 1992.

Setelah menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 1996, saya sering juga ke bandar Kuantan ketika bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia (2011 - 2018), membuat pemeriksaan kesihatan di Kuantan Parade antaranya tahun 2014, 2017 dan 2018. 

Pemeriksaan Kesihatan di Kuantan Parada pada 2017. 

Ini ialah pemandangan dibelakang Kuantan Parade. Dibelakang Kuantan Parada ini terletaknya Kompleks Teruntum, iaitu kompleks membeli-belah yang pertama di Kuantan. 


Surau Al Mustaqim terletak di belakang Kuantan Parade ini mempunyai banyak kenangan bagi saya. Disinilah saya menunaikan solat Fardhu ketika program berlasung di Kuantan Parade. 
Sebelum wujudnya Kuantan Parade, sekitar 1992 - 1995, ketika saya berkhidmat di SKTLDM Kuantan, saya sering bersolat di surau ini ketika bersiar-siar di bandar Kuantan bersama rakan-rakan seperjuangan. Surau ini terletak dibelakang Kompleks Teruntum.

Tahun 2014 adalah kali pertama mengadakan Program pemeriksaan Kesihatan di Kuantan Parade. 

Kompleks Teruntum yang banyak meninggalkan kenangan buat saya sejak tahun 90 an lagi. 

Dibelakang Kompleks Teruntum dan juga belakang Kuantan Parade. 





Seasonview Hotel di Kuantan ini menjadi hotel penginapan kami sepanjang program Kesihatan berlansung di Kuantan Parade

Bandar Kuantan telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 21 Februari 2021. 


Sungai Kuantan mengalir dari Sungai Lembing melalui Bandaraya Kuantan sebelum mengalir keluar ke Laut China Selatan. 



KUANTAN 188 menara kedua tertinggi di Malaysia menjadi nadi kepada bandaraya Kuantan. 


Taman Esplanade atau lebih popular sebagai Benteng merupakan taman dalam bandar yang terletak disebelah Jalan Besar dan Jalan Tanah Putih betul-betul di Muara Sungai Kuantan. 

Dhasaani Mall terletak di  Jalan Putra Square, Kuantan

Pantai Balok memang tidak asing bagi penduduk Kuantan, terletak kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari bandar Kuantan. Pantai Balok memiliki pemandang yang sangat indah dan menimbulkan rasa teruja dikalangan pengunjung. 

Tanjung Sepat atau dikenali dengan Pantai Sepat adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak 10 km dari bandar Kuantan. 

Sungai Lembing terletak lebih kurang 60 km dari Kuantan. Antara yang popular di sini ialah Muzium Sungai Lembing yang dibuka pada tahun 2001. 

TELUK CHEMPEDAK
Terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuantan berhampiran dengan Kelab Golf DiRaja Pahang. Pantai ini lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama TC dan merupakan tempat tumpuan di hujung minggu. 








Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
12 Oktober 2023 : 27 Rabiulawal 1445H: 9.23 pm













No comments: